Mr. A's | 72

599 33 2
                                    


JARUM infus yang di benam ke dalam isinya di tenung lama dengan anak mata biru pekatnya .

" Do not moving often , you're still under the weather "

Bicara doktor wanita yang merawatnya itu .

File kondisi berkenaan keadaan dirinya di tutup oleh doktor wanita bernama Janet itu .

Senyuman manis di ukirkan buat pesakitnya itu .

" Woi nak epal tak ? "

Eidan yang memerhati langkah doktor Janet itu tersentak sebelum menoleh ke arah Justin .

Kini mereka semua sedang terlantar di atas katil hospital , ke tujuh tujuh dari mereka berada di dalam wad VIP yang sama .

Tidak mahu duduk berasingan kerana mahu berjaga jaga antara satu sama lain .

Kejadian rumah mereka di bom oleh Ivan dua hari lepas menyebabkan mereka semua tercedera terkena tempias letupan yang berlaku .

Tetapi syukurlah hanya kecederaan kecil , tidaklah teruk sangat .

Hanya melecur dan luka luka ringan sahaja , mujurlah mereka semua ketika itu berada di pintu utama rumah .

Jika di dalam rumah pasti peratusan untuk mereka hidup hanya tipis kerana bom tersebut di letak di bahagian belakang rumah .

Jadi jarak belakang rumah dan hadapan rumah agak jauh kerana rumah agam tersebut boleh di katakan agak besar juga .

" Boleh juga "

Balingan epal hijau dari Justin yang berada di sebelah katilnya di tangkap kemas .

Epal hijau tersebut di bawa ke mulut sebelum di gigit lalu di kunyah lepastu telanlah tak akan letak balik pulak .

" Erissa macam mana dengan luka ? Masih sakit ? "
 

Doktor Janet menyoal gadis berambut pendek itu yang ralit termenung sahaja .

" Ahh.... ok pedih sikit je bila nak bergerak " jawab Erissa setelah tersentak di tegur oleh doktor wanita itu .

Senyuman manis yang di berikan padanya di balas tipis . Cantik doktor ni .

Pandangannya kembali di lempar keluar tingkap wad .

Memandangkan katilnya paling hujung dan di tepi tingkap . Jadi mudah untuk dia merenung langit .

Otak tidak henti memikirkan keadaan Andrew dan Ailyn sekarang .

Selepas sahaja rumah mereka meletup , mereka pun tidak perasan bila Andrew di ambil oleh Ivan .

Tahu tahu je dah tak ada dengan mereka .

Dia terfikirkan abangnya , Eric .

Sanggup Eric lakukan semua ini pada mereka , langsung tidak sangka tindakan lelaki itu memilih untuk bekerjasama dengan lelaki tua kerepot itu .

Tetapi jika di fikirkan secara logik , mustahil Eric dengan mudah mempersetujui arahan Ivan .

Kerana dia pasti ada sesuatu yang di sorok oleh abangnya itu .

D E L L A N A Where stories live. Discover now