Mr. A's | 67

518 35 0
                                    

DERINGAN telefon bimbitnya yang tersadai di tepi meja katilnya buatkan dia menoleh memandang gajet mahal itu buat beberapa saat .

Sebelum dia menghela nafas berat di saat deringan yang membingitkan telinganya terhenti .

Dan berbunyi kembali setelah beberapa saat .

Wajah di tekup , serabut dengan bunyi yang berdesing di cuping telinganya itu .

Akibat serabut , gajet canggih itu di gapai lalu di matikan dan di baling ke atas katil menyebabkan alat itu melantun dan jatuh ke atas lantai keras .

Hatinya berasa tidak tenang dan serabut sahaja memikirkan masalah yang membelenggu dirinya tika ini .

Dia sayangkan gadis itu , tapi kerana dendam terhadap ayah si gadis buatkan dirinya seolah tersekat di sini .

Setiap kali dia cuba untuk memikirkan rancangan bagi menyelamatkan gadis itu , setiap kali itu jugalah amarahnya mencanak tiba tiba tanpa sebab .

Dia bencikan Ivan tapi dia sangat sayangkan Ailyn .

Dia tidak tahu apa patut dia lakukan waktu ini , dia nak dapatkan Ailyn semula tetapi dendam di dalam dirinya menghalang dia dari melakukan hal tersebut .

Rambut caramelnya di ramas kasar . Tertekan .

Tolonglah , dia nakkan Ailyn tapi apabila otaknya mengingatkan dirinya kembali bahawa gadis itu anak pada manusia yang telah menghancurkan hidupnya .

Dia rasa benci dan berdendam pada gadis itu .

Di tambah pula , beberapa minggu lepas spy yang di upah untuk mengikut isterinya memberikan beberapa keping gambar padanya .

Gambar di mana Ailyn yang sedang bersuka ria bersama Ivan di DisneyLand Los Angeles .

Senyuman yang terlakar jelas pada wajah gadis itu tampak begitu lebar .

Hal itu cukup membuatkan ego lelakinya tercabar .

Tercabar tatkala isterinya kelihatan lebih bahagia bersama dengan ayah kandungnya berbanding dirinya iaitu suami kepada gadis itu .

Kerana itu dia biarkan gadis itu di sana dahulu , dia teguris hati dengan gadis itu yang jelas sekali kelihatan bahagia bersama ayahnya .

Dia rasa bagaikan dirinya tidak lagi bermakna buat gadis itu .

Apabila mengetahui isterinya sedang bergembira dengan manusia yang telah menghancurkan hidupnya .

Setiap mesej dan panggilan gadis itu lakukan mendatangkan sebak dan sesak pada dadanya .

Hatinya mahu menjawab panggilan dan mesej isterinya itu .

Tetapi diri dan egonya sekeras kerasnya menghentikan tindakannya itu .

Dia rindukan gadis itu .

Dia rasa bersalah , sedih , tak berguna , tak bermakna .

Dalam masa yang sama dia juga berasa benci , marah , bengang dan berdendam pada dua beranak itu .

D E L L A N A Where stories live. Discover now