Terbongkar

1.8K 83 14
                                    

"Kau bawak sekali handphone pergi bilik air tu dah kenapa?"

"Entah, aku memang auto pergi mana² bawak phone" semua orang memakan kata² Ali tetapi tidak bagi Comot. Dia sudah tinggal dengan Ali buat masa yang lama dan selalu mengikut tuannya kemana mana sahaja jadi dia tahu apabila Ali menipu. Begitu juga Ejen Bakar sebagai seorang pakcik dan seorang mentor yang sudah menjalani banyak misi dan cabaran bersama Ali.

"Meow?"

"Ye ke?"

"Iye lah😑" muka itu diberi untuk mereka percaya kepada dia yang dia normal sahaja namun itu tidak membuatkan Comot dan Ejen Bakar percaya sama sekali. Dua ejen itu memandang satu sama lain dengan muka pelik. 'Bukan Comot tak okay ke dengan uncle? Pape jelah'

"Korang...tak bosan ke duduk kat dalam ni je? Pergilah keluar jalan² ke, tak payah risau pasal aku"

"Tak boleh tak boleh tak boleh, bahaya nanti. Atleast tunggu sampai kau sembuh"

"Boleh"

"Tak boleh"

"Boleh"

"Tak boleh"

"Boleh"

"Tak boleh"

"Boleh"

"Tak boleh"

"Tak boleh"

"Boleh...eik"

"Ha! Kau kata boleh kan?😏😉Dah, pergi jalan². Aku okay je dalam ni" Viktor mengalah akhirnya.

"Degil tul kau ni Ali" Khai menggelengkan kepala. Dikeranakan itu adalah permintaan Ali, mereka menyutujui dan keluar berjalan² ke pusat membeli belah. Comot akan memantau Ali untuk mereka manakala Ejen Bakar akan pergi melihat Dr.Ghazali nanti. Ejen tekno itu tersenyum melihat ragam keluarganya. Mentor² tidak mengikut sekali untuk mengumpulkan maklumat dan bersedia jika terjadi serangan yang tak terduga

'Maafkan aku semua. Aku tak bermaksud nak susahkan korang. Aku memang tak layak ada dengan korang. Aku sayang korang semua, Aku janji takkan tinggalkan korang'

"Meow?" Comot perasan dengan Ali yang tadi tersenyum bertukar sedih.

"Eh takde papelah. Aku risaukan ayah je"

"Meow" Kucing itu meletakkan 'paw' nya pada tangan Ali dan mengiau supaya dia tidak risau. Ali membelai lembut Comot sambil tersenyum dan memeluknya.

"Kau jangan tinggalkan aku tau Comot"

"Meow!"

"Nanti aku dah sembuh, kita pergi misi sama² lagi"

"Aku pantau kau" Ash yang diam dari tadi bersuara membuatkan Ali sedikit terkejut.

"Kau ni Ash. Terkejut aku. Okay, kau pantau aku mana tau tetiba ada orang serang dari belakang. Tapi kau rasa yang serang kita minggu lepas siapa?"

"Aku pun tak sure. Mungkin Mysterio tapi takkan dua serangan dalam waktu terdekat?"

"Mungkin, dia kan ada base dia sendiri"

"Boleh jadi. Tapi kenapa orang yang message kau nak kau join dia sangat? Apa motif dia? Ke dia nak buat kau sebagai senjata dia?" Soalan itu juga membuatkan Ali tertanya tanya.

"Aku pun taktau tapi kan, aku nak jejak guna nombor telefon dia. Masalahnya aku takde langsung alat"

"Meow...meow!"

"A'ah lah! Bernas jugak idea kau tu! Terima kasih Comot" Bulu kucing itu dibelai sambil tersenyum dan teruja.

"Ha sekarang, kau rehat. Comot mesti dapat punya"

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now