Kepulangan

1.8K 92 6
                                    

Alicia datang melawat Ali sambil membawa makanan tengah hari dan berbual menemani kawannya.

"Ni aku ada bawakan kau burger. Tu je yang tinggal kat café" Ejen neuro itu meletakkan makanan tersebut ke atas meja.

"Takpe, terima kasih. Susah² je. Kau dah lah sakit"

"Takde papelah. Dah, makan. Petang ni diaorang dah nak balik. Sekarang on the way"

"Tak sabarnya nak jumpa diaorang balik! Aku siap kira waktu" Ali dengan gembiranya menggigit burger daging di depannya. Tiba² Ash berkata

"Aku rasa tak sedap hatilah. Macam ada benda jadi kat kawan² kau"

"Ha! Kenapa? Jadi apa?" Membulat mata Ali dibuatnya.

"Jadi apa?" Alicia pula yang pelik dan terkejut.

"Hehe takde pape" dia lupa akan keberadaan ejen neuro yang berada di tepi katilnya. Ali sambung makan dengan laju supaya Alicia akan kembali ke bilik rawatan dan dia boleh mengetahui maksud Ash tadi. Duo terbaik itu berbual seperti biasa sampai Ali habis makan dan Alicia akan kembali ke bilik rawatan.

"Ash apa maksud kau tadi?"

"Aku rasa kawan kau ada yang cedera waktu misi jadi aku taknak kau terlalu panik dan risau nanti"

"Siapa yang cedera? Teruk ke?"

"Aku tak pasti"

Mendengar kata² Ash itu membuatkan dia makin risau dan tidak sabar ingin mengetahui keadaan kawan baiknya. Kecederaan yang disebabkan oleh Azurium tak boleh bawa main² kerana kalau tidak diberi rawatan dengan cepat, ia akan merebak dan menyebabkan kematian. Remaja lelaki itu semakin resah dan risau teramat, dia tidak mahu kehilangan sesiapa lagi lepas ni. Cukuplah dia kehilangan ibunya, dia tidak mahu kehilangan kawan² nya pula. Banyak benda mula bermain difikirannya seperti ada yang berbisik bisik di telinga. 'Tolonglah balik dengan selamat'.

Pintu bilik rawatan stage 2 terbuka dengan Ejen Geetha yang membawa sebatang pen dan kertas. Mentor tekno itu tersenyum manis dan mendatangi Ali yang pelik mengingatkan Ejen Geetha sudah menjenguknya beberapa jam yang lepas tapi menolak tepi kekeliruannya.

"Kamu okay?"

"Saya okay"

"Saya mendapati kecederaan kamu semakin teruk. Tapi bukan disebabkan pergerakan kamu. Ada jadi apa² ke semasa saya tidak berada di sini?"

"Takde. Saya selalu terjatuh je" Jawapan yang diberikan Ash diberi kepada mentor tekno itu.

"Bagaimana kamu boleh terjatuh? Saya pasti besi di tepi katil mampu untuk tampung kamu?"

Ali mengangkat tangannya menunjuk satu jari untuk menjawab dengan jawapan Ash tetapi tiba² Ejen Geetha masuk ke dalam bilik rawatan stage 2. Ali tersentak dan berubah pucat dengan apa yang dilihat di depannya. Kalau mentor tekno itu baru sahaja masuk ke dalam bilik, siapa yang bercakap dengan dia tadi? Ejen Geetha tadi yang menyoalnya hilang dari pandangan. Kalau itu hanya bayangan, mesti Ash dah beritahu dia...kan? Tapi Ash siap bagi jawapan lagi. Menggigil ketakutan remaja lelaki tersebut. Mentor tekno yang perasan dengan ejen muda yang pucat dan menggigil itu pun risau dan bertanya.

"Ali, kamu okay? Kenapa ni?"

Ali menoleh perlahan kearah mentornya dan cuba mengukir senyuman pahit.

