Chapter 32

665 46 0
                                    

LENGAN bajunya di lipat hingga paras siku .

Walaupun dia tidak mahu tetapi terpaksa juga kerana Andrew asyik menggunakan perkataan yang sama agar dia tidak membantah arahan lelaki itu .

' Aku tak sukakan bantahan '

Kepala bana dialah tak suka bantahan !

Sabar jela Ailyn niat dia baik , dia nak rawat kau bukan nak raba kau !

Setelah dia mencuci tangan dan wajah .

Lelaki itu mengajaknya ke sebuah wad peribadi yang telah di bayar oleh lelaki itu .

Wad untuk doktor merawat pesakitnya secara peribadi .

Setaraf dengan rawatan di hospital swasta .

Dia tahu lelaki itu membayar doktor di situ agar membenarkan dia menggunakan sebentar wad rawatan tersebut untuk merawat dirinya .

Walaupun ada doktor yang menawarkan diri untuk merawatnya tetapi Andrew menolak pelawaan itu .

Katanya dia mahu rawat gadis itu sendiri .

Tidak perlukan bantuan pihak hospital .

" Ssssstttt..... aduh ! "


Ailyn menarik tangannya kembali apabila kapas yang di tuang cecair pencegah jangkitan kuman di sapu pada telapak tangan yang melecet .

" Tahan sikit "

Andrew kembali menarik tangan gadis itu .

Luka kecil di telapak tangan di cuci penuh kelembutan .

Takut dia terkasar tanpa dia sedari .

Ailyn hanya diam apabila Andrew meneruskan mencuci lukanya .

Luka yang terhasil akibat geseran pada tar petang tadi .

Siku dan telapak tangannya terseret pada tar semasa di tarik oleh lelaki itu .

Wajahnya berkerut kerut menahan pedih .

Plaster berwarna putih di dalam kotak di ambil .

Plastik di buka lalu di tampal pada lukanya yang telah di cuci itu .

" Meh siku kau pulak "

Lelaki itu menarik perlahan lengannya .

Kapas putih baru yang telah di nodai dengan cecair ubat di seka pada siku .

Ailyn memerhati bagaimana lembutnya setiap tindakan Andrew mencuci lukanya .

Wajah sempurna itu di renung .

Kenapa jantungnya pasti berdegup kencang apabila merenung wajah itu dengan jarak intim begini .

Gadis itu lantas berpura memperkemaskan tudungnya .

Tatkala Andrew memandangnya sekilas sebelum kembali meneruskan kerjanya .

D E L L A N A Where stories live. Discover now