Pantau

1.9K 92 16
                                    

Beberapa minit kemudian, Ejen Geetha keluar dengan senyuman dan memaklumkan kepada ejen muda bahawa Ali dalam keadaan stabil tapi kecederaannya sangat teruk jadi dia dipindahkan di bilik rawatan stage 3. Ejen Geetha berbincang dengan 4 kawan baik itu di luar bilik tentang Ali.

"Kecederaan Ali teruk jadi dia akan dipindahkan ke bilik rawatan stage 3. Jangan risau, dia dalam keadaan stabil tapi saya tak pasti dengan emosi dia jadi saya minta tolong kepada kamu berempat untuk memantau Ali dan menceriakan dia semula. Saya akan bercakap sedikit dengan dia selepas emosi dia stabil nanti."

"Baik Ejen Geetha" Empat sahabat tersebut berkata serentak dengan semangat.

"Iman pun akan minta semula Comot daripada Ejen Karya supaya dia boleh pantau Ali sewaktu kami tidak ada" kata Alicia.

Mentor tekno itu mengangguk tersenyum manis dan berlalu pergi. Alicia yang dahulu dingin sekarang lebih tenang dan selalu tersenyum, boleh kata 75% perangai dia berubah itu pun kerana Ali. Empat sahabat yang berada di luar bilik rawatan berbincang tentang penjagaan Ali dan selepas 15 minit berdiri, mereka setuju dengan rancangan mereka.

Alicia dan Khai ditugaskan untuk menjaga Ali di bilik rawatan kalau² Ali perlukan apa² manakala Moon dan Iman akan melengkapkan keperluan Ali contohnya mereka perlu membelikan Ali makanan. Ejen Bakar, Bulat, Zass dan Chris yang mendengar perbincangan mereka turut ingin membantu jadi mereka ditugaskan untuk memastikan Ali sentiasa gembira. Kalau ada benda lain yang mereka perlu buat tentang Ali, mereka akan buat.

Apabila Alicia, Khai, Ejen Bakar, Bulat, Chris dan Zass masuk ke dalam bilik rawatan stage 3 untuk melaksanakan tugasan mereka, Ali sudah mencuba untuk mencapai sesuatu di tepi katilnya. Zass dengan cepat pergi ke arah Ali dan membaringkan dia semula lalu memberi barang yang hendak dicapai tadi.

"Kau ni Ali, kena lah rehat. Kalau nak apa², mintak je kat kitaorang" Khai menggelengkan kepala.

"Eik, korang buat apa kat sini ramai²? Kenduri ke?"

"Kitaorang kat sini nak jaga kau lah. Kau kan degil. Orang kata jangan gerak, kau siap curi² keluar lagi" Ejen Bakar dan Alicia berkata serentak dan memandang antara satu sama lain. Sudah dari dulu dengan Ali, memang jenis ayat² macam tu yang keluar dari mulut dua ejen itu dan sekarang sehati sejiwa.

"Macam mana uncle tau saya keluar?"

"Ejen Geetha ada pasang kamera tertutup kat sini" Bulat berkata sambil memutarkan cube.

"Hehe janganlah marah ye.."

"Mu ni, sokmo degi. Brapo kali orang ghoyak dah"   
("kau ni, selalu degil. Berapa kali orang cakap dah")

"Aku beli makanan je kot waktu tu nak bagi Khai dengan Moon."

"Tok payoh. Loning, Kito ye jaga mu"
("Tak payah. Sekarang, kitaorang yang jaga kau")
(Sorry Author tak reti bahasa Kelantan. Cari kat google je. Mintak tunjuk ajar)

"Pahe² (faham²)" Ali berkata dengan loghat Kelantan yang membuatkan Chris tersenyum. Sedang mereka gelak ketawa, kedengaran pintu bilik terbuka menampakkan Iman yang memeluk Comot dan Moon yang membawa satu plastik merah besar.

"Comot! Rindu kau!" Comot berlari turun dari pelukan Iman dan melompat ke arah Ali sambil menjilat muka tuannya dan mengiau gembira dapat bertemu dengan Ali setelah lama dijaga oleh Ejen Karya. Comot mengiau menanyakan keadaan Ali yang hanya mengangguk.

"Best duduk rumah Ejen Karya? Kau cukup makan tak? Tak cukup nanti aku curi spec mata Ejen Karya." Ali mengusap bulu kucing kesayangannya. Pertanyaannya dibalas dengan Comot yang mengiau beberapa kali sambil mengangguk.

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now