Chapter 39

619 43 0
                                    


BUK !

" Ergh..... " Darren mengerang sakit apabila tubuhnya tersembam kasar ke atas jalan tar secara meniarap .

Beberapa orang lelaki berpakaian tuxedo mampir ke arahnya , kayu di tangan salah seorang dari mereka di hayun pada belakang tubuhnya yang sedang meniarap di atas jalan itu .

Dengan cekap Darren memusing tubuh lalu menangkap kayu sebesar lengannya itu dengan ke dua belah kakinya .

Dia mengolekkan tubuh ke kiri membuatkan pegangan kayu tersebut di tangan lelaki itu kian melonggar .

Darren menongkat ke dua belah tangannya pada jalan tar , kayu tadi di tendang beberapa tapak ke hadapan dengan hayunan kakinya .

Lalu dia bangkit secara berguling dan duduk melutut dengan kaki kiri di lipat dan lututnya mendarat pada jalan tar .

Kemas sahaja setiap pergerakannya .

Air liur yang telah sebati dengan darahnya di ludah ke atas jalan .

Pandangan mata beronanya menikam wajah mereka yang mula mampir ke arahnya .

Tanpa berlenggah , dia menongkat tubuhnya dengan tangan kiri di atas permukaan jalan . Lalu tubuhnya di hayun 360 darjah ke udara .

Beberapa orang lelaki tersebut terpelanting ke belakang akibat terkena hayunan kaki padunya .

Jejaka kacak itu terus bangkit sebelum menerpa ke arah beberapa orang lagi baki anak buah Jake si tak guna .

Hentakkan lutut di hentak pada bahagian abdomen salah seorang lelaki tersebut .

Lalu kepala lelaki itu di lilit kemas dengan lengan beruratnya sebelum di telengkan kepala lelaki itu ke kiri dengan kasar .

KRAK !

Sesaat , lelaki itu mati akibat leher di patahkan olehnya dalam sekelip mata .

Dia lantas menunduk kepala tatkala terasa angin halus seakan nyaris sahaja mengena pada batang tengkuknya .

Rupanya ia adalah hayunan siku daripada anak buah Jake yang datang dari arah belakangnya .

BAK !

Sekelip mata hentakkan sisi tangan lebarnya di hentak pada bahagian sisi leher lelaki itu langsung buatkan tubuh tegap itu menyembah bumi tidak bergerak .

Kelihatan seorang lagi anak buah Jake yang masih tidak mampus sedang mara ke arahnya

Dengan malas dia menguling biji matanya ke atas tanda menyampah .

Kemudian , tangan kiri mengapai beretta 21A yang di selit pada jacketnya .

Lalu di hadang tepat pada bahagian dahi lelaki itu , pemicu di tahan buat beberapa saat sebelum pelatuk di tarik .

BANG !

Tubuh tidak bernyawa itu menyembah jalan dengan darah yang mengalir tidak henti .

Helaan nafas di lepaskan lega , peluh pada dahinya berkeringat membasahi segenap tubuhnya .

Teringat akan tugasnya yang di arahkan untuk memerhati mereka di dalam buatkan dia kalut menuju ke arah kereta kembali .

D E L L A N A Where stories live. Discover now