✎혼자 25

227 53 17
                                    

•••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••••

Dua tahun lalu...

Jongho mengalami kemalangan di jalan raya sewaktu mereka dalam perjalanan ke menuju ke stadium.

Kesan daripada kemalangan tersebut, tulang kaki kiri Jongho retak dan dia koma selama 2 minggu.

"Korang, jomlah kita lawat Jongho tu." ajak Yeosang. Namun dia ditolak oleh semua kawan dia.

"Tak dapatlah."

"Aku sibuk."

"Jadual aku hari ni padat."

"Aku penatlah."

Yeosang mengeluh dengan jawapan mereka. Malas mahu membalas dia berjalan keluar dari Syarikat KQ seorang diri untuk melawat Jongho di hospital.

Sepanjang Jongho koma, Yeosanglah yanh sentiasa lawat dia setiap masa. Tidak kiralah sesibuk mana pun dia, dia tetap akan lawat.

Namun, satu hari Yeosang telah bergaduh dengan yang lain kerana dia tidak dapat melawat Jongho.

"Kenapa korang halang aku? Sukahati akulah nak lawat dia!" marahnya.

"Yeosang, kau hampir setiap hari lawat Jongho tu. Cubalah kau rehat kejap," kata Seonghwa cuba untuk memujuk dia.

"Jongho tu sakit dan kita kena jaga dia! Korang nak biarkan dia sunyi sepanjang dia cuti sakit?"

Jerkah Yeosang membuatkan mereka semua terdiam. Ini kali pertama mereka mendengar Yeosang menjerit ke arah mereka.

Wooyoung yanh dari tadi menahan geram itu mula membalas. Dia berasa bengang dengan Yeosang.

"Yah, kau sedar tak yang kerja kita ni semakin banyak? Kita mana ada masa untuk jaga dia!" laung Wooyoung. Yeosang tersenyum sengih.

"Owh? Jadi korang lebih pentingkan kerja daripada adik kita sendiri? Wah bagusnya!"

Dia tergamam setelah mendengar sindiran dari Yeosang tadi. San yang cuba untuk menenangkan dia itu ditolak dengan kasar.

"Aku tak kisah kalau kerja aku menggunung sekali pun! Janji aku dapat tengok Jongho sihat semula cukuplah!"

Selepas sahaja kata begitu, Yeosang melangkah keluar dari dorm. Dia malas mahu dengar balasan kawan dia yang lain.

Apa yang penting bagi dia sekarang ialah Jongho sahaja.

"Yunho, kau ikut Yeosang dari belakang." Arah Hongjoong.

Yunho akur lalu dia segera mengambil kunci kereta untuk mengikut Yeosang secara senyap-senyap.

••••••

Yunho menunggu ketibaan Yeosang di luar hospital. Cuaca pada waktu itu hujan lebat jadi dia hanya berteduh dalam kereta sahaja.

Setelah beberapa jam berlalu, dia ternampak kelibat Yeosang sudah keluar dari kawasan hospital. Pantas dia memanggil Yeosang.

"Yeosang-ah!" panggilnya namun hampa, Yeosang tidak perasan.

Cuaca hujan yang teruk itu menyukarkan Yeosang untuk mendengar. Dia sudah berjalan jauh dari keretanya.

Yunho pantas membawa keretanya untuk menghampiri Yeosang dengan lebih dekat lagi.

Namun, dia terkejut setelah dia melihat Yeosang telah dilanggar oleh sebuah kereta sudah meluncur itu tadi.

"YEOSANG!"

Yunho segera keluar dari perut kereta dan berlari mendekati Yeosang yang sudah terbaring kaku di jalan raya.

Kereta yang melanggar Yeosang itu tadi segera memecut dari tempat kejadian. Suasana di sana mula kecoh.

"YEOSANG-AH! KANG YEOSANG!"

Yunho sedaya upaya cuba untuk bangunkan Yeosang. Namun, semuanya sia-sia. Dia mula meraung.

"SESIAPA TOLONG KAWAN SAYA!"

Yunho mula menangis teresak-esak. Sekiranya dia tahu hal ini akan berlaku, pasti dia akan menghalang Yeosang untuk berjalan seorang diri.

End Flashback

••••••

••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] LONE : Eternally  ☾ 종상 ☽Where stories live. Discover now