Chapter 17

771 67 0
                                    

" PERGI ikut dia masuk fitting room "

Arahan dari Andrew menimbulkan rasa aneh dalam diri Ailyn , tubuh gadis itu terketar ketar menahan sejuk .

" Kenapa ? "

Andrew melihat bagaimana wajah bersih dan ceria itu kini berubah pucat dan sayu .

Bibir yang selalu berwarna merah jambu itu kini bertukar pucat dan merekah .

" Baju kau dah basah , kau selesa ke pakai macam ni ? Dah pergi tukar kat dalam "

Arah Andrew lagi yang mula mendudukkan diri di sebuah sofa tersedia di situ .

" Tak nak , hantar saya balik " Ailyn mengeleng wajah tanda tidak mahu .

Sememangnya dia berasa tidak selesa kerana baju yang di pakai sudah basah lencun dan melekat pada tubuhnya .

Hal itu membuatkan bentuk tubuhnya kelihatan , seolah dia memakai pakaian ketat pula .

Sudahlah sekarang ni sejuk . Tambah pula kini dia di dalam butik yang di pasang aircond dengan suhu yang rendah .

Dia tidak tahu mengapa Andrew membawanya ke sini , lelaki itu mengajaknya agar masuk ke dalam kereta kerana hujan begitu lebat sekali .

Namun , dia berkeras tidak mahu kerana dia mahu pulang . Tetapi apabila petir dan guruh mula menyambar kuat tidak henti .

Dia terpaksa masuk juga ke dalam kereta lelaki itu dan Andrew membawanya ke sini tanpa alasan yang di beri padanya .

Bila di tanya lelaki itu hanya akan berkata ' Ikut sajalah ' .

Kedua belah tangan meramas kuat jacket yang lelaki itu berikan padanya , terasa sejuk yang melampau .

Andrew hanya memerhati wajah pucat Ailyn sebelum perlahan bebola matanya turun pada tubuh gadis itu .

Lantas dia mengalihkan pandangannya , tidak di nafikan gadis itu mempunyai bentuk tubuh yang langsing dan cantik .

Walaupun bertubuh kecil begitu tetapi bentuk tubuhnya cukup indah dan sempurna di matanya .

Lelaki itu berdehem sekilas membetulkan anak tekak .

" Aku tak suka orang ingkar arahan aku " tanpa memandang gadis itu dia membelek telefon bimbitnya .

Ailyn yang mendengar ayat yang selalu di gunakan oleh Andrew mendengus kecil tidak puas hati kerana dia perlu mengalah dengan lelaki itu .

Dengan keterpaksaan dia melangkah juga menuju ke bilik persalinan di bahagian belakang .

Baju yang lencun menyusahkan dirinya untuk berjalan kerana melekat pada tubuhnya .

Sepasang anak mata kelabunya merenung belakang tubuh gadis itu yang sudah masuk ke dalam bilik persalinan .

Dia dengar segalanya , segala perkataan hina dan cacian yang di lemparkan pada gadis itu .

Dia berniat hanya ingin menjenguk keadaan keluarga Ailyn kerana gadis itu kini benar benar sedang berada di dalam fasa bahaya .

D E L L A N A Where stories live. Discover now