Chapter 18

739 62 4
                                    

TAYAR kereta berhenti di hadapan sebuah restoran mahal yang di beri nama Restaurant Arabic Meal .

Di mana restoran berkonsepkan Arab , di mana turut juga makanan dan menu yang di sediakan adalah masakan tardisional Arab .

Hampir satu jam di dalam kereta buatkan kantuk membebani kelopak matanya , di tambah pula cuaca kini sejuk kerana baru lepas hujan .

Ailyn memisat matanya cuba menghilangkan rasa kantuk yang menyerang tubuh .

Andrew yang baru menarik keluar kunci kereta dari ignition memerhati gadis itu yang sedang memisat matanya .

Comel .

" Kau mengantuk ? "

Ailyn berpaling tatkala di tegur .

" Tak lah " kepalanya di geleng perlahan , lalu gadis itu kembali membetulkan tudung shawl yang di pakainya .

Andrew yang masih merenung gadis itu dari sisi hanya diam memerhati wajah putih itu yang masih memerah akibat lepas menangis .

Hidung dan mata itu yang memerah membuatkan dia kelihatan begitu comel .

Baru sahaja Ailyn mahu membuka pintu kereta , tiba tiba namanya di seru oleh Andrew langsung mematikan pergerakannya .

Kepalanya menoleh ke arah lelaki itu .

" Apa ? "

Soalnya hairan apabila Andrew yang hanya memerhati segenap wajahnya setelah memanggilnya buatkan dia berasa gugup .

Andrew mengapai topi hatnya di dalam dashboard di hadapan Ailyn ,

Buatkan gadis itu sedikit terkejut dengan tindakannya itu kerana berfikir bahawa dia ingin menyentuh bahu gadis itu .

Lalu topi hat berwarna putihnya itu di pakaikan pada kepala gadis itu yang tertutup dengan tudungnya .

Ailyn tersentak dengan tindakan tanpa di duga Andrew itu .

Lelaki itu mendekatkan sedikit jarak wajah mereka buatkan Ailyn terkaku apabila dia tiba tiba menghakis jarak mereka .

Tanpa amaran , tudung gadis itu yang sedikit senget akibat perlakuan menyarungkan topi pada kepala gadis itu di betulkan .

Ailyn jelas terpana dengan tindakan romantik Andrew yang tanpa di duga itu sekali lagi .

" Muka kau nampak merah dan sembab sebab kau menangis tadi , pakailah topi tu boleh cover sedikit muka kau yang masih merah tu "

Usai itu , dia terus keluar dari keretanya buatkan Ailyn yang seakan terbuai itu tersentak kembali ke alam nyata .

Segera dia keluar dari kereta kerana takut di tinggalkan oleh lelaki itu .

Ailyn membuntuti langkah Andrew yang sedang menuju ke arah pintu masuk besar .

Pintu yang berkonsep kaca lutsinar boleh menampakkan keadaan di dalam .

Kaca tebal yang juga terdapat sedikit corak ukiran bunga berwarna emas di bawahnya . Ianya kelihatan begitu mahal sekali .

Pintu di buka dari dalam oleh pekerjanya yang setia berdiri di sisi pintu masuk .

D E L L A N A Where stories live. Discover now