Chapter 30

816 55 0
                                    

SENYUMAN lebar tidak lekang dari belahan bibir .

Sedikit lipstick di goles pada bibir .

Lipstick saja dah cukup kerana dia bukan mahu ke mana pun hanya mahu ke pasaraya .


Kakinya melangkah keluar dari bilik .

Kunci kereta di atas meja di ambil .

" Oi kau nak pergi mana ? "

Isabella menyergah gadis itu dari belakang .


Ailyn menoleh apabila di tegur oleh Isabella , senyuman kecil di ukirkan .

" Ailyn nak pergi beli barang kejap , malam nikan ayah nak balik . Jadi Lyn nak masak lauk kegemaran ayah "

Beritahunya masih dengan senyuman lebar .

Bahagia bila tahu ayahnya akan pulang malam ini setelah hampir sebulan berada di Terengganu .

Isabella menjeling menyampah gadis itu yang begitu teruja .


" Masaklah banyak banyak , untuk ayah kaukan "

Perkataan ayah sengaja Isabella tekan .

Gadis itu terus berlalu ke dapur meninggalkan Ailyn sendiri di ruang tamu .

Ailyn meneruskan langkah .

Malas mahu mengendahkan perlian kakaknya itu .

Moodnya tengah gembira .

Dia begitu tidak sabar mahu bertemu dengan ayahnya kerana rindu yang teramat .


Kerana dalam keluarga .

Ayahnya seorang yang baik dan begitu memahami walaupun dia bukan anak gandung lelaki itu .


Walaupun tiada pelukan dan kucupan dari lelaki itu .

Tetapi cukup dapat memberi kasih sayang padanya .

Baki wang bertukar tangan .

Ailyn melangkah keluar dari pasaraya tersebut .

Kaki melangkah ke arah tempat parkin kereta dengan plastik bahan masakan .

Ailyn yang baru melangkah keluar dari pasaraya nyaris sahaja terjatuh apabila bahunya tiba tiba di langgar oleh seseorang .


Namun tidak sempat tubuh membaham lantai keras lengannya di tarik oleh manusia tersebut .


" Hey are you okey ? "

Soal lelaki itu apabila gadis itu terkebil memandangnya .

D E L L A N A Where stories live. Discover now