Hospital

1.8K 87 8
                                    

"Apa?!!!" Suara Viktor kedengaran di seluruh rumah membuatkan semua orang memandangnya. Dia meminta maaf lalu menoleh semula untuk bertanya lagi.

"Ali nak bunuh diri? Dia depression? Macam mana boleh jadi macam ni? Ini mesti sebab pembuli tu..Argghhhhh🤬!! Biar aku ajar kau nanti" Viktor menggengam penumbuk. Dia akan pastikan sesiapa sahaja yang berani cederakan kawannya kena padah yang setimpal walaupun terpaksa menanggung cabaran.

Ejen Bakar sedar dengan perkara tersebut dan cuba menenangkan kawan baik anak saudaranya. Agak lama juga sebelum Viktor kembali tenang dipujuk Ejen Bakar. Dia mengusap belakang lelaki tersebut dan menyuruhnya untuk bertenang. Muka Viktor merah, tangannya digenggam rapat, mulutnya mengatakan sesuatu yang tak dapat didengar dengan jelas.

Sudah lah kawannya dicederakan sampai berbalut satu badan, mental kawannya juga terganggu dan hampir menyebabkan dia kehilangan satu² nya sahabat yang dia ada. Hatinya menyuruh diri untuk tenang, nafas dihembus berat. Dia memandang Ejen Bakar dengan muka yang serius dan berkata

"Takpe, biar saya jaga Ali"

"Baguslah kalau macam tu. Kamu je orang terdekat yang Ali percaya. Terima kasih sebab berkawan dengan dia" Lelaki cina itu tersenyum dan mengangguk sebelum pergi duduk di sebelah Ali semula. Dr.Ghazali yang sudah menghidangkan air berjumpa dengan adik iparnya.

"Kenapa tadi tu?"

"Marah betul Viktor dapat tahu pasal Ali. Beruntung dia walaupun kawan tak seramai yang lain, kawan² dia semua setia, prihatin dan ambik kisah pasal dia. Bukan saya sorang je jaga dia kat hospital, kawan² dia pun ada. Viktor je lambat tahu sebab Ali tak nak risaukan dia"

"Bagus kawan² dia. Abang sebagai ayah dia sendiri pun tak tahu apa². Terima kasihlah sebab selalu tengokkan Ali selama ni"

"Itu memang tugas saya. Ali dulu memang takde kawan lain selain Viktor tapi lepas dia tolong beberapa budak sekolah haritu, diaorang jadi kawan dia. Ali ni kuat, rendah diri, fikir pasal orang lain tapi tak fikir pasal diri dia sendiri. Nampak je orang susah, terus gelabah nak tolong walaupun dia sendiri cedera. Memang macam mak dia" ejen kombat itu tersenyum mengenang kembali kenangan bersama kakaknya.

"Eh Bakar, Dr, sini lah minum sekali" Puan Ong mengajak mereka. Teh yang panas dihirup perlahan lahan, tangan mencapai biskut coklat di atas meja. Hari yang paling bahagia buat Ali kerana akhirnya dia dapat meluangkan masa bersama orang yang dia sayang. Saat ini ditunggu selepas dia kehilangan satu orang yang paling penting dalam hidup keluarga itu.

Viktor tidak habis² bertanya tentang Ali dan pembulian terhadapnya tetapi Ali cuba untuk tidak membocorkan rahsia. Bertalu talu soalan yang ditanyakan oleh Puan Ong, Viktor, Dr.Ghazali kepada Ali jadi Ejen Bakar dan Ash turut membantu menjawab. Ali memberi jawapan dengan berhati hati untuk memastikan tiada satu pun maklumat yang bocor.

"Mana Comot?" Soalan Dr.Ghazali dan Viktor membuatkan Ali terdiam tetapi dibantu Ash yang memberikan jawapan.

"Kata dia tunggu kat hospital"

"Dia tunggu kat hospital. Lagipun pukul 7 nanti dah nak kena balik wad"

"Aik..boleh main keluar² ke?"

"Tak sebenarnya tapi Ali pujuk doktor tadi sampai dapat dengan mata bersinar dia tu. Comot pun tolong sekali" alasan pakciknya membuatkan mereka ketawa. Nasib baik mereka tidak menyangka apa² kalau tidak perah otak nak yakinkan.

Sedar atau tidak, waktu sudah menunjukkan pukul 6:40 petang, Ali perlu pulang ke wad jadi Dr.Ghazali, Viktor dan Puan Ong ikut sekali menghantar Ali. Perjalanan ke hospital menaiki kereta tidak mengambil masa yang lama lagi² apabila mereka sibuk berbual.

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now