Chapter 41

782 55 6
                                    

DRESS labuh yang bercorak ukiran bunga berwarna silver yang tersarung pada tubuh genitnya di pandang .

Elok tersarung tudung shawl berwarna putih dan mahkota kecil yang di hiasi dengan mutiara berkilau di atasnya .

Solekkan yang di kenakan pada wajah buat dia kelihatan agak berbeza dan lebih menyerlah .

Di tenung jemarinya yang telah terukir lakaran bunga bunga dan daun dengan inai berwarna putih .

Sekilas , dia membetulkan dress pengantin di tubuhnya yang labuh mencecah lantai .

Hari ini adalah hari bermakna di dalam hidupnya .

Di mana hari dia dan sang jejaka idaman bakal di ijab kabulkan .

Berasa sedikit berdebar dan juga teruja .

Teruja kerana dia bakal berkahwin dengan jejaka yang turut menyimpan perasaan sama dengannya .

Tak sangka rupanya lelaki itu turut menyukainya dalam diam .

Mungkin ini adalah keputusan terbaiknya .

Mengahwini lelaki yang telah banyak membantunya selama 2 bulan ini .

" Ayyo termenung apa ? Fikir macam mana nak goda suami kau untuk malam ni ke ? "

Juliana yang baru selesai touch up muka duduk di sebelahnya yang sedang termenung .

" Tak perlu fikir pun sebab tak goda pun aku ni dah cukup mengoda dah untuk dia tergoda haaa kau hado "

Kata Ailyn seraya meniup kukunya yang di lukis dengan inai putih .

Juliana mendengar itu menayang wajah meluat .

Kini mereka sedang duduk di bilik yang telah di sediakan untuk pengantin bersiap di sebelah bilik telekung bahagian perempuan .

Dia dan Andrew akan di nikahkan di masjid Aesya , masjid yang luas dan berkonsepkan Di raja Itali .

Dekorasinya begitu indah dan cantik sekali ,

Memang tepat mereka memilih masjid besar tersebut kerana sesuai untuk bergambar .

Halaman masjid yang di hiasi dengan landskap bunga berwarna warni dan pokok kehijauan tenang .

" Tak sangka duh kau dah nak kahwin , baru je semalam rasa tengok kau makan lipas sebab ingat biskut coklat "

Kata Juliana , lalu tiba tiba memeluk rakannya itu erat dan menangis palsu di bahu Ailyn .

" Woi woi , senget nanti tudung aku "

Ailyn berusaha menolak wajah Juliana yang di sembam di antara dada kiri dan kanannya .

Ni macam nak ambil kesempatan dalam kesempitan .

Dasar Juliana miang !

" Hiks , dahlah kahwin dengan Andrew. Eleh dulu cakap tak suka bagai tup tup kahwin dengan Andrew juga aku fikir kau kahwin dengan Eric duh "

Juliana menyedut hingus halimunannya lalu hingus yang menjejeh keluar di sapu dengan kain dress Ailyn yang mencecah lantai itu .

Ailyn melihat itu berasa mengidam sahaja mahu menonyoh wajah jelita gadis itu dengan tapak kasut tumit tingginya .

" Oklah kahwin dengan Andrew kalau ikutkan hati aku , dua dua aku rembat "

" Bapak miang rupanya engkau "

Mereka berdua tergelak bersama .

Gelak tawa mereka terhenti apabila pintu bilik pengantin tersebut di kuak dari luar .

D E L L A N A Where stories live. Discover now