Chapter 08

1K 83 8
                                    


TELEFON huawei nova 4e miliknya di letak ke atas meja sisi katil .

Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang .

Sejak dari pukul 9 dia di tinggal bersendirian di rumah .

Berasa bosan .

Satu bilik sudah di selongkarnya namun tiada apa yang menarik .

Siaran televisyen pula pada waktu ini langsung tidak menarik minatnya buatkan .

Bunyi notifications masuk menandakan bahawa dia menerima mesej dari seseorang .

Telefonnya segera di ambil .

Gadis itu kemudian mencebik apabila mesej tersebut dari pihak U mobile yang tidak jemu menghantarnya mesej .

Dia membuka mesejnya bersama kakaknya .

Isabella .

Gadis itu hanya memberi bluetick terhadap mesej yang di hantar .

Pasti Isabella suka dia tiada di rumah , gadis itu itu memang tidak sukakannya .

Katanya Ailyn tak layak dapat kasih sayang dari ayah mereka atau lebih pasifiknya ayah angkatnya .

Isabella selalu mengarahkannya melakukan kerja hingga dia tidak cukup masa untuk rehat .

Ya , dia anak angkat kepada keluarga sederhana itu .

Dia pun tidak tahu keberadaan ibu bapa asalnya kerana dari maklumat file rumah anak yatim .

Dia di masukkan ke rumah kebajikan anak yatim itu semasa berumur 2 tahun dan semasa dia 11 tahun keluarga baik itu mengambilnya sebagai anak angkat .

Dia rasa begitu gembira dan bahagia apabila akhirnya mempunyai keluarga juga , walaupun hanya keluarga angkat .

Tipulah jika dia kata dia tidak teringin nak tahu ibu bapa kandungnya .

Dia pernah bertanya pada pemilik rumah anak yatim tersebut iaitu Umi Malsom tetapi wanita itu seakan enggan memberitahunya .

Sejak itu dia berhenti untuk menyiasat mengenai hal ibu bapanya kerana takut jika dia tidak dapat menerima kenyataan yang sebenar .

Ailyn juga tidak pasti anak mata indahnya dan rambut perang pekat ini genetik hasil dari ibu atau bapanya .

Dia tidak nafikan kenyataan bahawa dia di dalam keluarga tersebut seakan tidak wujud .

Hanya ayahnya sahaja yang melayannya baik dan memanjakannya hingga dia besar .

Ayahnya seorang nelayan .

Apabila pulang dari kerja lelaki itu selalu membelikannya makanan atau mainan berbeza dengan layanan ibunya .

Wanita itu tidak pernah mengambil tahu hal hidupnya , seakan dia patung bernyawa pula di dalam keluarga itu .

Sama juga seperti kakaknya yang kurang mendapat kasih sayang dari ayah kandungnya .

Wajarlah jika gadis itu membencinya kerana dia sebagai anak angkat mendapat perhatian lebih .

D E L L A N A Where stories live. Discover now