Curiga

1.9K 96 6
                                    

Tik...Tok...Tik...Tok

Hanya bunyi detikan jam kedengaran di bilik rawatan stage 2 dengan Ali yang termenung kerarah jam menunggu kepulangan kawan²nya. Dia mengeluh kerana masih lambat lagi nak petang dan itu membuatkan dia semakin bosan dan sunyi. Saat demi saat berlalu tetapi Ali tidak berganjak dari tempat ataupun menoleh ke tempat lain. Seperti biasa, keberadaan mentor² yang memerhati dari luar bilik tidak disedari ejen yang malang itu kerana terlalu tertumpu pada jam didepannya. Untuk menghilangkan rasa bosannya, dia pun membuat keputusan untuk memeriksa CCTV melihat keadaan ejen² lain.

Begnya dicapai, menyeluk tangannya mengambil tablet dan membuka kawalan kamera CCTV. Dia 'slide' satu persatu melihat tempat yang berbeza tetapi tetap tiada apa² yang menarik.

"Ash.." Ali memanggil dengan nada yang bercampur dengan keluhan.

"Apa?"

"Aku bosanlah huhu. Kau ada idea apa² lagi ke nak upgrade kat gadjet diaorang ni semua? Menyampah aku takleh nak gerak sana sini pastu kena duduk atas katil sepanjang masa. Dulu waktu aku nak bangun pergi sekolah rasa macam nak baring je atas katil tapi bila dah jadi, bosan pulak"

"Kau upgrade lah dagger Iman supaya boleh jadi pelindung kalau kena pusing macam kau punya yoyo"

"Oo a'ah lah! Bagus jugak idea kau tu" Ali kembali tersenyum dan duduk menghadap meja di sebelahnya.

Tiba² terasa sesorang dengan tangan yang sejuk memegang bahunya dari belakang lalu Ali cepat² menoleh ke belakang tetapi tiada siapa².

"Siapa tadi? Ke bayangan aku je? Tapi rasa real." Ali berkata sambil memandang semula ke mejanya dan dikejutkan dengan satu permandangan. Di depannya, terdapat satu tubuh yang tergantung dengan kulit berwarna kelabu. Mata orang tersebut terkeluar dari soket matanya dan bergantung kepada urat di belakang mata. Lidah nya terjelir keluar dengan panjang, pakainnya koyak² dan lusuh. Dan yang paling menjijikkan, usus orang itu berjurai jurai ke lantai bersama organ yang lain kecuali jantung.

Ali menjadi kaku, takut, panik dan loya dengan apa yang dilihatnya. Remaja itu kebelakang sejauh yang boleh dari meja itu dan perkara yang sama berlaku iaitu orang tersebut tiba² bernyawa dan merenung Ali walaupun dengan mata yang tergantung.

"Ash..ni yang macam tadi kan? Betul tak?" Ali bertanya dengan perlahan berharap kawannya akan menjawab tetapi tidak. Ejen tekno itu berasa ragu² ingin mengabaikan sahaja atau pun menunggu orang itu hilang kerana Ali pasti, jikalau orang itu gerak sekali pun, dia tidak akan dapat mencapai dirinya kerana tergantung pada siling.

Orang itu mula bergerak dengan ganas untuk melepaskan diri dan pergi kearah Ali. Remaja lelaki tersebut mula panik dan takut dengan tindakan orang misteri di depannya.

"Ja-jangan berani de-dekat! K- kalau tidak aku serang" Ali gagap memberi ancamanya akibat dia menggigil yang melampau sambil mengacukan pemutar skrunya kearah orang tersebut. Pergerakan orang itu semakin lama semakin ganas sehingga anggota badannya semua terpisah pisah dari yang lain dan kepala orang itu jatuh bergolek di atas meja projek Ali lalu berguling ke arah ejen tekno yang panik.

"ARGHH" Ali cepat² bangun sambil memegang besi katil lalu hilang keseimbangan dan terjatuh ke belakang menyebabkan dia mengerang kesakitan. Mentor² yang melihat Ali yang dari tadi bercakap seorang diri dan tiba² jatuh akibat panik pun berlari masuk ke dalam bilik rawatan untuk menolong ejen itu. Ejen Bakar mengangkat semula anak saudaranya ke atas katil dan membaringkan perlahan lahan. Ejen Karya dan Ejen Leon hanya memandang hairan dan risau terhadap perangai ejen muda itu yang bertambah aneh manakala Ejen Geetha mengambil beberapa barang rawatan untuk memeriksa keadaan Ali.

