Hari Ibu

1.3K 64 30
                                    

"Itulah Mysterio dan Unknown..Aku nak kau kaji pasal diaorg. Kita tak boleh biar mereka jadi ancaman pada kita. Skill diaorg sangat menakjubkan. Pastikan kau dapat semua maklumat pasal diaorg"

"Baik ???????"

Situasi Ali....
Ali membukakan pintu rumah untuk Viktor yang berpakaian casual sambil menggalas beg hijau berisi baju. Mereka bersalaman sebelum pergi menyertai ejen - ejen muda yang duduk di ruang tamu.

"Hey Viktor!!" Kedatangan sahabat Ali itu disambut meriah oleh ejen - ejen yang mengenalinya. Jet dan Rudy dijemput tetapi bukan Ed dan Armin.

"Siapa ni?" Jet bertanya, Rudy juga nampak pelik. Soalan tadi menarik perhatian Viktor yang memandang hairan kepada dua rakan sahabatnya yang tidak pernah dia nampak sebelum ini.

"Eh, korang berdua ni tak pernah nampak pun"

"Oh, Viktor, yang pakai baju hijau tu Jet. Yang pakai baju putih tu Rudy. Diaorang ni pergi bercuti haritu. Korang, ni Viktor, kawan baik aku kat sekolah" mereka mengenali antara satu sama lain sebelum duduk semula.

Rudy menurunkan hoodienya setelah dia mendapat tempat duduk kerana dari mula dia sampai sehingga sekarang dia menutupi mukanya. Lagipun lebih mudah untuk Viktor mengenali rupanya. Ejen - ejen muda tidak berhenti menoleh ke arah Rudy yang memandang mereka semula.

"Eh aku baru perasan"

"Apesal?" Mereka ketawa.

"Style rambut kau lain macam, tak biasa" Rudy memegang rambutnya yang sudah dibiarkan ke bawah daripada terpacak ke belakang seperti Ejen Djin. Sebenarnya, sejak Ejen Djin mati, di luar M.A.T.A Rudy akan menggayakan rambutnya seperti gaya rambutnya sewaktu kecil.

"So, korang nak buat apa sementara tunggu Ej- Uncle Bakar, Cikgu Bidin dengan geng perempuan datang?" Tidak memerlukan masa yang lama, Viktor mengajak mereka untuk memainkan permainan video kegemaran mereka 'Detektif Jebat'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"So, korang nak buat apa sementara tunggu Ej- Uncle Bakar, Cikgu Bidin dengan geng perempuan datang?" Tidak memerlukan masa yang lama, Viktor mengajak mereka untuk memainkan permainan video kegemaran mereka 'Detektif Jebat'.

"Game apa tu? Tak pernah dengar pun?" Disebabkan Jet dan Rudy tiada dengan mereka sewaktu Ali ditahan dalam wad, atau boleh dikatakan mereka adalah punca Ali di sana, mereka telah terlepas banyak perkara menarik yang dilakukan bersama.

"Takpe, kau ikut je kitaorang main" Bulat memegang tabletnya.
.
.
.
.
.
"Wey Ali belakang tu!! Rudy tolong aku nyawa aku sikit!" Sampak berdiri Jet memainkan permainan video tersebut.

"Sikit lagi, yes, yes" Rudy berkata dengan perlahan tetapi menekan nekan telefon pintarnya dengan agresif.

"PAM! BUSHH! KICK KICK, SATU LAGI!"

"YAYYYYY-" Sorakan mereka dihentikan oleh loceng rumah yang berbunyi dengan kedatangan orang - orang yang ditunggu dari tadi.

"Hai korang!" Moon yang seperti biasa terlebih aktif melompat ke dalam rumah. Mereka menuju ke hadapan pintu rumah untuk menyambut tetamu yang baru sahaja sampai. Ejen Bakar memasuki rumah anak saudaranya sambil memeluk plastik putih sebesar badannya.

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now