✎혼자 13

239 54 17
                                    

••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

••••••

"Kang Yeohun! Apa semua ni?"

Soalan yang dilemparkan oleh pengurus tadi itu tidak dijawab. Yeohun memandang ke bawah.

Pengurusnya, Kim Seunghun memandang dia dengan pandangan tidak puas hati. Kertas laporan yang berada di tangannya tadi kini dilemparkan pada Yeohun.

"Ini semua sampah!" marahnya namun Yeohun masih lagi tidak membalas.

Hatinya mula terasa panas. Dia mendekati Yeohun lalu menolak kepalanya dengan kasar.

"Saya sekarang bercakap dengan kamu! Yang kamu diam sahaja ni kenapa?" tengkingnya. Sekali lagi Yeohun tidak membalas.

Dia melepaskan keluhan berat. Kertas laporan yang berada di lantai itu dia mula memijak.

"Tadi saya dapat berita bahawa ada orang baru bekerja di sini. Dia buat kerjanya lebih bagus daripada kamu. Saya dah buat keputusan untuk buang kamu dari sini."

Mata Yeohun terbuka luas selepas sahaja mendengar berita tersebut. Pantas dia menoleh ke arah pengurusnya.

"Tolong jangan buang saya! Sa-saya boleh buat balik laporan tu! Asalkan--"

Belum habis lagi Yeohun berkata, wajahnya ditampar oleh Seunghun. Dia terkaku.

"Sudah! Saya tak mahu dengar alasan dari kamu lagi! Saya nak kamu kemas barang kamu dan berhambus dari sini!"

Yeohun tergamam. Mengapa nasib buruk selalu berlaku padanya. Mengapakah dia selalu dilayan sebigini rupa?

Dia melangkah keluar dari pejabat pengurus dengan lemah. Dia mula mengemas barangnya lalu berjalan keluar dari tempat kerjanya.

•••••••

Dia kini berjalan menuju ke rumah barunya. Sesekali dia merehatkan dirinya seketika di salah sebuah bangku yang berdekatan dengannya.

Dia cuba menahan air matanya daripada jatuh. Hatinya berasa sakit sangat. Dia sudah diberhentikan kerja. Bagaimana dia mahu mencari duit lagi?

"Kenapa aku kena hadap semua ni? Apakah dunia ini memang kejam dengan aku?" Monolognya dalam hati.

"Yeohun hyung?"

Yeohun terkedu sebaik sahaja terdengar namanya disebut oleh seseorang. Pantas dia mencari pemilik suara tadi.

"Hyung bukan pergi kerja ke? Kenapa hyung kat sini?"

Ya, Jongholah yang memanggilnya tadi. Dia kini sedang berjalan menghampirinya.

"Hyung okey?" soalnya lagi sebaik sahaja dia perasan bahawa riak wajah Yeohun sedih.

Yeohun tidak dapat menyembunyikan lagi rasa sedihnya itu. Dia mula menangis teresak-esak. Jongho terkejut.

"Hyung, gwenchana? Kenapa ni?" Jongho cuba untuk menenangkan Yeohun. Dia mengusap belakangnya lembut.

"Hiks... A-aku kena bu-buang kerja..." luahnya sambil menangis. Jongho mengangguk tanda faham.

"Shh... Gwenchana hyung... Gwenchana..."

Yeohun tidak berkata apa lagi. Dia melepaskan semua rasa sedihnya pada Jongho. Dia tidak tahu dengan siapa lagi dia mahu meluah.

Jongho pula tidak menyangka bahawa dia akan terjumpa Yeohun di sini. Dia tadi berjalan di luar seketika selepas puas berlatih menari tadi.

Dia agak terkejut selepas Yeohun kata bahawa dia sudah dibuang kerja. Jongho tidak tahu bagaimana lagi cara untuk menenangkan Yeohun.

Tetapi dia terfikir mungkin dengan cara ini, Yeohun akan rasa lega semula. Sungguh kalau bab tenangkan orang ini dia memang lemah.

••••••

••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] LONE : Eternally  ☾ 종상 ☽Where stories live. Discover now