Chapter 03

1.5K 109 6
                                    

HELAAN nafas penat di lepaskan , dia baru sahaja selesai mengemop lantai dapur yang di kotori dengan tapak kasut pekerja termasuknya .

" Lyn , nah pergi hantar dekat bilik Sir Andrew tingkat atas sekali "

Empat cawan kertas yang terletak di atas tray kecil di hulurkan padanya yang sedang duduk berehat di atas kerusi .

" Hah ? Kenapa aku pula ? Kau pergilah hantar "

Dengusnya tidak puas hati , sudah banyak kerja dia buat hari ni . Bagilah dia masa untuk rehat sebentar .

Fyeris yang menghulurkan tray kecil padanya menganggkat bahu tanda tidak tahu .

" Entah , sir Darren yang suruh kau hantarkan aku tak tahu "

Berkerut dahinya mendengar kata kata Fyeris itu .

" Sir Darren ? Siapa tu ? Kenapa dia nak aku pula yang hantarkan ? "

Soal gadis itu bertubi tubi hairan dia di buatnya.

Darren mana pula ni . Tetiba suruh dia hantarkan minuman pada lelaki itu .

Pekerja lainkan ada kenapa perlu dia haih malasnya ya tuhan .

" Kau tanya aku macam aku tahu pulak , dah nah nanti marah pula sir kalau kau lambat "

Arah Fyeris lelaki tua dua tahun darinya itu , tray di letakkan ke atas pehanya sebelum lelaki itu berlalu meninggalkan dirinya sendiri .

Ailyn melepaskan keluhan berat sebelum dia ringankan juga otot tubuhnya untuk bergerak ke tingkat atas .

Fuh , sudahlah bangunan ni ada 7 tingkat , lenguh kaki dia nak mendaki tangga .

Memandangkan pekerja Cafe hanya 6 orang iaitu daripada 3 lelaki dan 3 wanita termasuk dirinya .

Dia tersenyum kecil pada pekerja di lobi yang berselisihan dengannya yang turut memberikan senyuman padanya .

Lift staf di tengah lobi di hampiri sebelum punat pada tepi lift tersebut di tekan .

Gadis itu melangkah masuk ke dalam lift yang ketika itu hanya dirinya seorang sahaja .

1 minit di dalam lift hampir membuatkan dia termuntah kerana berasa pening semasa lift bergerak naik ke atas .

Dia memang tidak gemar menggunakan lift kerana mudah berasa loya dan pening , tapi dah 7 tingkat tak akan nak daki tangga .

Jawapannya sampai esok pun tak sampai ke tingkat 7 .

Terbuka sahaja pintu lift , dia menjulur kepala keluar sebelum berjalan keluar dari lift .

Sunyi sahaja tingkat 7 ni , sudahlah semua perhiasan dan alatan di sini berwarna putih termasuk dinding .

Mozeknya juga berwarna putih bersih hingga dapat dia lihat pantulan wajahnya jelas pada lantai tersebut .

Tingkat yang hanya di penuhi dengan cermin besar itu membuatkan ianya kelihatan begitu mewah .

Atau lebih di kenali dengan full mirror concept .

D E L L A N A Where stories live. Discover now