Chapter 40

829 49 6
                                    

LANGKAH yang ingin menuju ke bilik tidur terhenti

Apabila anak mata menangkap sebuah bilik yang lampunya terbuka terang hingga biasan cahaya memancar ke luar bilik yang gelap .

Kakinya mengorak langkah ke arah bilik tersebut . Dia baru sahaja selesai minum air di dapur tadi .

Entah kenapa dia akhir akhir ni dia selalu saja terjaga pada waktu tengah malam begini dan tekaknya terasa kering sekali , meminta di basahkan dengan air sejuk .

Dia mula berasa hairan tatkala melihat pintu bilik tersebut separuh terbuka .

Rasanya semua penghuni di dalam rumah sudah tidur , tetapi siapa pula yang masih belum tidur ni .

Pintu bilik di tolak perlahan dari luar ,

Anak matanya terpaku pada susuk tubuh belakang Andrew yang sedang duduk bersandar punggung pada sisi meja kerjanya .

Lelaki itu tidak memakai baju , hanya seluar slack hitamnya yang membaluti ke dua belah kaki galahnya .

Dia kelihatan sedang mencuci lukanya di bahagian bahu , di mana kecederaan hasil daripada tembakan dari Jake tadi .

Dia kelihatan sedang mencuci lukanya di bahagian bahu , di mana kecederaan hasil daripada tembakan dari Jake tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Ailyn melihat itu sedikit tersentuh , lelaki itu luka begini hanya kerana ingin melindunginya .

Perlahan dia mula menghayun kaki masuk ke dalam bilik tersebut .

" Andrew "

Panggil Ailyn perlahan dari belakang , mendengar namanya di sebut kepala terus menoleh ke arah sumber datangnya suara itu .

Ailyn berdiri di hadapan lelaki itu , anak mata merenung luka dalam pada bahu lelaki itu .

Darah pekat jelas kelihatan pada bahagian luka itu , terdapat juga sedikit darah kering di situ .

Ianya kelihatan begitu mengerikan dan menyakitkan . Tetapi Andrew masih memasang raut wajah tenang .

Seolah luka parah itu hanyalah perkara biasa baginya .

Oh he's an assassin , this might be regular things to him . How can I forget his positions .

Lalu perlahan dia mengalihkan matanya menatap wajah tampan di hadapannya itu yang kini sedang turut menatapnya .

Anak mata mereka bersabung erat . Terbit rasa ' sesuatu ' pada lubuk hatinya .

D E L L A N A Where stories live. Discover now