Chapter 16

782 67 4
                                    

" PEREMPUAN tu betul betul dalam bahaya sekarang "

Ujar Eric yang sedang duduk bersandar punggung di meja sebelah Darren .

Anak mata biru lelaki itu merenung dalam kereta Lambo yang nyaris meragut nyawa Ailyn semalam .

" Dia dah mula ganggu perempuan tu , haih susah lah macam ni kita kena sentiasa awasi dia "


Kata Alan pula yang sedang duduk di atas kerusi sebelah Darren sambil berpeluk tubuh .

Manakala Darren dan Andrew masih diam sambil retina mata masih terpaku pada skrin komputer milik Darren itu .

Pulang sahaja dari kerja dia terus menuju ke bilik hackernya untuk menghack CCTV jalan raya tersebut .

Anak matanya bergerak ke arah Andrew yang duduk di sofa sebelahnya .


Lelaki itu mempamerkan raut wajah kosong sambil merenung dalam skrin komputernya .

Pandangan bengis penuh makna Andrew berikan padanya semalam cukup membuktikan persoalannya itu .

Dia masih tidak bertegur sapa dengan lelaki itu , Andrew kelihatan seakan marah akan dirinya dan dia malas mahu menegur lelaki itu .

Kerana dia bukanlah seorang yang memujuk atau cuba untuk bertegur sapa dan beramah mesra dengan rakan rakannya .

Mereka juga kenal akan dirinya yang bersikap begitu dingin dengan orang sekeliling bahkan dengan orang dia sayang dan rapat pun dia berdingin .

Pandangannya kembali teralih pada skrin komputernya ,

Memikirkan siapa gerangan misteri yang cuba untuk melanggar gadis itu semalam .

" Kenapa mereka terlalu mahukan perempuan tu ? Sedangkan dia bukan ada apa apa kaitan pun dengan kita "

Soal Alan seraya menguak rambut perangnya ke belakang .

" Kan aku dah cakap , diaorang fikir Ailyn orang terpenting dalam team ni so they thought she's our weakness "

Alan mengeleng wajah mendengar bicara Eric itu , haih kalau Ailyn orang penting dalam team mereka pun tak perlu rasanya gunakan gadis itu sebagai umpan .

Terserlah di situ mereka pengecut untuk bertemu secara lelaki dengan mereka .

" Apa yang James nak sebenarnya dari perempuan tu , dia fikir perempuan tu makwe kita ke apa ? "

Soal Eric pula masih tidak faham kerana James yang dari dulu lagi tidak henti menganggu mereka hingga ke kini .

Apa yang lelaki itu mahu pun dia tidak tahu . Bahkan kini di gunakan Ailyn yang tidak bersalah pula sebagai umpan mereka .

" Aku tak rasa James "

Darren bersuara tiba tiba buatkan serentak sepasang iris mereka melirik ke arah lelaki itu .

Darren menghela nafas sekilas sebelum ke dua belah tangan di bawa memeluk tubuhnya . Pandangan mereka di hiraukan .

" Aku tak rasa yang buru Ailyn sekarang James " ujar Darren mendatar .

" Maksud kau ? " soal Eric inginkan penjelasan .

" Budak James yang kita kenal tak sekaya dan seformal ini , mereka lebih memilih memakai pakaian santai berbanding pakaian formal ,

Tapi lelaki yang cuba dekati Ailyn lately ni bertentangan dengan sifat budak James .

Di situ menunjukkan bahawa puak mereka puak yang begitu akur dengan arahan bos mereka dan aku dapat rasakan bos mereka tidak setaraf James "

D E L L A N A Where stories live. Discover now