Langkah Pertama

2.2K 117 6
                                    

Ali pulang ke rumah setelah berjam² memikirkan gadjet Khai. Dia menggunakan boost di skuternya memandangkan dia balik lebih lambat dari hari lain. Dalam beberapa minit lagi Dr.Ghazali, ayahnya, akan sampai di rumah dan Ali akan pastikan yang dia sampai sebelum ayahnya. Sudahlah kena sampai sebelum ayahnya, dia juga perlu menukar pakaian sekolahnya ke pakaian tidur.

Saat Ali sampai di pintu rumah, dia melihat cahaya lampu kereta ayahnya tak jauh dari rumah. Kelam kabut dia masuk tutup pintu, lari naik tangga, tutup pintu bilik, tukar baju dan terus baring dengan mata yang tertutup. Tepat saja selepas Ali baring di katil, terdengar bunyi pintu rumah dibuka dengan panggilan yang memanggil² namanya.

'Uishhh nasib baik sempat' dia berkata dalam hati dengan lega. 'Kalau tak sempat tadi, lagi satu hal nak jawab dengan ayah'

Keesokan harinya, pada pukul 5:00 pagi,dia memilih untuk tidak pergi ke taman tetapi pergi ke Akademi dan berlatih di sana. Keadaan di Akademi amat sunyi maklumlah orang masih tidur waktu² macam ni. Di terus menuju ke arena dan mengaktifkan latihan Level : Easy. Dia perlu menjatuhkan 50 robot dan 50 drone untuk melepasi level ni. Kali ini dia berlawan menggunakan gasing Ejen Aliya kerana dia sudah mahir menggunakan yoyo. Mula² agak kekok ditambah dengan ketiadaan I.R.I.S dan hampir sahaja ditembak oleh drone yang berada dibelakangnya. Walaupun Level : Easy, dia tetap gagal tapi kegagalan itu tidak menjadi alasan untuk Ali menyerah.

Dia sudah bertekad untuk menjadi seperti ibunya dan membuktikan bahawa dia setanding dengan ejen muda lain. Dia akan pastikan yang dia boleh kalahkan ejen² yang merendahkannya. Ali berulang kali berlatih dengan level yang sama dan cuba membaca pergerakan robot dan drone. Tapi nasib tidak menyebelahinya, dia ada 30 minit untuk bersiap ke sekolah. Terpaksa menghentikan simulasi latihannya dan balik ke rumah.

Masa berjalan lambat di sekolah bagi Ali. Dia terlalu teruja untuk pergi ke Akademi dan berlatih lagi walaupun dia tahu, di sana dia akan dikeji sepanjang masa. Habis kelas terakhir, Ali berpisah dengan Viktor dan terus pergi ke pintu masuk di kantin. Alicia tiada pilihan selain mengikuti Ali tetapi tidak berasa pelik dengannya. Bagi Alicia, Ali memang selalu buat macam tu.

Khai menyambut kedatangan mereka berdua dengan gembira. Hari berjalan seperti biasa, Ali berlatih bersama Alicia dan Iman, ejen muda yang lain mengejek Ali dan Ali dibuli dengan mereka. Sampai di bilik Tekno, Ali mencari fail rakaman CCTV menggunakan peranti yang digunakan oleh ejen² tekno dalam bilik tersebut.

Dia mencari² rakaman CCTV arena untuk di'copy' ke dalam pendrive yang dibawanya. Boleh dikatakan berjam² menunggu rakaman² arena untuk di'copy'. Tidak aneh lagi bagi Ali kerana dia tahu, dia sedang meng'copy' rakaman CCTV arena dari tahun pertama M.A.T.A ditubuhkan. Sementara menunggu, dia mencari idea gadjet yang ingin dicipta untuk rakan²nya.

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now