Chapter 11

868 72 7
                                    


MEJA makan yang di kotori dengan sos dan nasi yang berterabur di atasnya di lap dengan menggunakan kain bersih di tangannya .

Gadis itu kemudian kembali bergerak ke dapur setelah selesai mengemas meja makan dan meletakkan pinggan dan cawan yang kotor ke dalam baldi untuk di basuh .

" Ailyn tolong hantar ayam ni dekat meja 12 ! " Laung Juliana dari dapur .

Ailyn hanya akur mengikut arahan , ayam goreng cheese tersebut di bawa ke arah meja 12 seperti yang di arahkan oleh Juliana .

Senyuman kecil di berikan pada pelanggan wanita yang murah hati memberikan senyuman manis padanya .

Kaki kembali melangkah ke arah dapur untuk meneruskan tugasnya sebagai pekerja Cafe tersebut .

Tangan mengapai telefon di atas meja .

Dia membelek telefonnya seketika , takut ada yang mesej masuk tanpa dia sedari semasa dia sibuk melakukan kerja .

Anak matanya terpaku pada WhatsApp chatnya bersama Andrew seminggu yang lepas .

Sudah genap seminggu dia tidak bersua muka dengan Andrew dan tiga jejaka kacak berkacukan itu .

Rindu ? Tak pun , bukannya diaorang abang dia ke apa nak rindu bagai .

Hari tu pagi pagi lagi Andrew berkata bahawa dia akan menghantar Ailyn pulang ke rumah kembali .

Dia pun tidak pasti kenapa , hari tu bukan main tak bagi dia keluar rumah siap suruh kunci semua pintu bagai .

Dan mereka kata bahawa nyawanya dalam bahaya tetapi sekarang dia baik baik saja .

Bernafas lagi , entahlah dia pelik kenapa masa tu nyawanya dalam bahaya .

Bila nak tanya dia selalu lupa dan soalan yang berlegar dalam fikirannya seakan tak terluah dari mulutnya .

Seolah mulutnya berat untuk menanyakan hal tersebut .

Tetiba terlintas akan kata kata Andrew padanya semasa dia membaluti bahu lelaki itu yang luka .

Lelaki itu berkata mereka adalah mafia ? Wujud ke mafia dalam dunia realiti ?

Dia masih tertanya tanya dan berasa tidak masuk dek akal jika mereka adalah benar benar puak mafia .

Jika tengok dari segi tubuh mereka , boleh di katakan wajar kerana keempat empat dari mereka mewarisi tubuh tegap seperti tubuh jejaka mat salleh .

Tapi..... wujud ke mafia ?

Apabila gambaran bilik yang di penuhi dengan senjata api yang di tengok dengan mata kepalanya sendiri hari tu , rasa macam benar pula bahawa mereka adalah mafia .

Dan dia masa tu langsung tak rasa takut atau gentar melihat segala senjata api pelbagai warna dan saiz .

Kerana dulu dia pernah pengambil kelas menembak di sekolahnya , kerana minatnya akan benda alah tu .

Dia pun tak tahu kenapa dia minat akan perkara yang mencabar dan lebih kepada lelaki juga berfizikal itu .

Dia berminat nak belajar seni mempertahankan diri , minat nak menembak dan minat nak bermain pedang .

D E L L A N A Where stories live. Discover now