Mr. A's | 56

527 34 0
                                    


TERGELAM . Tergelam di dalam hiburan dunia yang sementera hingga sanggup berpihak kepada manusia yang telah menyiksa anaknya sendiri .

Hidup ini tidak indah seperti yang di jangka , kerana bumi ini bukanlah sebuah syurga .

Di nodai dengan kezaliman , ketidakadilan , kekejam dan  kebencian .

Sekali lagi dia di kecewai oleh jejaka yang dia percaya , manusia yang di cintai separuh mati .

Apabila mengetahui bahawa Ivan telah mempunyai kekasih baru , dan meninggalkan dirinya bagaikan dia tidak punyai perasaan .

Jimena merayu pada Ivan agar menerimanya kembali dan tidak membuangnya .

Namun hati wanita itu berkecai apabila Ivan mengatakan bahawa jejaka itu tidak mahu lagi dirinya kerana sudah menemui cinta sebenarnya dan jejaka itu sudah puas dengan tubuhnya .

Gadis itu menangis meratapi kedukaan hati apabila di buang sekali lagi oleh jejaka yang di cintai separuh mati .

Di sebabkan itu dia seorang gadis lemah mula bertindak dengan cuba melarikan diri .

Gadis itu bertindak gila dengan mencuri sepucuk pistol yang di ambil dari bilik Ivan dan menembak para anak buah jejaka tersebut hingga mati .

Namun perbuatannya itu telah berjaya di kesan , dia yang merancanga ingin melarikan tidak berjaya tatkala dia di tahan .

Gadis itu di kurung di dalam sebuah bilik dan di seksa akibat telah membunuh hampir 50 orang anak buah terlatih milik Ivan .

Buat kali ke dua di sedar bahawa jejaka yang di cintai sama seperti cinta pertamanya .

Syaitan . Mereka syaitan .

Terbit sahaja matahari dia di seksa , di rogol dan di jadikan bahan jenaka oleh mereka .

Di malam hari dia menangis , lirih menyoalkan pada tuhan mengapa hidupnya terlalu menyedihkan .

Mengapa tuhan mengaturkan sebuah perjalanan yang tidak adil dan begitu menyakitkan untuknya .

Namun di mana hari Ivan datang padanya , jejaka itu menghayun langkah mendekatinya dengan senyuman ikhlas .

Dia yang sudah lemah hanya mampu menyaksikan wajah kacak yang pernah di cintai itu .

Senyuman halus terlakar pada belahan bibirnya apabila terasa usapan hangat dari tapak tangan lebar sang jejaka dambaannya .

Tetapi senyumannya tidak lama mekar , apabila tubuh seorang jejaka muda kelihatan di heret oleh dua jejaka bertubuh sasa lalu di humban kasar ke atas tanah tepat di hadapan kakinya .

Andrew .

Anak lelakinya yang telah di buang , akibat seorang jejaka iblis yang terlalu di dambanya .

Jimena cuba tersenyum halus melihat keadaan teruk anak tunggalnya itu .

Hati ibunya rapuh melihat seluruh tubuh sang anak yang di nodai dengan darah pekat juga luka yang masih segar .

Saat itu , air mata ibunya mula berlinangan membasahi wajah yang telah di kotori dengan cecair merah kering .

Teramat menyesal dengan tindakan bodohnya yang bertindak membuang harta dunia akhiratnya itu .

D E L L A N A Where stories live. Discover now