✎혼자 17

228 51 4
                                    

••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

••••••

Selesai bersarapan, mereka bertujuh segera menyiapkan diri mereka untuk pergi ke studio KQ.

Yeohun yang baru sahaja mahu mengemas dapur itu terbatal sebaik sahaja Hongjoong memanggil dia tadi.

"Yeohun, sini kejap."

Panggilnya. Yeohun segera menghampiri Hongjoong.

"Wae, hyung?"

"Hari ni kau ikut kitorang pergi studio. Aku nak kau kerja kat sana dengan kitorang."

Yeohun agak terkejut selepas mendengar kata-kata Homgjoong tadi. Baginya, ini amat mengejutkan.

"Eh? Seriuslah?" soalnya inginkan kepastian. Hongjoong mengangguk kepala.

"Ya. Kau pergilah bersiap sekarang, kitorang tunggu kat luar."

Kata Hongjoong lagi. Yeohun terkedu kerana dia masih tidak percaya.

Baru semalam dia dibuang kerja. Hari ini pula dia dapat kerja bersama Hongjoong dan yang lain.

Yeohun tersenyum nipis. Lega kerana dia tidak perlu bersusah payah untuk cari kerja lagi.

"Okey hyung. Tunggu kejap," pantas Yeohun masuk ke dalam biliknya untuk mengemas dirinya.

••••••

Tiba sahaja di Syarikat KQ, mereka semua segera berjalan menuju ke practice room untuk mulakan latihan mereka.

Hongjoong pula bawa Yeohun ke pejabat KQ untuk memperkenalkan dia dengan staff yang lain.

"Eden hyung, ni kawan baru Joongie. Kang Yeohun."

Eden melihat Yeohun dengan pandangan yang janggal. Begitu juga dengan dia.

"Rupa dia sama macam Yeosang..." ujar Eden dengan matanya tidak teralih melihat Yeohun.

"Ya. Dia bukan Yeosang yang hyung kenal tu. Ni orang lain," balas Hongjoong.

Eden mengangguk tanda faham. Lalu dia mengukirkan senyuman lebar pada Yeohun.

"Selamat berkenalan, Yeohun. Nama hyung Eden," katanya memperkenalkan diri dengan ramah.

"Nae... Se-selamat berkenalan," balas Yeohun tergagap.

Eden tertawa kecil. Lucu melihat reaksi Yeohun yang agak janggal itu.

"Serius dia memang sama habis dengan Yeosang tu. Malu tak bertempat," kata Eden dengan sisa tawanya.

Yeohun malu. Dia mudah rasa janggal dengan orang yang baru dia kenal.

Nampaknya dia perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dia di sini.

"Baiklah, aku pergi practice room dulu. Yeohun buatlah kerja apa yang disuruh oleh Eden hyung tu nanti okey? Annyeong."

Ucap Hongjoong lalu meninggalkan Yeohun seorang diri bersama Eden.

Dia masih keliru apa patut dia buat sekarang. Hongjoong mengajak dia ke sini dan sekarang pergi begitu sahaja.

"Jadi Yeo, kamu memang tahu fasal composer ni kan?" soal Eden. Yeohun membalas dengan anggukkan sahaja.

"Boleh hyung tahu kamu sebenarnya mahu jadi apa?"

Soalan Eden itu tadi membuatkan Yeohun tergamam seketika.

Sejujurnya, dia tidak tahu apa yang dia mahu jadi. Sebelum ini dia hanya bekerja di bawah syarikat orang terkaya sahaja.

Tetapi dia lebih minat dalam muzik. Dia suka mendengar lagu dan dia pernah buat lirik secara rawak ketika dia bosan.

"Yeohun?" teguran Eden tadi membuatkan Yeohun tersentak sedikit.

"Ah... Nae hyung?"

"Kau okey? Kenapa diam masa hyung tanya tadi?" tanya Eden bertubi-tubi.

Namun, ringkas sahaja Yeohun membalas.

"Mian... Aku tak tahu..."

••••••

••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] LONE : Eternally  ☾ 종상 ☽Where stories live. Discover now