Remaja itu nampak terkejut bukan kerana melihat ejen M.A.T.A ataupun serangan tetapi pakcik tadi merupakan pakciknya yang dianggap sudah meninggal.
Ali dan Ejen Karya memandang untuk memastikan keadaan dua lelaki tadi dan mereka juga turut terkejut kerana remaja lelaki tersebut ialah Rudy.
"P-pakcik okay?" Rudy membantu pakciknya manakala Ali menolong lelaki berpakaian kemas tadi. Namun, tidak banyak masa, Ali dan Ejen Karya cuba untuk menewaskan robot dahulu tapi apakah daya, mereka dikalahkan dengan begitu mudah.
Rudy memegang sebilah pisau menaikkan hoodie nya untuk menutupi muka lalu cuba untuk membantu. Ejen Bakar sudah terjaga menumbuk kepala seorang musuh dari belakang memberi peluang kepada Rudy untuk melumpuhkan lelaki tersebut.
Tiba - tiba sebuah kereta berwarna hitam berhenti di depan Cyber Science. Hampir sahaja satu peluru mengenai lelaki berpakaian kemas tersebut tetapi Ali berjaya melindunginya. Turun beberapa lelaki memakain suit bertai dan pistol menolong lelaki berpakaian kemas tadi. Turun juga seorang remaja memakai baju kemeja berwarna kuning dan seluar jean.
"Ayah! Ayah okay?"
"Jeffrey, kenapa datang sini. Bahaya"
"Jet datang sebab dengar Cyber Science kena serang" ejen - ejen yang mendengar nama Jet terus menoleh sebentar dan benar, itu Jet bekas ejen neuro M.A.T.A.
Keadaan sangat huru hara, peluru ditembak ke merata tempat. Orang awam sudah berada di tempat yang selamat. Dengan teknologi Ali yang telah menyimpan maklumat semua ejen muda sebelum ini, Jet dan Rudy dapat menukar kepada suit ejen mereka walaupun bukan ejen.
'Kalau lah ada Atlas'
"Ash, takde plan ke?" Ali berbisik.
"Kejap. Mungkin kau boleh suruh Jet tarik perhatian orang tu, lepastu Rudy boleh gari diaorang. Alicia boleh lastik untuk tarik perhatian robot tu and then Ejen Karya boleh belah dari belakang"
"Macam neuro bertukar tugas dengan inviso je" Ali berkata sambil menarik kaki salah seora v lelaki berpakaian hitam.
"Apa kata kalau kau panggil Roza sekali?"
"Kenapa pulak?" Ali melontarkan gasing tetapi ditepis dengan mudah.
"Dia boleb backup dari jauh" mendengar kata - kata Ash, dia menghubungi Roza dan menyuruhnya untuk datang menolong. Demi membalas kebaikan Ali, Roza tanpa ragu - ragu terus pergi ke Cyber Science.
"Alicia, Jet, korang tarik perhatian robot dengan orang tu. Rudy, Ejen Karya, serang hendap" Alicia mula berlari sambil melastik dan berjaya menarik perhatian salah seorang musuh lalu digari oleh Rudy dan dihempas sehingga tewas.
Begitu juga dengan Jet, terbang ke pelbagai arah, Ejen Karya muncul entah dari mana menggunakan kainnya dan membelah belakang robot tersebut di mana terletaknya gear robot.
Tidak lama selepas itu, Roza sampai dan terkejut melihat keaadan yang kecoh. Ali mencapak alatnya ke arah Roza. Alat itu mengesan identitinya secara automatik dan pantas terus menukarkan baju Roza kepada suit ejennya dengan senapang rifle disebelah.
Dia menolong Alicia dan berlari ke posisi berdekatan lalu menggunakan scope dan menembak menembusi screen robot menembusi sehingga ke mesinnya membuatkan satu robot telah rosak.
Sekarang tinggal dua lagi robot dan 5 orang memakai topeng. Ali melontarkan gasing yang melantun ke arah musuh tetapi ditepis dan terkena pada mulutnya sendiri. Sekali lagi dia bangun dan melontarkan gasing yang dbaling semula oleh musuh tetapi kali ini Roza menembak gasing tersebut mengenai musuh.
Ejen Karya membaling beberapa keping kad lalu muncul di belakang musuh tetapi dia ditembak oleh robot. Jet menembak robot tersebut lalu dihabisi oleh peluru bom Alicia.
YOU ARE READING
Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]
FanfictionCerita ini mengambil tempat selepas Ejen Ali The Movie. Selepas kejadian pemberontakan pinggiran, Ali tidak dibenarkan lagi memakai I.R.I.S, gadjet ciptaan ibunya. Walaupun hubungan Ali dan Alicia semakin baik, rakan² di Akademi M.A.T.A mula pandang...