Kini, sudah 1 minggu Ali berada di hospital bersama kawan dan mentornya. Mereka akan berjaga sepanjang malam dan akan tidur apabila matahari terbit, itulah rutin seharian mereka. Memenuhi masa dengan bermain permainan video ataupun permainan papan bersama. Banyak perkara yang mereka belajar di situ walaupun hanya berada di dalam wad.
Tetapi tak lupa juga Ali akan sentiasa menerima ancaman daripada nombor tak dikenali itu setiap hari membuatkan dia sangat risau apabila melihat yang keluarganya sangat bahagia. Mereka sanggup terkurung di dalam wad bersamanya, sanggup cedera deminya, sanggup keletihan kerananya, tapi tetap gembira. Dia takkan biarkan orang tersebut menyakiti mereka.
Ash tidak pernah penat menasihati Ali untuk mengabaikan sahaja ancaman tersebut tetapi remaja itu masih degil dan tetap membacanya. Dia tidak boleh terus membaca pesanan itu kalau tidak mahu kesihatan mentalnya bertambah teruk.
'Keluar dari M.A.T.A.
Berapa kali aku dah kata''Kalau aku join kau,
apa motif kau?'Ali cuba memberanikan diri untuk membalas pesanan tersebut secara baik. Orang itu hanya membaca soalan Ali tetapi tidak membalasnya.
Degupan jantung remaja itu menjadi kencang, apa yang akan berlaku? Kenapa dia diam? Untuk beberapa minit dia menunggu jika ada serangan, tiada apa², semuanya seperti biasa.'Eik, tak jadi pape?'
Tiba² telefon Ali bukan bergetar tetapi berdering menandakan ada panggilan. Dia melihat nama Puan Ong membuatkan hatinya berasa lega dan terus menjawab panggilan.
"Hello Ali" suara Puan Ong kedengaran seperti kelam kabut serta resah.
"Ya, aunty?" Ali sedikit keliru dengan keadaan di hujung talian yang sangat kecoh.
"Ayah kamu, dia.... accident. Nanti aunty cerita selanjutnya kat sana."
"APA!!!!" Suara Ali membuatkan semua orang memandangnya dengan riak wajah ingin tahu.mata ejen tekno itu membulat. Hatinya menolak kenyataan tersebut dan berkata yang dia tersalah dengar tapi fikirannya tahu, apa yang dia dengar adalah benar. Jantung Ali seakan akan berhenti, telefonnya hampir terlepas dari genggaman. Hatinya meminta supaya ayahnya selamat.
"T-t-teruk ke?!?!?" Suara Ali menggigil menahan air mata yang hampir mengalir.
"Aunty rasa tak. Sekarang dia dibawa ke hospital kamu. Mungkin tangan atau kaki dia je yang patah. Aunty ada dalam ambulance sekali ni" remaja itu masih lagi terdiam dengan berita yang didengarinya sebelum menjawab dengan perlahan.
"Okay, aunty. Nanti Uncle Bakar pergi tengok. Terima kasih aunty" suara Ali kedengaran perlahan dan sayu, sedih kerana dia tahu mengapa ayahnya kemalangan.
"Sama², bersabar ye Ali. Ayah kamu tak cedera teruk." Puan Ong meletakkan panggilan. Dia memandang ke arah Dr.Ghazali dengan riak wajah sedih apabila mendengar suara Ali tadi. Dia tahu betapa sedihnya Ali bila tahu ayahnya cedera begitu juga dengan Dr.Ghazali yang sedih mengetahui anaknya cedera 1 minggu lepas.
Selepas sahaja dia meletakkan telefonnya di sisi, semua orang datang berkumpul mengelilingi katilnya meminta penjelasan.
"Kenapa Ali? Siapa yang call tadi?"
"Aunty Ong. Dia kata.... ayah accident tapi rasanya tak teruk" kepalanya tertunduk menahan sebak, dadanya terasa berat menyebabkan dia sukar untuk bernafas.
"Apa?!" Semua dengan riak wajah terkejut dan tidak percaya. Mereka tidak tahu bahawa itu juga adalah satu serangan dan bukan kemalangan biasa.
"N-nanti uncle tolong tengokkan ayah tau, saya nak pergi tak boleh. Aunty Ong kata dia dalam ambulance dengan ayah on the way pergi sini"
"Jangan risau. Uncle pergi tengok ayah nanti" Ejen Bakar memegang bahu anak saudaranya sambil memberi senyuman.
"Jangan sedih² Ali. Ayah kau mesti okay punya"
'Patutlah tak jadi pape kat sini tadi, rupanya dia langgar ayah aku. Macam mana ni? Dah ramai yang cedera sebab aku' Ali berkata di dalam hati. Bagaimana dia hendak mengabaikan pesanan dari nombor itu kalau 2 serangan dah berlaku pada ahli keluarganya. Telefonnya bergetar, Ali sudah tahu siapa yang menghantar pesanan tanpa perlu melihatnya.
"Lagi satu......saya.....nak minta maaf" nada sedih dan kesal berjaya disembunyikan daripada pendengaran semua. Ali tidak mahu sesiapa mencurigai dirinya.
