Risau

2.3K 110 14
                                    

Waktu malam pun tiba dengan cepat. Ali masih lagi terperangkap di dalam tandas itu tanpa bantuan. Dia cuba menjerit meminta pertolongan tetapi suaranya tidak keluar seakan akan suaranya sudah hilang. Ejen itu hanya pasrah dengan keadaanya dan menunggu pertolongan untuk tiba.

Di sisi lain, Alicia pergi semula ke makmal Tekno tetapi Ali tetap tiada di sana. Yang ada cuma beg Ali, Comot dan rangka dagger upgrade Iman di atas meja. Dia mula berasa risau dan menelefon Ali tetapi bunyi ringtone telefon milik Ali berbunyi dari dalam beg. Alicia menyanyakan keberadaan Ali kepada Comot yang hanya mengiau tidak tahu. Ejen neuro itu bertambah risau memikirkan keadaan kawannya yang tiba² menghilang.

Ali kembali bangun dan menggunakan sisa tenaganya menghentam pintu tandas itu dengan badannya. Pintu itu terbuka menyebabkan Ali terjatuh ke lantai. Ali kemudian bangun dan membersihkan apa² kesan. Dia agakkan yang sekarang waktu malam dan bergegas  keluar dari Akademi kerana dia tahu, seseorang akan mencarinya nanti dan dia tidak mahu sesiapa melihat dirinya dengan kondisi begini.

Perjalanan pulang sangat mencabar untuk seseorang yang cedera teruk dan perlu melalui jalan yang sunyi untuk elak bertembung dengan sesiapa. Dia mengheret kakinya, tangan memegang perutnya, fikirannya kosong, matanya pandang tepat ke hadapan.

Dengan keadaan yang cedera parah, dia tetap tidak pergi ke hospital sebaliknya pulang ke rumah dan menghadap komputernya. Dia menggodam CCTV Akademi dan membuang footage yang mengandungi rakaman dirinya keluar dari tandas dan berlari keluar serta rakaman pembulian. Tangannya bergetar memegang tetikus akibat terlalu sakit dan lemah.  Ali membuat sedemikian untuk mengelakkan daripada diketahui orang lain.

Dia jatuh dari kerusi dengan mulut yang mengeluarkan lebih banyak darah. Ali cuba untuk berdiri dengan memegang meja dan katil. Dia mula berasa pitam dan tidak stabil lalu pandangannya gelap. Remaja itu jatuh ke lantai tidak menyedarkan diri.

Betul apa yang difikirkan Ali tadi, Alicia tiada pilihan selain pergi bertanya ke mentor² yang sekarang berada di café selepas membuat pemantauan. Kakinya yang patah dan terpaksa menggunakan tongkat membuatkan peegerakan Alicia terbatas. Dia bergerak selaju yang dia boleh dengan bantuan tongkatnya menuju ke café demi sahabatnya.

Tidak jauh dari café, Ejen Geetha mendengar namanya dipanggil. Semua mentor² turut memandang ke arah suara tadi dan terkejut melihat Alicia yang tergesa² dengan riak wajah keliru yang risau. Ejen Geetha bangun dan pergi ke arah Alicia, yang sepatutnya berehat di bilik rawatan.

"Alicia, kenapa kamu datang ke sini? Kamu patut berehat"

"Ejen Geetha ada nampak Ali tak?"

"Kali terakhir saya nampak dia pergi ke makmal. Kenapa?"

Mentor² yang lain juga pergi ke arah Alicia, mereka tidak pernah nampak Alicia risau sampai macam tu jadi ini mesti sesuatu yang serius.

"Ali menghilang dari pukul 2 petang tadi. Beg dengan Comot pun ada kat makmal lagi jadi saya pergi cari dia sekeliling Akademi tapi tak jumpa. Sekarang dah malam tapi dia tetap tak datang balik. Takkan dia nak tinggalkan Comot kat Akademi.. Phone dia pun ada dalam beg. Saya rasa tak sedap hati" Alicia cuba menerangkan tentang Ali sesingkat yang mampu.

Wajah kempat empat mentor berubah risau dan resah mendengar penjelasan ejen Alicia.

"Takpe kami akan check CCTV untuk mecari keberadaan dia. Kamu pergi berehat" Ejen Geetha memegang bahu Alicia tetapi ejen neuro itu berdegil ingin mengikut sekali. Mereka tiada pilihan selain membawa Alicia sekali untuk pergi ke Control Room.

Mentor berteraskan Tekno menghidupkan komuter hologram di meja Control Room dan memasukkan password. Sementara itu, Ejen Bakar menanyakan tentang Ali kepada Alicia yang tidak lelah menjawab. Ejen Geetha pun membuka kamera CCTV di setiap tempat di Akademi tetapi tidak menemukan apa².

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now