"Eikk uncle? Ejen Geetha, Ejen Leon dengan Ejen Karya kenapa ada kat sini?" Ali pelik kerana tidak mungkin mereka mendengar jeritannya tadi melainkan mereka berada berdekatan. Patutlah Ali tidak melihat mereka di mana² dalam kamera CCTV.

"Kau okey tak ni? Macam mana boleh jatuh? Uncle dengan mentor on the way pergi hall lepastu terdengar kau jerit." Ejen Bakar buat² tidak tahu untuk mengetahui jika Ali selama ini menipu tentang keadaannya selama ini.

"Ooo saya nak ambik sesuatu tadi tapi terjatuh. Sorry lah saya jerit tadi terkejutkan semua" Ali menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersenyum.

"Lah ingatkan apa tadi. Kau tu dah lah sakit, jatuh pulak. Lagi teruk jadinya" mentor kombat itu menyembunyikan rasa risaunya.

"Alah uncle ni, saya okay jelah"

Ejen Geetha memeriksa jahitan di pergelangan tangan Ali yang masih tertutup lagi dan luka di kepalanya menjadi sedikit teruk kerana terhentak ke lantai sewaktu jatuh. Dia terus menyapu ubat berwarna kuning di tempat luka untuk mengelakkan luka tersebut menjadi lebih teruk. Ejen Geetha menghembus nafas lega melihat tiada lagi luka yang terjejas dan menjelaskan perkara tersebut kepada mentor lain. Mereka berempat duduk di sebelah katil Ali dengan niat untuk bercakap sikit. Remaja lelaki itu membuat muka pelik apabila melihat mentor² terdiam.

"Ali, bagaimana dengan keadaan kamu?" Ejen Geetha memulakan percakapan.

"Saya baik² je. Dah boleh gerak sikit² tak sakit" Ali memberikan senyuman untuk meyakinkan mereka.

"Kamu ada nampak apa² yang pelik yang kami tak nampak dalam bilik ni?" Ejen Karya pula bertanya

"Takde pulak, kenapa?"

"Uncle dengar, ada beberapa ejen nampak benda² dalam bilik ni tu yang kitaorang tanya" Uncle Bakar cover.

"Nampak apa? Hantu ke?"

"Lebih kurang"

"Oo takde, saya tak pernah nampak apa²"

Mentor² memandang antara satu sama lain.

"Kamu ada dengar apa² yang kami tak dengar?"
Kali ini Ejen Leon pula yang bertanya dengan nada yang perlahan.

"Takde" Ali menggelengkan kepalanya.

"Ali, kami nak kamu tahu yang kami semua akan sentiasa ada sebagai tempat kamu luahkan perasaan. Jika ada apa² masalah, bagitau je kami" Ejen Geetha tersenyum manis. Ali mengangguk.

"Baiklah kalau macam tu, kami akan pergi menyiapkan barang² kejutan. Jangan banyak bergerak jika tidak perlu dan jangan lupa makan ubat" Ayat yang sama didengari Ali sejak dia berada di sini

"Tapi kenapa mentor tanya saya semua ni?"

"Kot² kau nangis nampak hantu nanti" Ejen Bakar menakut nakutkan anak saudaranya.

"Eishh uncle ni.."

"Haha takut lah tu😂😝"

Semua ejen yang berada di dalam bilik rawatan stage 2 ketawa dengan dua ahli keluarga tersebut yang tak berubah perangai. Selepas mengucapkam kata selamat, mereka keluar untuk membuat hal masing² manakala Ali pula menambah upgrade kepada dagger Iman.

Keempat empat mentor berhenti di luar bilik untuk membincangkan tentang hal yang mereka saksikan tadi.

"Nampaknya dia sorokkan sesuatu daripada kita" Ejen Karya berkata dengan nada yang serius.

"Hm betul tu. Apa yang dia nampak sampai jatuh katil? Dia cakap dengan siapa? Siapa Ash?" Banyak persoalan yang ditanya tanya oleh Ejen Bakar.

"Perangai dia semakin lama semakin aneh"

"Kita kena siasat lebih lanjut"

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now