"Iye, betul" ucap Khai lembut. Ali membalas pelukan dua sahabatnya dengan erat. Dia faham sekarang tapi dia tetap tidak boleh beritahu kepada mereka. Dia taknak sesuatu yang buruk dan tidak diingini berlaku kepada keluarganya.
"Dah, dah. Jangan nangis. Aku pergi belikan kau Tempoyak Udang nak?" Ali mengelap air matanya lalu memberi senyuman kepada Khai dan Viktor.
"Nak²! Terima kasih Viktor,Khai" Mereka berpelukan sekali lagi dan pergi untuk membeli makanan. Pintu yang baru ditutup dibuka semula oleh Ejen Karya yang membawa Comot diatas bahunya. Remaja lelaki itu sudah tahu tujuan kedatangan mereka jadi dia memastikan matanya tidak merah tetapi dia tak sedar kesan air matanya masih ada di pipi.
Comot yang sedar dengan keadaan tuannya terus melompat dari bahu mentor inviso dan berlari ke atas katil Ali. Dia mengiau banyak kali, bertanya banyak soalan tanpa henti.
"Taklah aku okay jelah" dia membelai bulu kucing kesayangannya. Hatinya berdebar debar ingin menghadap kesemua mentornya termasuk Ejen Bakar yang kini sudah duduk di depannya. Dia tidak berani bertentang mata dengan mereka.
"Ali, saya dah dengar daripada kawan² kamu. Jadi kenapa kamu tak mahu beritahu kami siapa orang tersebut?" Ejen Geetha bertanya dengan lembut.
"S-saya..haih...maafkan saya tapi saya betul² tak boleh bagitau" mentor² memandang antara satu sama lain sebelum satu soalan diajukan oleh mentor berteraskan inviso.
"Kenapa? Kenapa kamu tak boleh bagitau kami?" Ali terdiam seketika.
"K-kalau tidak dia akan cederakan kamu semua. S-saya taknak sesiapa lagi cedera sebab saya. Cukuplah Chris, Zass, ejen² muda, ayah, uncle dan kamu semua dah banyak kena hanya sebab saya sorang. Kalau saya tak ada, mesti tak jadi macam ni" dia mula teresak esak dan menangis membayangkan kejadian² menimpa keluarganya. 4 dewasa di hadapannya juga turut menjadi sedih mendengar kata² remaja itu.
"Dah, jangan cakap macam tu. Kau pun dah banyak gadaikan nyawa demi semua orang. Kau dah banyak sangat buat pengorbanan yang besar. Kau sanggup lepaskan mama demi selamatkan Cyberaya. Apa yang kami buat ni tak boleh nak tanding jasa kau" 3 mentor yang lain agak terkejut dengan ayat tentang Ali melepaskan Ejen Aliya. Mereka memandang ke arah Ejen Bakar untuk meminta penjelasan yang lebih terperinci.
"Lepaskan Ejen Aliya? Maksud kamu?" Mentor berteraskan neuro juga agak keliru.
"Kalau kau nak tahu, Ali ada cerita yang..waktu Override Mode lawan dengan Nikki, dia termasuk dalam dimensi I.R.I.S dan...jumpa Ejen Aliya. Ali dah takde cara lain nak kalahkan Nikki selain kawal Override sendiri sebab selama ni, bila Ali Override, I.R.I.S akan kawal Ali dan guna data Ejen Aliya. Tapi..Ali kata, Ejen Aliya cakap yang kalau dia yang kawal Override, data Ejen Aliya akan dipadamkan serta merta. Ali terpaksa lepaskan mak dia sendiri demi Cyberaya. Itulah kali terakhir dia jumpa Ejen Aliya"
Tagisan Ali bertambah deras, hatinya terasa seperti disiat pisau tajam apabila mengingati semula saat² terakhir bersama seorang insan yang paling dia perlukan. Selimut yang menutup kakinya sudah basah dengan air mata yang tidak berhenti, tangannya sudah mula berketar, apa yang dikatakannya juga tidak jelas lagi pada mereka.
Mentor² di depannya juga terdiam dan bersimpati dengan penjelasan tadi, risau melihat keadaan Ali yang pelik. Ejen Geetha berbisik perlahan pada mentor yang lain supaya tidak didengari Ali.
"Penyakit Schizophrenia nya macam makin teruk"
"Kita nak buat apa?"
"Biar dia berehat dulu, dia perlukan masa untuk tenangkan fikiran" mereka mengangguk.
Kalau tanya sesiapa pun, tak kisah kanak², dewasa, tua, muda, pandai atau tak, mereka takkan nak lepaskan orang yang sangat mereka sayang. Ibunya hilang didepan mata, perjumpaan terakhir bagi mereka, tiada lagi suara dari satu² nya orang yang melahirkannya ke dunia. Tapi lepas pengorbanan Ali yang sangat besar itu hanya demi Cyberaya, apa yang dia lalui? Orang hina dia, buli dia macam tiada perasaan.
YOU ARE READING
Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]
FanfictionCerita ini mengambil tempat selepas Ejen Ali The Movie. Selepas kejadian pemberontakan pinggiran, Ali tidak dibenarkan lagi memakai I.R.I.S, gadjet ciptaan ibunya. Walaupun hubungan Ali dan Alicia semakin baik, rakan² di Akademi M.A.T.A mula pandang...