"S-s-saya ok-kay. Sej-j-juk tib-ba tiba" dia membuat tanda 'OK' menggunakan tangannya.

"Betul ni? Muka kamu pucat sangat. Saya naikkan suhu ya" ejen muda itu hanya mengangguk. Ali menenangkan dirinya semula walaupun perasaan hairan dan takutnya masih tidak menghilang.

"Sekarang okay?" Riak wajah risau jelas terpapar di muka Ejen Geetha. Ali mengangguk sekali lagi. Soalan seperti setiap hari ditanyakan kepada Ali yang menjawab dengan jawapan yang sama, mentor itu tidak mempercayai jawapannya tetapi buat² percaya. Dia akan berbincang dengan mentor yang lain tentang Ali nanti. Semasa hendak menanyakan tentang alasan perangai Ali, tiba² terdengar bunyi riuh rendah di luar bilik yang membuatkan kedua dua ejen memandang keluar. Ejen Geetha meminta diri untuk melihat apa yang terjadi dan terus berlari keluar.

Situasi Ejen Geetha...
Dia terlihat 2 katil yang ditolak dengan laju bersama 2 ejen muda yang cedera di atasnya. Mereka digegaskan ke bilik rawatan stage 3 yang bermakna kecederaan mereka sangat teruk ataupun kecederaan yang melibatkan Azurium. Mentor tekno itu terus berlari mengikuti mereka untuk memberi rawatan.

Kembali ke Ali...
Remaja lelaki itu keliru kerana tidak dapat mengetahui keadaan diluar dan apa yang telah terjadi. Dia memandang kearah jam yang telah menunjukkan pukul 3:00 petang dan itu memberi satu makna, ada ejen muda yang cedera. Ali semakin risau dan sangat² ingin keluar melihat apa yang terjadi tapi dia tak boleh pergi menggunakan kerusi rodanya begitu sahaja takut² ia akan diambil. Dalam hatinya berharap ada orang yang masuk dan menerangkan situasi dan harapannya tercapai apabila Alicia kelam kabut masuk ke bilik rawatan stage 2.

"Alicia, apa yang dah jadi kat luar? Siapa yang cedera? Teruk ke?" Ali dengan laju melontarkan soalan.

"Khai dengan Moon cedera masuk bilik rawatan stage 3 sebab kecederaan Azurium. Aku tak tau teruk ke tak tapi kau kena tenang. Nanti mentor akan inform kat kita semua"

"Apa! Khai dengan Moom kena Azurium?! Aduh macam mana ni? Aku tak boleh nak gerak pergi tengok"

"Takpe jangan risau. Kita tunggu je"

"Tapi stage 3 kot! Yang masuk kat situ mesti cedera parah"

"Aku tau tapi kau jangan gelabah"

Ali mengeluh. Mereka berdua ialah kawan baiknya tetapi dia tidak mampu untuk melindungi ataupun bersama mereka. Yang dia mampu hanyalah berharap yang mereka tidak apa². Kalau tidak, Ali akan jejak sendiri orang yang mencederakan kawannya dan bunuh orang tersebut tanpa belas kasihan. Kira² 1 jam, Ejen Bakar memanggil Alicia jikalau dia ingin melawat dua ejen itu tetapi Ali tidak dibenarkan lagi. Selepas sahaja mereka berdua keluar, Ali dengan tekadnya mengheret badan duduk ke atas kerusi roda dan dengan cepat mengawal kerusi tetsebut pergi ke bilik rawatan stage 3.

Di sana sudah terlihat ramai ejen berkumpul keliling katil Khai dan Moon yang dalam keadaan sedar. Ejen tekno itu meluru ke ruang yang kosong di sebelah katil Khai. Semua kecuali geng Rudy terkejut melihat Ali berada bersama mereka kerana dia tidak patut berada di situ lagi² ejen yang pergi misi kerana Ali duduk di atas kerusi roda.

-----------------------------------------------------------
Sorry sebab chapter ni pendek dan membosankan

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now