Alicia kembali ke bilik rawatan stage 1, masih risau,sedih dan bercelaru dengan keadaan kawannya. Hatinya tertanya tanya mengapa Ali boleh cedera teruk sampai macam tu. Apa yang dah jadi waktu Ali menghilang? Bulat yang perasan akan kerisauan ejen neuro itu terus bertanya.
"Kau okey tak? Mentor bawak siapa tadi?" Alicia memandang Bulat sambil duduk di atas katilnya, mukanya sayu. "Ali..dia..cedera parah" Bulat yang tadi tenang sekarang turut juga menjadi risau dan tak senang duduk. Matanya terbeliak mendengar apa yang dikatakan kawannya. Patutlah dia dah tak nampak Ali beberapa hari yang lepas.
"Ali cedera parah?! Kenapa? Apa yang dah jadi?!"
Ejen tekno itu bangun dan berlari ke arah Alicia, mengambil tempat duduk di katil sebelahnya.
"Mentor akan explain kat kita nanti" Kepalanya tertunduk. "Kau sabar ye Alicia. Nanti kita lawat dia" Mentor² hanya memerhati mereka dari luar. Ejen Karya membuat keputusan untuk tunggu ejen² yang pergi ke misi pulang dahulu sebelum menerangkan keadaan Ali.Tak lama selepas itu, Ejen Geetha keluar dengan wajah yang risau membuatkan mentor yang lain sedikit takut dengan apa yang akan dikatakan ejen tekno itu. "J- jadi Ali macam mana?" Ejen Bakar sedikit gagap. Hatinya berdebar melihat muka ejen yang risau itu.
"Saya ada berita baik dan berita buruk. Berita baiknya dia sekarang sudah dalam keadaan yang stabil dan selamat. Hanya memerlukan masa untuk sembuh dan berita buruknya..Kamu semua boleh lihat sendiri" Ejen Geetha membuka sebelah tanganya memberikan kebenaran untuk yang lain masuk.
Hampir seluruh badan Ali dibalut dengan bandage dan jahitan, mukanya penuh dengan plaster dan warna kulitnya putih pucat seperti kertas. Mereka memandang sayu ejen muda yang seperti mayat itu dan berdiri di sebelah katilnya. "Jadi, apa berita buruknya?"
"Semasa saya dan Karya memeriksa bilik air Ali, kami terjumpa serpihan kaca dengan darah di singki dan lantai. Kami mengagakkan yang dia mencederakan dirinya akibat kesihatan mental yang terganggu dan agakkan kami adalah benar. Cuba lihat tangannya"
Ejen Bakar dan Ejen Leon terkejut melihat pergelangan tangan Ali yang mempunyai beberapa kesan torehan yang dalam. Mereka tidak menyangka Ali akan berbuat sedimikian dan itu menandakan yang Ali memang betul² tidak tahan lagi.
Ejen Bakar menggenggam tanganya menahan kemarahan yang membara. "Budak² tu memang nak kena!" Semua tumpuan beralih kepadanya. "Sabar Bakar. Kita selesaikan ni elok². Ali takkan nak tengok kau buat macam ni" Ejen Karya cuba untuk menenangkan kawannya.
Mata ejen kombat itu mula berkaca. Dia tak sanggup melihat keadaan anak saudaranya yang tak bermaya. "Ini semua salah aku...Aku tak pernah ambik berat pasal dia" air matanya mengalir deras. Dia keluar dari bilik rawatan itu sambil menangis dan dilihat oleh Alicia serta Bulat yang semakin risau dengan keadaan kawan mereka.
"Bila ejen muda yang lain akan pulang dari misi?" Ejen Karya ingin cepat² memaklumkan kondisi Ali kerana dia juga, turut tidak sanggup menyimpan perkara ini lama².
"Dalam 2 hari lagi, saya akan uruskan Alicia"
Tiba² telefon Ejen Leon berdering jadi dia keluar untuk menjawab panggilan. Selesai dengan panggilan tersebut, dia masuk semula ke dalam bilik rawatan, wajahnya yang tadi sayu bertukar serius. 2 orang ejen di dalam itu pun turut bertukar serius dan hairan melihat Ejen Leon.
"Ketua teras panggil kita ke briefing room untuk bincangkan denda kepada yang bersalah""Bagaimana dengan Bakar?"
"Saya akan panggil dia. Kamu berdua pergi dulu"
Ejen Karya pergi mencari kawannya di luar. Dia faham perasaan Ejen Bakar, sedih dan rasa bersalah kerana tidak cukup mengambil berat tentang muridnya. Ejen Leon juga merasa perkara yang sama, yang dia pandang hanyalah prestasi muridnya, bukan kesihatan mental muridnya.
YOU ARE READING
Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]
FanfictionCerita ini mengambil tempat selepas Ejen Ali The Movie. Selepas kejadian pemberontakan pinggiran, Ali tidak dibenarkan lagi memakai I.R.I.S, gadjet ciptaan ibunya. Walaupun hubungan Ali dan Alicia semakin baik, rakan² di Akademi M.A.T.A mula pandang...