Mr. A's | 69

516 34 5
                                    

LACI meja di tarik kasar , beberapa pucuk pistol yang tersusun rapi mengikut saiz dan jenis di gapai satu .

Glock Zev yang di ambil di tilik lama , peluru di dalamnya di periksa dahulu sebelum di selit pada seluarnya .


Lalu di ambil lagi beberapa pucuk dan di selit pada seluar juga jacket kulit yang di kenakan pada tubuh maskulinnya .


Laci meja di tutup kembali , hayunan kakinya mara ke arah cermin panjang yang terletak bersandar di dinding bilik .

Penampilannya di tatap lama melalui pantulan cermin panjang tersebut .

Rambut caramel yang di gayakan dengan messy style di gusak hingga bertambah messy .

Cincin perak yang memenuhi jemarinya di betulkan sekejap , jacket di tubuh di perkemaskan .

Langkahnya di aturkan ke arah pintu bilik , tangan jantannya mengapai tombol pintu .

Dia memejam rapat kelopak matanya . Nafas di tarik dalam sebelum di hembus perlahan .

Tiada pilihan lain , dia harus mendapat kembali haknya .

Dia perlu tuntut kembali milik mutlaknya . Gadis itu kepunyaannya bukan jantan iblis itu .

Hari ini sudah genap empat hari dia berkurung kerana memikirkan cara untuk mendapatkan gadis itu kembali .

Selama 4 hari juga , dia baru tersedar akan kelalaiannya sebagai seorang hamba yang lemah dan leka dengan hal dunia .

Dan dia sebagai seorang muslim , buat sekian kalinya dia menghampar sejadah dan mula menghadap ilahi .

Walaupun dia sudah lupa bagaimana cara untuk menunaikan solat dan mengaji .

Tetapi itu bukanlah satu halangan buat dirinya untuk berubah dan mendapat pertolongan daripada sang pencipta .

Berkat dia tidak henti mendirikan solat sunat setiap malam , dan hari ini Allah memberikan dirinya keberanian untuk menemui lelaki itu .

Dia sedar tindakannya yang membiarkan Ailyn pergi bersama Ivan adalah terang terangan salah di sisi islam .

Jadi hari ini dia nekad untuk merebut semula gadis itu .

Kelopak mata di celik kembali .

Senyuman halus di lakarkan .

Dengan nama Allah , dia akan melindungi miliknya semula .

Bismillahirahmanirahim .

" Woi asal CCTV belakang rumah tetiba malap ni ? "

Eidan yang sedang memeriksa CCTV rumah berasa hairan apabila mendapati kamera di bahagian belakang rumah tiba tiba sahaja kabur .

" Apehal ? " tanya Justin menghampiri Eidan .

" Mana aku tahu , aku cuba check tapi tetiba jadi gelap " adu Eidan lagi .

D E L L A N A Where stories live. Discover now