"Minta maaf kenapa?" Alicia memandang hairan kawan baiknya. Ya, Ali memang selalu minta maaf tapi kali ini terasa lain dari permintaan maaf sebelum ini.
"Errrr, saya dah banyak susahkan korang semua. Nak kena jaga saya sampai cedera teruk, sampai letih tak cukup tidur. Korang sanggup terperap je dalam wad ni semata mata untuk seorang budak lemah macam saya"
"Tak sey ghoyak lagu tu. Kito ni keluarga, kami ikhlas jago mu. Aku pun nak minta maaf, dulu aku sokmo burukke mu waktu denge geng Rudy tu"
(Jangan cakap macam tu. Kita ni keluarga, kami ikhlas jaga kau. Aku pun nak minta maaf, dulu aku selalu burukkan kau waktu dengan geng Rudy tu)"Aku dah lama maafkan kau. Terima kasih sebab jaga aku" Telefon Ali bergetar. 'Aduh, apa lagi ni?!'
"Ada message masuklah" Bulat menunjukkan telefon Ali. Remaja lelaki itu buat² melihat pesanan tersebut.
"Ooo dari Aunty Ong. Dia kata ambulance ayah dah nak sampai. Saya nak pergi tandas kejap, saya nak cuba pergi sendiri. Tak payah susahkan sesiapa lagi" Ejen tekno itu memberikan senyuman palsu untuk meyakinkan mereka.
"Meow?"
"Betul lah aku tak tipu"
"Eh takde², biar aku bawak. Kau nak cepat sembuh ke tak?"
"Hmmm yelah². Kau ni Khai." ejen berkaca mata itu membawa Ali ke tandas yang ada di dalam bilik wad 104.
Ali masuk dan mengunci pintu di belakangnya. Air paip dibuka dengan deras untuk menyembunyikan apa² pun yang berlaku di dalam termasuklah tagisan teresak esaknya. Dia melihat pesanan tersebut yang seperti dijangka, satu ancaman.
'Lepas ni kau nak siapa pulak?
Aku tak pernah tipu'Air matanya jatuh membasahi pipi begitu sahaja. Sepanjang 1 minggu disitu, dia asyik menerima ancaman dari nombor yang tidak diketahui sama sekali. Ali tahu ini boleh dijadikan sebagai maklumat kepada M.A.T.A tapi tidak boleh beritahu tentang ni kepada keluarganya mahupun pihak atasan M.A.T.A. Dia tak mahu kejadian² ini berlaku lagi. Dia tidak mahu sesiapa sakit dan cedera hanya kerana melindungi nya.
Kalau bukan sebab dia duduk di atas kerusi roda sekarang, badannya sudah pasti terduduk lemah di atas lantai. Ali menarik rambutnya, geram dan rasa bersalah, cuba untuk tidak mengeluarkan sedikit suara pun. Dia buntu, apa yang patut dilakukan? Dia dan keluarganya sudah bekerja kerasa selama ini untuk menjadi ejen yang melindungi Cyberaya dan dia tidak ingin menghancurkan impian sesiapa atau cedera kerananya.
'Kenapa? Kenapa semua ni jadi kat aku? Ramai yang cedera teruk semata mata sebab aku. Uncle kena, ayah kena, kawan aku pun kena. Perlu ke aku keluar M.A.T.A macam diaorang selalu cakap, senang hidup semua orang. Kalau aku tetap kat M.A.T.A lama², lagi ramai yang akan cedera
Tok... Tok... Tok
"Ali, kau okay tak? Lama dah kau kat dalam tu" Ketukan dan teguran dari kawan baik ejennya membuatkan dia berhenti dan mengelap air matanya, membetulkan suara dan pernafasannya sebelum menjawab."Aku okay, susah sikit nak gerak. Aku dah siap dah ni" dia segera menutup pili air tadi dan pergi 'flush' tandas membuat syarat yang dia dah habis.
"Kejap²!" Dia menguatkan suara sambil mencapai tombol pintu dan membukanya, berhadapan dengan Khai yang sedikit risau.
"Ali, mata kau merah lah!" Ali terkejut, dia tidak perasan yang matanya merah.
"Tulah, aku gatal mata tadi. Dah cuci lega sikit hehe" Khai menangkat sebelah kening dan merenung kawannya 🤨 menyebabkan Ali resah kerana dia ingat Khai syak yang dia tipu.
"Ooo, ingatkan apa lah tadi. Dah jom, kau nak kena makan" ejen berkaca mata itu pergi ke belakang kerusi roda Ali dan menolaknya. Ali pula berasa lega apabila Khai tidak mengesyaki apa².
'Layak ke aku bersama dengan diaorang lagi?'
YOU ARE READING
Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]
FanfictionCerita ini mengambil tempat selepas Ejen Ali The Movie. Selepas kejadian pemberontakan pinggiran, Ali tidak dibenarkan lagi memakai I.R.I.S, gadjet ciptaan ibunya. Walaupun hubungan Ali dan Alicia semakin baik, rakan² di Akademi M.A.T.A mula pandang...