Chapter 24

698 53 3
                                    

" HABISTU sekarang macam mana ni "

Soal Daryan pada mereka semua yang turut kelihatan serabut , rambut coklat pekatnya di ramas sedikit kasar kerana berasa agak serabut .

Walaupun Juliana bukan isterinya tetapi dia tetap risaukan gadis itu kerana gadis itu kekasihnya .

Di tambah pula Juliana di culik oleh lelaki yang tiada dalam list musuh mereka , nyawa gadis itu benar benar dalam bahaya kerana dirinya .

Tadi semasa dia dan Juliana melepak di pondok belakang rumah .

Daryan tinggalkan gadis itu berseorangan seketika kerana diri yang tidak tahan untuk ke tandas .

Dan lelaki itu kalut keluar dari tandas setelah penggera keselamatan rumah tiba tiba berbunyi menandakan rumah mereka di serang .

Daryan menyertai Eidan mencari Ailyn , Eidan mengawasi kawasan luar rumah . Takut jika ada musuh yang ingin menceroboh masuk .

Terlupa akan Juliana yang mungkin masih berada di luar rumah kerana terlalu sibuk mencari keberadaan Ailyn .

Tiba sahaja Andrew , Darren , Eric dan Alan di rumah . Barulah fikirannya teringat akan gadis kesayangan .

Namun pencariannya hampeh setelah mata langsung tidak berjaya mengesan susuk tubuh gadis itu .

Dia mendapati Juliana di culik setelah terjumpa sekalung rantai milik gadis itu yang tersadai di atas rumput .

Mungkin terjatuh ketika dia meronta ronta minta di lepaskan ketika di heret keluar dari situ .

Daryan benar benar rasa bersalah terhadap Juliana kerana dirinya cuai hingga langsung tidak teringat akan kekasihnya .

" Dude , aku tak tahulah . Sekarang ni Juliana pulak yang jadi sasaran diaorang untuk jadikan umpan , tak dapat Ailyn perempuan tu pun dia rembat "

Keluh Alan sambil meraup wajahnya .

" Aku tak tahulah kenapa team kita tiba tiba jadi hero selamatkan perempuan lately , sebelum ni tak ada pon kita kena umpan guna perempuan bagai haih "

Rengek Eidan pula .

Mereka kini berada di ruang tamu rumah , masing masing serabut memikirkan mengapa team mafia mereka berubah menjadi team penyelamat gadis melayu .

" Ntahlaaa aku nak cakap apa , kita dah macam team penyelamat pun ada "

Darren yang duduk di hujung sekali hanya diam dengan ke dua belah tangan memeluk tubuh .

Dia tak pernah berminat untuk mencelah dan menyertai mereka yang lain berbual atau berbincang .

Eric di sebelah Darren mengerling lelaki itu sekilas sebelum menghelakan nafasnya .

Andrew melangkah turun dari tingkat atas bersama seorang doktor lelaki di sampingnya .

Doktor itu memegang sebuah kotak berwarna putih , kotak ubatan barangkali .

Mereka hanya memerhati Andrew dan doktor tersebut yang sedang berjabat tangan sebelum doktor itu beredar keluar dari rumah .

" Macam mana dengan Ailyn ? Dia okey ? "

D E L L A N A Where stories live. Discover now