Ali teringat akan Nikki yang sekarang berada di penjara tapi taktau penjara mana. Mungkin penjara biasa, mungkin penjara M.A.T.A. Dia berniat melawat kawan lamanya tapi bukan sekarang.
Dia memulakan upgrade dengan susah payah tanpa alat yang dulu menjadi tempat dia bergantung. Beberapa kali dia tersalah buat tapi tetap teruskan demi kawan baiknya. Waktu berjalan tanpa apa² latihan dari mentor yang membuatkan Ali lebih mudah untuk menyiapkan hadiah. 'sikit lagi.. BOOM! dah siap! Yeah'
Walaupun sudah siap, dia tidak akan memprogramkan lagi upgrade itu pada R.O dengan niat nak buat kejutan bila balik nanti. Data upgrade di simpan di sebuah pendrive khas. "Lama betul nak siap. Pukul bape dah sekarang?" Matanya terbeliak melihat masa yang ditunjukkan telefonnya. "1 PAGI!"
Dia terus bertukar suit dan memanggil Comot sebelum membuka skuternya, menggunakan pecutan paling laju. 'Habislah..nak jawab apa dengan ayah nanti?! Harap² ayah balik lewat harini' Laju skuter Ali tu boleh mengalahkan Motor GP.
Dari jauh, dia lega melihat ketiadaan kereta ayahnya di depan rumah. Ali menyimpan skuter dan mengunci pintu rumah dibelakangnya. Dia hampir terjatuh semasa berlari naik tangga untuk menuju ke bilik. Apalagi, Ali tukar kepada pakaian tidur dan baring di atas katil bersama Comot. Sakit diperutnya awal tadi telah menghilang buat sementara disebabkan Ali yang lagi sibuk bergegas ke rumah.
Keesokan harinya..
Seperti biasa, Ali menyalin nota dan singgah di Mamak Maju untuk membungkus makanan Alicia dan dirinya. Tapi kali ini dia bungkuskan roti canai yang dimasak khas oleh Geng Mamak.
Ali menyimpan makanan di dalam beg takut² perkara yang sama berlaku kepadanya. Tidak sempat dia menjejak kaki ke dalam Akademi, dia ditarik lagi dengan Jet dan dibawa ke luar.
"Kau ingat kau dah lepas?" Jet menghentam Ali ke lantai. Ali cuba untuk memujuk Jet dan yang lain supaya tidak mengacaunya lagi tapi tiada guna. Kuatnya Jet menghentam Ali menyebabkan hidunya berdarah.
Roza menarik bahu Ali dan menumbuknya dengan kuat tetapi tidak cukup kuat untuk meninggalkan kesan. Mika sekali lagi menumbuk perut Ali dengan kuat menyebabkan darah keluar lagi banyak dari sebelumnya.
Jet pula menarik rambut Ali dari belakang kepala dan mengheret kepalanya di sepanjang dinding Akademi. Ejen tekno yang kelemahan itu tidak mampu berbuat apa² lagi. Apabila Jet ingin menendang Ali, Comot tiba² keluar dari beg dan mencakar muka Jet yang poyo meninggalkan 3 cakaran biasa.
"Sibuk ah kucing ni! Tunggu kau Ali" mereka beredar dari sana tanpa memberi sebarang bantuan. Comot mengiau menanyakan keadaan tuannya yang nampak lemah dan sakit. Ali hanya senyum lemah dan bangun sambil memegang perutnya yang sakit teramat. Dia mencapai begnya dan mengelap darah di hidung serta mulutnya sebelum gagah berjalan seperti biasa.
"Jom Comot! Terima kasih tolong aku tadi. Kalau takde kau, habis aku tadi. Balik nanti aku belanja kau Tuna special. Nak?" Comot mengiau kegembiraan tetapi masih risau dengan keadaan tuannya walaupun Ali nampak baik² sahaja.
Ali masuk ke tandas dan mengunci pintu. Dia mendesis kesakitan di perut dan mukanya. Ali melutut dan menggengam tangannya sehingga sakitnya sedikit lega. Ali dengan kuat melangkah keluar menuju ke bilik rawatan seperti semalam.
Alicia tersenyum melihat Ali datang melawatnya memandangkan ejen² lain sibuk dengan misi atau hal lain. Terdapat sedikit kelainan pada suara Ali sewaktu dia menyapa Alicia tadi tetapi diendahkan. Dia sedaya upaya cuba untuk tidak memegang perutnya atau menunjukkan tanda2 yang dia sakit.
"Harini aku bawakkan kau...Roti Canai! Geng Mamak buat special untuk kau" Ali mengeluarkan makanan yang nasib baik selamat walaupun begnya tercampak tadi. Alicia mengucapkan terima kasih dan terus menjamu selera. Ali turut mengeluarkan makanannya dan ingin makan bersama Alicia ditemani Comot.
