Jaga

1.7K 90 12
                                    

"Ali, kau tak patut ada kat sini. Kau mana boleh gerak banyak²" Alicia berkata dengan nada yang serius.

"Aku tahu tapi diaorang kawan aku, tak salah aku nak tengok"

"Ali, kenapa kau duduk atas kerusi roda? Kenapa kaki kau patah? Kenapa kau cedera? Kau pergi misi ke?" Soalan yang banyak dilontarkan oleh Moon yang risau tentang Ali walaupun sedang sakit.

"Saya akan terangkan kepada kamu semua bila kamu berdua dah sembuh" mentor inviso itu tiba² bersuara.

"Korang cedera kat mana? Teruk ke?"

"Aku kena tembak kat kaki, Moon kena kat bahu. Kau okay tak ni? Macam cedera parah je..kau dalam bilik mana?"

"Ish kau ni..korang tu okay tak? Kena Azurium kot. Aku stage 2 je"

Kesemua ejen yang pergi ke misi terkejut Ali masuk ke bilik rawatan stage 2. Mereka tertanya tanya mengapa kecederaan Ali begitu teruk. Setiap soalan dibalas dengan jawapan dari mulut individu yang berbeza. Beberapa jam menemani dua kawannya, Ali pulang ke bilik rawatan stage 2 kerana dipaksa oleh Alicia dan Ejen Bakar. Namun begitu, remaja itu mempunyai rancangannya tersendiri untuk menjaga dua kawan baiknya yang berada di bilik rawatan stage 3 tanpa dihalang.

Sementara menunggu esok hari, ejen² yang pergi ke misi melawat Ali dan yang lainnya kerana ingin tahu tentang kejadian yang menimpa ejen tekno itu sewaktu mereka pergi misi tetapi Ali hanya menjawab yang Ejen Karya akan beritahu mereka nanti. Sebenarnya, Ali sendiri tidak tahu jika Ejen Karya akan beritahu perkara sebenar ataupun menutupi perkara ini dengan alasan yang lain.

Waktu malam tiba dengan cepat. Ash berbual bersama Ali apabila tiada orang berdekatan bilik  sambil memantau menggunakan tabletnya.

"Happy kawan kau dah balik?"

"Mestilah happy! Tapi yang tak happy nya diaorang cedera. Betul apa yang kau cakap"

"Tulah, kau kata kau ada plan. Plan apa?"

"Plan nak jaga dua kawan aku tu lah. Aku akan senyap² keluar beli makanan untuk diaorang dan jaga diaorang"

"Diri kau tu jaga jugak. Nanti kau nak menyelinap keluar, aku boleh tolong tengokkan keadaan. Neuro gituw"

"Okay"

Pukul 10:00 malam...
Ali berpusing sana sini di atas katil kerana tidak dapat tidur memikirkan kawan² nya. Saat dia menutup mata, terdengar pintu bilik rawatan stage 2 terbuka menyebabkan dia tersentak. 'Janganlah macam haritu' Dia memberanikan dirinya untuk membuka melihat siapa yang masuk dan hatinya lega melihat Ejen Bakar yang masuk.

Mentor kombat itu menegur dan berborak santai sebelum Ali mengelip matanya dan tiba² Ejen Bakar menghilang. Di situ, Ali menelan air liur, dia menjadi kaku dan seram sejuk dengan kejadian tadi yang sama dengan kejadian petang tadi. Matanya terbuka luas, badannya sekali lagi menggigil.

"A-Ash" remaja itu memanggil tetapi tiada jawapan jadi Ali membuat keputusan untuk keluar dari bilik itu supaya dapat menghilangkan rasa takut. Di dalam hatinya meng'ia'kan kata² pakciknya sewaktu mereka berbual pagi tadi.

'Betul lah apa yang uncle cakap. Kat dalam ni ada hantu. Baik aku keluar. Nak pergi mana eh? Pergi luar takut pulak. Pergi kat Khai dengan Moon lah pastu baru pergi kat Alicia. Harap² hilanglah rasa takut aku kalau tak aku tidur kat Control Room jelah.'

Tabletnya dibuka untuk mengawas pergerakan ejen² lain supaya tidak tertangkap. Nasib baik kesemua bilik rawatan berdekatan antara satu sama lain jadi tak sampai 8 saat dia dah sampai. Khai dengan Moon masih tidak tidur lagi dan berbual bersama tapi perhatian mereka teralih kepada Ali yang memasuki bilik rawatan tersebut.

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now