Hadiah

2K 109 22
                                    

Tiba² muncul idea yang melintas di kepalanya. Ali membatalkan niatnya mencipta gadjet baru tetapi mengupgrade gadjet yang digunakan oleh ejen muda. Dia tahu Khai sangat sayang pada R.O, jadi dia akan meng'upgrade' R.O secara senyap². Ali akan menaiktaraf R.O dengan beberapa fungsi baru seperti mengeluarkan bom dan asap, lengkap dengan penembak laser dan perisai plasma serta tembakan graviti. Akhirnya, setelah 2 hari memikirkan idea, dia dapat juga idea yang bernas. Tapi masalahnya, bagaimana dia ingin mengambil R.O dan alat kawalan di tangan Khai tanpa Khai mengetahuinya?

Satu lagi idea dapat dia fikirkan..Dia tak perlu mengambil semua tu, dia hanya perlu meletakkan alat hackingnya pada R.O dan alat kawalan Khai. Dia mula mencipta alat hackingnya kepada saiz yang lebih kecil supaya tak diketahui Khai. Yup, memang kena tengok betul² baru perasan ada alat tu.

Ali pun mematikan peranti dan mengambil pendrive yang sudah lengkap dengan file yang ingin dia copy. Dia terus pergi berjumpa Khai dan bersalaman sambil memegang alat hacking barunya yang bernama 'VHack'. Dengan bersalaman, dia berjaya meletakkan VHack di alat kawalan yang berada dilengan Khai. Comot mengikut plan Ali iaitu duduk di atas R.O supaya Ali boleh berpura pura mengambil Comot dari sambil meletakkan VHack. 

Dia melambai kearah Khai dan keluar dari Akademi seorang diri memandangkan Alicia pergi berjumpa dengan General. "Tq Comot, pandai kau ni, nanti aku belanja kau Whiskas tuna!" Comot balas dengan 'meow' yang gembira. Memandangkan esok hari Sabtu, dia boleh meneruskan plan tanpa masalah. Dia telah mendapat idea apa yang dia boleh upgrade pada setiap gadjet rakannya.

Blastique Alicia akan dilengkapi dengan peluru bom, peluru yang boleh membentuk perisai plasma dan  peluru yang boleh mengawal target .

Sarung tangan Moon akan di'upgrade' dengan graviti tarikan seperti sarung tangan Ejen Fit supaya mudah untuk menyerang.

Scarf Iman akan dinaiktaraf membolehkan ia menghasilkan gelombang kalau dihentak dua kali sama seperti hentakan Trez.

Gadjet Zass takkan di'upgrade' tapi akan dihadiahi dengan gadjet baru. Dia akan mendapatkan gadjet yang bila diletakkan di suatu tempat, mampu mendengar segala bunyi dan percakapan yang boleh didengar menggunakan headphone Zass dan speaker yang perlu dipasang di tangannya.( Nanti Zass akan guna)

Keris Chris akan di'upgrade' dengan keupayaan mengeluarkan renjatan elektrik.

Suit Bulat akan membuatkan effect cubenya takkan terkena pada dia sendiri. Sewaktu dia berlawan dengan Zass haritu, dia ingin membaling cube effect yang membuatkan sasaran tidak boleh bergerak, tetapi Zass menolak cube itu ke arah Bulat menyebabkan dia sendiri yang terkena effect tersebut.

Gari Rudy, memang taklah Ali nak upgrade..Dia gantikan dengan fungsi yang sama je.

Untuk berterima kasih kepada Ejen Bakar dan Ejen Geetha, gadjet mereka juga turut akan diupgrade.

Ali ingin menaiktaraf sarung tangan Ejen Bakar supaya boleh menghasilkan gelombang tumbukan apabila menumbuk.

Enchancer Ejen Geetha tetap dengan fungsi yang sama tetapi boleh mengeluarkan peluru yang boleh boost kekuatan ahli pasukan dari jarak jauh.

Ali sangat suka dengan idea²  tersebut dan tidak sabar ingin meng'upgrade' gadjet² mereka. Tetapi bukan malam ini. Dia mempunyai rancangan lain yang perlu di selesaikan iaitu mencipta VHack dengan jumlah yang banyak.

Telefon Ali bergetar di dalam poket seluarnya. Dia mengambil telefonnya yang mempaparkan logo M.A.T.A. 'Yeah ada pun misi!'

Dia dan comot bergegas ke Akademi semula dan bertemu dengan Alicia, Moon dan Ejen Bakar. "Misi kali ini melibatkan pencurian teknologi C - Tech yang diketuai oleh Komeng. Teknologi ini sedang dalam perjalanan untuk dihantar ke HQ tapi saya pasti Komeng dan geng motosikalnya akan mencuri teknologi C - Tech itu dalam perjalanan. Tugas kamu adalah memastikan teknologi C - Tech itu sampai ke HQ dengan selamat. BERTINDAK SEGERA!"

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now