"Alicia je ke? Kitaorang takde?" Satu suara berkata yang mengejutkan Ali. Dia menoleh kebelakang dan melihat Bulat dan Rudy yang terbaring.
"Oh korang punya ada. Ni ha aku ingat nak letak je nanti. Taktau pulak korang sah sedar " Ali menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia memberikan roti canainya kepada Bulat untuk dikongsi dengan Rudy tetapi ditolak. Sekali lagi, dia tidak makan tengah hari buat kedua kalinya.
Ali pun meminta diri dan menuju ke bilik Tekno untuk meneruskan upgrade. Orang kedua ialah Ejen Bakar dan Ejen Geetha. Memandangkan dia ada pengalaman buat peluru Alicia haritu, dia dengan mudah menyiapkan hadiah Ejen Geetha tapi tetap mengambil masa yang lama.
Peluru itu disimpan rapi di dalam sebuah bekas dan diletakkan di dalam beg. Sekarang, dia tinggal menyiapkan 'Puch Turbo' Ejen Bakar untuk harini. Matanya fokus ke arah alatan di depannya, fikirannya sibuk dengan ciptaan baru itu.
Alicia berjalan dengan bantuan tongkat untuk ke bilik Tekno. Baru sahaja dia ingin masuk, dia terlihat Ali yang sangat fokus dengan sesuatu dari luar. Dia merancang untuk mengejutkan Ali walaupun susah dengan bunyi tongkat. Alicia berjalan dengan perlahan, setapak demi setapak, mengangkat dan meletakkan tongkatnya dengan perlahan.
'1...2...3' "Ha buat apa tu!"
"Eh pocot² Comot terbang!" Ali terlambung pemutar skru lalu jatuh dari kerusinya. Pemutar skru tadi jatuh di kepalanya menyebabkan ejen itu menggosok kepalanya. Bukan itu sahaja, impak jatuh tadi menyebabkan sakit di perutnya terasa lebih kuat. Dia mengerang kesakitan yang membuatkan ejen neuro itu tettanya tanya.
"Aik, jatuh kena skrewdriver pun sakit sampai macam tu sekali?" Tanya Alicia sambil tergelak.
Ali bangun dan cuba untuk tidak memegang perutnya atau menunjukkan apa² tanda sakit."Beratlah screwdriver ni, dahlah besar. Kau pulak buat apa kat sini? Patutnya kau berehat. Jangan banyak gerak nanti lagi lambat kau sembuh lagi lambat kau boleh jalankan aktiviti semula"
"Yelah, lagipun bosan apa asyik baring, duduk kat bilik rawatan tu lagi² tak boleh nak buat apa. Aku saja terkejut kan kau tadi..ingatkan kau dah makin berani tapi rupanya penakut macam dulu" Alicia tersengih memandang Ali bersama poker facenya.
"Kau buat apa sampai fokus sangat? Dalam kelas pun kau tak fokus sampai macam ni."
"Aku tengah buat cip 'Punch Turbo' untuk Ejen Bakar. Baru dia tumbuk tu lagi kuat" Alicia hanya meng'oh'kan sahaja kawannya yang menyambung ciptaan gadjet baru.Tiba pukul 6 petang, Ali meminta diri dan meneman Alicia kembali ke bilik rawatan. Dia pun berjalan keluar Akademi tetapi ditendang dari belakang oleh Jet hingga jatuh ke tangga Akademi.
Memandangkan mentor ² sedang sibuk di briefing room, Jet, Roza dan Mika mengambil kesempatan untuk membuli Ali. Comot yang berada di dalam beg Ali tercampak jauh darinya.
"Macam mana kau boleh jadi ejen kalau lemah macam ni?""Baik kau keluar je. Senang hidup orang. Kau tu dahlah pembelot"
"Dunia ni dah tak perlu orang macam kau! Dah lah tak berguna, menyusahkan hidup orang pulak tu!"
"Pergi mati jelah!!" Kata² mereka jelas membuatkan Ali terasa dan terkilan.
Dengan sakit yang teramat, dia menggunakan kudratnya untuk mencapai beg dan terus keluar dari Akademi dalam keadaan menangis teresak². 3 ejen tadi mengetawakan Ali yang menangis dengan kata² seperti lemah, sampah, sotong dan tak berguna.
Ali menaiki skuter dan pulang ke rumah dengan air mata yang mengalir dengan deras. Sungguh dia tidak tahan dengan kata² mereka bertiga.
YOU ARE READING
Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]
FanfictionCerita ini mengambil tempat selepas Ejen Ali The Movie. Selepas kejadian pemberontakan pinggiran, Ali tidak dibenarkan lagi memakai I.R.I.S, gadjet ciptaan ibunya. Walaupun hubungan Ali dan Alicia semakin baik, rakan² di Akademi M.A.T.A mula pandang...