Selama 15 minit Ash cuba untuk menenangkan semula Ali dan akhirnya berjaya. Remaja itu memutarkan semula kerusi rodanya bergerak kembali ke biliknya memandangkan waktu sudah lewat 2:00 pagi. Matanya mula mengantuk walaupun dalam keadaan sedih. Sampai di bilik, dia meletakkan kerusi roda seperti semula dan perlahan lahan baring ke atas katil lalu menutup lampu. Esok adalah hari dia perlu bekerja keras untuk menyiapkan hadiah kawan² nya sebelum mereka pulang.
Keesokan paginya...
Ali masih lagi tertidur walaupun sudah pukul 10:00 pagi disebabkan dia tidur lewat semalam. Pintu bilik rawatan stage 2 terbuka dengan Ejen Bakar yang datang untuk menjenguk keadaan Ali tapi dia masih tidak bangun lagi. Jadi ejen itu mengambil tempat di sebelah katil dan memandang sayu ke arah anak saudaranya. Dia mengusap rambut Ali sambil meronta ronta meminta maaf di dalam hati dan menyalahkan dirinya atas kecederaan Ali.
Ejen Bakar yang tadi termenung tiba² perhatiannya tertarik kepada sesuatu, kesan air mata di pipi anak saudaranya. Kesedihannya bertambah apabila mengetahui yang Ali masih lagi belum betul² gembira. Merasa ada yang mengusap rambutnya, Ali terjaga dan memandang kearah pakcikya dengan pelik kenapa pakciknya sedih.
Dia terus bertanya kepada Ejen Bakar dengan suara yang serak. Ejen kombat itu terkejut kerana dia tidak tahu bahawa Ali sudah terjaga lalu menjawab dengan alasan dia yang bersalah dalam hal ini. Ali tidak menduga Ejen Bakar akan berkata sedimikian dan menasihati ejen itu untuk tidak menyalahkan diri kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mentor itu kembali senyum gembira mendengar kata² anak saudaranya yang mirip seperti kakaknya, ibu kepada Ali.
Tiba² Alicia masuk ke dalam ruang tersebut sambil membawa satu plastik merah di tangan kirinya. Dia menyapa Ali dan Ejen Bakar lalu meletakkan plastik itu di atas meja dan bergaul dengan mereka. Ali menanyakan isi plastik tersebut kepada Alicia yang mengatakan isi plastik itu ialah air milo ais. Ejen Bakar pula mengankat tangannya menunjukkan satu bekas makanan hijau yang sangat dikenali Ali berisi Nasi Lemak Tempoyak Udang. Ejen tekno itu terpegun mengetahui yang kedua duanya adalah kegemarannya.
Ejen Bakar menghidangkan makanan dan minuman di meja sambil berkata
"Jangan bagitau Ejen Geetha yang kitaorang bagi kau makan dan minum semua ni tau. Nanti dia marah pulak sebab kau tak boleh makan atau minum macam ni lagi hehe 😝"
Seketika bilik itu dipenuhi dengan gelak ketawa mereka bertiga mendengar kata² ejen kombat yang telah dianggap sebagai bapa. Ali yang sudah lapar kerana tidak makan dari semalam terus menjamu selera dengan hidangan di depan mata. 2 ejen yang memerhati menjadi gembira melihat yang Ali sukakan apa yang mereka beri. Kita akan menjadi gembira dengan apa yang kita beri lebih dari apa yang kita dapat.
Ali yang perasan dua ejen tadi yang memerhati bertanya jika mereka sudah makan dan mereka menjawab ya. Telefon Ejen Bakar berbunyi dengan logo M.A.T.A yang menandakan ada misi jadi dia cepat² meminta diri meninggalkan Ali ditemani Alicia. Ali bertanya lagi kepada Alicia bila alat² miliknya akan dibawa kesini dan ejen neuro itu menunjukkan meja di sebelah Ali yang tiba² ada disitu. Ejen neuro itu memberitahu yang Ejen Bakar sudah membawanya sejak pukul 7:00 pagi tadi sewaktu mereka semua masih tidur.
Selepas 1 jam berada di situ, Alicia juga meminta diri dan mengingatkan Ali untuk makan ubat kalau nak cepat berlatih. Ali menggerakkan badannya ke arah meja yang penuh dengan alatannya untuk menyiapkan semua upgrade yang dirancang. Ash yang melihat tiada siapa lagi yang ada di bilik itu mula bercakap.
"Sedap? Laju betul kau makan dah macam badak air dah aku tengok"
"Apahal badak air pulak tetiba ni. Tempoyak Udang tu favourite aku dan kalau kau belum tahu, Tempoyak Udang jugaklah yang menyebabkan aku jadi ejen yang pakai I.R.I.S"
YOU ARE READING
Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]
FanfictionCerita ini mengambil tempat selepas Ejen Ali The Movie. Selepas kejadian pemberontakan pinggiran, Ali tidak dibenarkan lagi memakai I.R.I.S, gadjet ciptaan ibunya. Walaupun hubungan Ali dan Alicia semakin baik, rakan² di Akademi M.A.T.A mula pandang...