Dibuli Lagi (PT1)

1.8K 93 8
                                    

Ash dan Ali berborak bersama tentang kisah bagaimana dia secara tidak sengaja masuk ke dalam agensi pelindung ini, bagaimana dia dapat capai ke tahap ini dan macam² lagi. Terdetik satu idea yang tak berapa bagus di minda Ali yang ingin dibincangkan dengan Ash. Dia berehat sekejap untuk menghilangkan penat walaupun projeknya masih belum siap.

"Ash, kau rasa okay tak kalau aku buat suprise untuk sambut kepulangan ejen² yang pergi misi?" Ali bertanya sambil memandang kearah dinding berwarna putih

"Idea kau tu okay tapi kau kan sakit..so tak boleh"

"Alaa nanti aku planlah dengan ejen yang lain. Mana tau diaorang boleh tolong" nada Ali sedikit merayu.

"Haaa yang tu okay! Kau nak buat suprise macam mana? Dan hadiah tu kau nak bagi camne?"

"Nanti aku try bincang dengan Alicia dan Uncle Bakar"

"Okay!"

Ali terus duduk dan mengambil alatnnya untuk meng'upgrade' keris plasma Chris walaupun sudah lewat malam. Sedang dia gigih menyiapkan hadiah kawan²nya, Alicia masuk ke dalam bilik rawatan tersebut dan menyapa Ali. Ini memberi peluang kepada Ali untuk membincangkan tentang rancangannya dengan Alicia supaya boleh disampaikan kepada Ejen Geetha dan Ejen Bakar.

Ejen neuro itu mengambil tempat duduk di sebelah katil rakannya dan bertanya serba sedikit tentang projek ejen tekno tersebut. Satu persatu soalan dijawab dan akhirnya Ali memusingkan badannya menghadap Alicia dan memberitahu rancangannya tetapi perlu dibantu oleh ejen² yang lain kerana dia tidak dibenarkan untuk banyak bergerak. Alicia nampaknya setuju dengan rancangan itu tapi kejutan itu perlu dibuat 2 hari selepas kepulangan mereka sebab kemungkinan beberapa ejen akan pulang dengan kecederaan adalah besar. Musuh yang mereka hadap sewaktu misi bukan calang² orang lagi² mereka menggunakan Azurium.

Tiba² Ejen Bakar pula yang memasuki bilik itu bersama Ejen Geetha tepat pada waktunya kerana dua mentor itu ternampak lampu yang masih terbuka di bilik rawatan walaupun sudah lewat kira² pukul 3:00 pagi.

"Ali, Alicia, kenapa kamu berdua masih terjaga lagi?"

"Ejen Geetha, Ejen Bakar, kami ada nak bincang sesuatu ni"

Ali pun menceritakan tentang kejutan tersebut dan disambung oleh Alicia dengan lebih terperinci. Dua mentor itu mengangguk anggukkan kepala mereka tanda faham dan mereka turut menyutujui rancangan tersebut serta akan membuat sedikit persiapan esok hari. Alilicia bersorak kegembiraan sesenyap yang boleh kerana mereka berjaya mendapatkan kerjasama dua mentor mereka. Mereka berempat berbincang dan menambah beberapa lagi idea yang dapat menjadikan kejutan tersebut lebih menarik.

Selepas itu, tiga ejen tadi keluar dari bilik meninggalkan Ali yang bekerja keras untuk menyiapkan semua upgrade gadjet yang telah dibincang dengan Ash. Ash juga ada memberi penambahan idea pada upgrade² yang Ali buat seperti enchancer Ejen Geetha ditambah dengan peluru seperti Blastique Alicia. Tayar R.O juga dicipta khas yang apabila ditekan butang khas di alat kawalan Khai, tayar R.O akan mengeluarkan besi² tajam seperti tayar Komeng. Bulat juga akan dihadiahkan gadjet tambahan iaitu perisai plasma yang melantunkan semula apa² serangan dan banyak lagi cadangan baru.

"Cun gila idea kau!"

"Powerkan? Dah buat cepat, nanti esok bangun lambat aku tak tau."

"Ash..aku nak tanya"

"Tanya apa?"

"Kalau aku mati, apa yang jadi kat kau?"

"Ish kau ni..soalan camtu jugak kau nak tanya"

"Tanya je"

"Aku pun akan hilang jugak..Dah jangan bincang topik² macam ni lagi okay? Kau tu kena tidur sekarang dah pukul berapa dah"

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now