Mr. A's | 75

725 31 4
                                    


HAYUNAN kakinya masuk ke dalam perkarangan kubur Kristian di kota San Francisco .

Aturan kakinya terhenti apabila dia berdiri tepat di hadapan lengkungan kubur besar yang di kelilingi dengan tanaman bunga .

Senyuman halus di ukirkan .

" Hi papa ? Ailyn datang ni . Cuba teka Ailyn datang dengan siapa ? "

Dia cuba untuk berborak dengan ayahnya yang sudah 3 minggu pergi meninggalkan dirinya .

Sesungguhnya dia berasa sedih dengan kehilangan lelaki itu , Ivan ayahnya .

Ayah kandung .

Seteruk mana pun Ivan , lelaki itu tetap ayahnya .

Pada mulanya Ailyn kerap juga menangis setelah mengetahui bahawa ayahnya telah mati di bom .

Dia tidak sempat untuk meminta maaf dan mengamati wajah tampan itu buat kali terakhir .

Perlahan Ailyn duduk bercangkung di samping kubur Ivan di mana di tanam tepat di tepi kubur ibunya , iaitu Rossa .

" Maafkan Ailyn papa , Ailyn berkasar dengan papa . Maafkan Ailyn sebab tak berjaya jadi anak yang baik untuk papa . Ailyn tengking papa , maafkan Ailyn ya ? "

Air mata yang gugur pada pipi di seka pantas .

" Papa dah teka dah Ailyn datang dengan siapa ? " dia tergelak kecil dalam tangisan .

" Ailyn datang dengan cucu papa , papa happy tak ? Hehe Ailyn dah mengandung 2 bulan . Hmm kalaulah papa masih ada mesti kita boleh hidup bahagiakan ? "

Senyuman kelat di untumkan .

" Ailyn maafkan papa , Ailyn maafkan semua perbuatan papa pada Ailyn . Ailyn sayangkan papa , Ailyn akan selalu doakan papa "

Jika lelaki itu islam , pasti dia sudah sedekahkan yasin bersama beberapa surah suci yang lain .

" Hi mama " dia bergerak pula pada kubur di sisi kubur Ivan .

" Ailyn rindukan mama , Ailyn teringin sangat nak tengok mama sekarang , teringin nak peluk mama . Terima kasih mama sebab dah hantar Ailyn jauh ke Malaysia .

Di sebabkan mama , Ailyn masih hidup sampai sekarang . Dan berkahwin dengan lelaki idaman Ailyn . Mama , nak tahu tak Ailyn mengandung "

Dia tergelak kecil .

" Dah 2 bulan , tak sabar Ailyn nak lahirkan anak Ailyn ni . Mesti comel macam nenek dia "

Sekali lagi dia ketawa terkekek . Seolah benar benar sedang berbual dengan mamanya .

" Papa , mama . Ailyn balik dulu tau , Ailyn nak kena balik Malaysia . Sebab kawan Ailyn nak kahwin , jadi Ailyn kena pergi , Ailyn sentiasa doakan mama papa di sana "

Retina mata menatap tulisan yang di ukir pada batu melengkung di kubur ibu dan ayahnya .

Tulisan R.I.P bermaksud Rest In Peace di usapnya lembut .

D E L L A N A Where stories live. Discover now