Chapter 26

687 55 4
                                    


SETELAH menghantar air milo pada Juliana di bilik , dia terus turun ke tingkat dua .

Menuju ke bilik Andrew .

Tadi habis habisan dia di usik dan di sakat oleh Juliana apabila dia memberitahu gadis itu bahawa Andrew meminta bantuannya untuk mencuci luka lelaki itu .

Juliana yang mendengar kata kata Ailyn itu tiba tiba teringatkan kekasihnya di bawah .

Bagaimana keadaan lelaki itu .

Rasanya tadi tak adalah teruk sangat luka dan lebam di tubuh Daryan .

Tetapi sebagai kekasih yang romantik lagikan comel dia perlu merawat lelaki itu juga seperti Ailyn merawat Andrew .


Ailyn hanya mengeleng tatkala Juliana berlari laju bagaikan marathon keluar dari bilik menuju ke bilik Daryan .

Sebaik sahaja dia tiba di hadapan pintu bilik Andrew .

Tangannya mengetuk perlahan pintu bilik lelaki itu .

Takut jika menganggu Andrew .

Namun tiada sahutan dari lelaki itu di dalam .

Perlahan tombol pintu di pulasnya , lalu gadis itu menjengah kepala ke dalam .

Bilik tampak kosong tanpa susuk tubuh Andrew .

Ailyn sedikit terlopong melihat dekorasi bilik lelaki itu yang kemas .

Hidung menghirup haruman maskulin Andrew yang menguar pada seluruh pelosok bilik .


" Ailyn "

Gadis itu terundur ke belakang dengan tangan yang memegang dadanya .

Terkejut dia apabila namanya tiba tiba di seru oleh lelaki itu dari belakang .

" Boleh tak stop sergah saya dari belakang ? "

Marah Ailyn sedikit bengang .

Mujurlah dia tiada penyakit jantung jika tidak sudah lama dia mati sebab serangan jantung .

Andrew menaikkan kening sedikit apabila Ailyn memberikan jelingan tajam padanya .

Hiraukan pandangan tidak puas hati gadis itu .

Dia berjalan ke arah sofa kecil yang terletak di kaki katil .

Kotak kecemasan di bawa bersama .

Tangan kanannya membetulkan rambut yang menutupi sebelah matanya sekilas .

Manakala tangan kirinya masih berada di dalam kocek seluar .

Ailyn melangkah mampir ke arah lelaki itu .

Tanpa di suruh , gadis itu duduk di ruang sebelahnya .

Ailyn memerhati Andrew yang sedang mengeluarkan ubat dan kapas untuk mencuci lukanya .

D E L L A N A Where stories live. Discover now