Mr. A's | 52

579 39 1
                                    


SUASANA malam di jacuzzi kelihatan begitu tenang dengan hembusan angin lembut .

Pokok pokok tanaman di sekeliling mencantikkan suasana jacuzzi tersebut .

Bertemankan cahaya dari Eiffel Tower buatkan kawasan di jacuzzi menjadi cerah dengan cahaya warna warni dari Effel Tower tersebut .

Tudung shawl putih yang di belit pada kepalanya di betulkan sekilas di saat hembusan angin bayu beralunkan tudungnya .

Ailyn mengenakan baju dress paras peha bercorak bunga kecil berwarna merah bersama seluar skinny jeans berwarna putih susu .

Di seberang jacuzzi terdapat meja kopi yang memuatkan 12 orang , di atas meja tersebut kelihatan beberapa juadah yang di susun cantik dengan beberapa gelas kaca dan juga mangkuk .

Mereka melabuhkan punggung di kerusi yang telah di sediakan di situ .

Mereka berbual rancak sambil menikmati hidangan yang di sediakan oleh hotel .

Avocado caramel pudding smoothie di hirupnya sedikit .

Sejujurnya dia terasa amat sayang untuk menghabiskan minuman tersebut kerana rasanya begitu sedap sekali .

Buah segar avocado dan caramel terasa sangat mahal mengalir ke dalam anak tekaknya .

Mereka bergelak ketawa bersama sambil menyaksikan pertunjukkan yang di tempah dari hotel yang sememangnya di sediakan bagi penghuni hotel yang mahu menempah apa apa jenis pertunjukkan .

Seorang gadis mengenakan crop shirt bersama seluar pendek sedang bernari nari sambil bermain dengan gelung berapi di tangan .

Mereka semua tidak henti menjerit teruja apabila gadis itu tidak henti melakukan pelbagai aksi split dengan gelung berapi tersebut .

" Daryan Daryan Daryan ! " mereka semua menolak Daryan ke tengah ruang .

Mengarahkan lelaki itu agar menyertai gadis tersebut melakukan aksi split bersama gelung berapi tersebut .

Daryan dengan berhati hati mula memegang pemegang gelung tersebut sebelum lelaki itu melakukan aksi back flip .

" WOOOOOOOO " Sorakkan mereka semua bergema kuat di kawasan jacuzzi tersebut .

Teriakkan mereka buatkan para penghuni hotel yang berada berdekatan dengan jacuzzi memandang mereka semua .

Daryan tergelak dan berlalu ke kerusinya , mereka yang lain menepuk nepuk tangan sambil bersorak pada Daryan .

" Erissa pulak ! Girl this is your turn ! "

Justin dan Eidan bangun dari duduk sebelum mereka menarik gadis itu yang sudah mengeleng kepala sambil ketawa .

" No way ! I dont want to ! "

Erissa cuba menarik kembali tangannya namun gagal kerana Eidan dan Justin cukup kuat untuk di kalahkannya .

Gadis itu akhirnya dengan pasrah hanya mengikut apabila tubuhnya di tolak ke tengah ruang .

Gelung berapi itu di pegang penuh berhemah lalu dia menanggalkan kasut yang di pakainya .

D E L L A N A Where stories live. Discover now