Bunker

1.2K 77 10
                                    

"Oh ni pun kawan Ali. Nama dia Mika. Dia baru balik dari oversea"

"Kenapa duduk atas kerusi roda ni? Sakit jugak ke?"

"Tak lah Dr.Ghazali. Saya lahir² memang ada penyakit saraf"

"Maafkan saya lah ye"

"Takpe"

Puan Ong membawa satu bekas bersaiz sederhana dan duduk di sebelah Viktor yang tertanya tanya tentang kejutan ibunya. Melihat anaknya tidak sabar² , dia terus membuka penutup bekas itu membuatkan mata Viktor membulat.

"Biskut ni! Korang, sini makan biskut mama aku buat! Sedap! Ali, nah" Dia mengambil beberapa keping biskut tersebut lalu menghulurkan kepada sahabatnya dan makan dengan gelojoh. Puang Ong menjemput yang lain makan kerana dia membawa biskut tersebut dalam kuantiti yang banyak.

"Ha, sini²! Aunty ada bawak banyak ni!" Semua datang berkumpul untuk merasa makanan air tangan ibu Viktor. Mentor² juga diberi biskut itu oleh ejen² muda yang menghulurkan kepada mereka. Sebaik sahaja dimakan, mereka seakan akan dipukau dengan kesedapan biskut tersebut termasuklah pemukau, Ejen Karya.

"Sedapnya!"

"Tak pernoh aku rasa biskut sesedak lagu ni"
(Tak pernah aku rasa biskut sesedap macam ni)

Terus mereka mengunyah saki baki biskut Puan Ong dengan lahap.

"Macam mana aunty buat biskut ni?" Iman tertarik untuk mengetahui resepi Puan Ong.

"Nanti aunty ajar. Kita buat ramai²" Gembira dan tak sabar mereka dibuatnya lagi² Iman dan Viktor.

DZZT...DZZT
Telefon Ali yang berada pada Ejen Bakar bergetar menandakan ada pesanan yang masuk jadi ejen kombat itu membuka pesanan yang datang daripada nombor tak dikenali lagi.

'Jangan seronok sangat'

Keluhan perlahan dihembuskan tetapi mampu didengari mentor² berdekatan nya yang bertanya.

"Kenapa Bakar?" Bisik Ejen Karya perlahan sementara yang lain sedang berbual sakan. Telefon itu bergetar lagi sebanyak dua kali. Ejen Bakar menunjukkan telefon tersebut kepada mentor² yang cuba membaca pesanan berupa ancaman.

'Kau kena ingat, keluar M.A.T.A atau 'keluarga' kau yang kena padahnya nanti'

'Aku tak tipu'

Riak wajah mereka berubah serius dan risau sebelum Ejen Leon memberi arahan untuk mereka melaporkan kepada General Rama walaupun masih awal lagi. Mereka meminta diri dan pergi ke tempat biasa mereka membuat laporan jauh dari pendengaran orang atau CCTV.

General berasa sedikit hairan kerana mereka membuat laporan pada waktu tengah hari padahal mereka selalu membuat laporan pada waktu malam. 'Ada kecemasan ke?' detik hatinya.

"Bukan ke kamu selalu membuat laporan malam?"

"Ye tapi ada sesuatu yang kami perlu beritahu"

"Apa dia?"

"Orang yang mengancam Ali dah kembali memberi pesanan. Nasib baik handphone Ali ada pada Ejen Bakar"

"Jadi apa tindakan seterusnya?" General berfikir sebentar tentang perbincangan nya dengan dua ketua teras yang tinggal.

"Hmmmm, masih tak dapat jejak dia? Guna satelit?"

"Tidak, dia bukan calang² orang"

"Kalau macam tu, ketua teras akan bantu kamu semua menjejak identiti musuh nanti. Buat masa sekarang, cuba cari bukti² lain yang dapat membantu kita"

"Betul ke tak dapat jejak lokasi terakhir dia?"

"Saya dah cuba jejak tapi lokasi terakhir dia berada di Cyber Café" kata kunci tersebut mengingatkan Ejen Bakar pada sesuatu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Saya rasa lah, dia Neonimus" 4 orang di depannya agak terkejut dengan jawapan ejen kombat tersebut.

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now