Mental

2.1K 90 16
                                    

Orang yang memerhatikan mereka hanya menyebut satu perkataan sahaja iaitu

"Tunggu"

Berpindah kepada Ali, dia sentiasa ditemani kawan kawannya sepanjang masa dan dia sendiri tahu sebabnya jadi tak perlu bertanya lagi. Ejen Karya memasuki bilik rawatan stage 3 untuk melawat Ali bersama Ejen Leon. Terlihat ejen² sedang rancak berbual memandangkan mereka tiada misi lagi buat masa sekarang. Ejen Karya menyapa mereka membuatkan semua ejen memandang ke arahnya.

"Hi Ali, bagaimana dengan keadaan kamu sekarang?"

"Oh Ejen Karya! Saya okay, terima kasih sebab jagakan Comot!" Senyuman Ali yang manis membuatkan dua mentor itu lega.

"Sama², dia dah banyak bantu saya. Sekarang saya nampak kenapa dia dibenarkan pergi ke misi sebagai ejen inviso dalam kumpulan kamu. Lagi satu, saya ada nak bagi sesuatu." Mentor inviso itu menghulurkan sekotak kad kepada Ali.

"Disebabkan Comot dah pandai main kad, dia boleh main dengan kamu. Saya yang ajar dia pun dah kalah banyak kali" semua ejen ketawa dan sedikit terkejut dengan apa yang dikatakan ejen inviso tersebut.

"Kucing dengan tuannya sama je. Tahu² dah belajar sesuatu sampai pandai" Ejen Bakar menolak perlahan bahu Ali. Remaja itu membuat muka 'bruh' kepada pakciknya yang selalu menyakat Ali.

"Terima kasih Ejen Karya"

"Ali, saya dari pihak ejen² M.A.T.A memohon maaf atas perkara yang berlaku kepada kamu" Ali terkejut mendengar perkataan 'maaf' keluar dari mulut orang yang tidak pernah disangka.

"Takpe Ejen Leon, tak payah minta maaf. Saya dah maafkan. Lagipun benda ni berlaku antara saya dengan geng Rudy je. Takde siapa² lagi yang terlibat"

"Saya juga ingin meminta maaf kerana selalu memarahi kamu hanya sebab prestasi kamu teruk dulu. Sekarang saya sedar betapa pentingnya melihat dari sudut yang berbeza."

"Saya maafkan. Saya dah terbiasa dah pun. Prestasi saya memang teruk dulu sebab tak dengar arahan sampai Alicia pun tak tahan. Ni kan perkara dah lepas jadi biarkan. Semua orang buat kesilapan dan layak diberikan peluang kedua."

"Terima kasih" buat kali pertamanya dalam sejarah M.A.T.A, Ejen Leon tersenyum manis membuatkan semua ejen terkejut beruk. Ejen Karya dan Zass cepat² mengambil gambar saat² yang tak pernah berlaku dalam hidup mereka. Mentor neuro itu perasan dengan tindakan dua ejen inviso tersebut terus merenung tajam kepada mereka.

"Siap kamu berdua. Saya masak jadi roti canai lepastu bagi dekat biawak sebelah rumah saya" sekali lagi mereka melalui saat² yang sangatlah 'rare' iaitu Ejen Leon ketawa bersama mereka. Dua ejen inviso tadi apa lagi, terus rakam. Ali memang telah mengubah banyak perkara dan perangai orang. Zass dan Ejen Karya menyebarkan video serta gambar tadi ke seluruh phone ejen² di Akademi.

"Terima kasih kerana sudi bimbing saya untuk jadi seperti mak saya"

"Mak kamu?"

"Ingat saya tak tahu Ejen Leon dan Ejen Karya curi² dengar perbualan kami?" Ali tersengih melihat reaksi dua mentornya yang terkejut dengan kepekaan Ali. Itulah yang berlaku sampai malam tak berhenti berbual dan bermain. Tiba² Ali mendapat satu idea

"Apa kata kita lawan main kad dengan Comot dan Ejen Karya nak?" Semua ejen mengangguk laju termasuk Alicia dan Ejen Leon. Mereka cabut undi untuk mendapat giliran dan Ali mendapat giliran kedua selepas Iman. Comot mengiau kepada Ali untuk di 'translate'kan kepada Iman.

"Comot kata, kalau dia menang, Iman kena bawak dia jalan² tapi kalau Iman yang menang, dia akan makan makanan kucing yang biasa selama seminggu" Iman menyutujui syarat tersebut dan duduk di meja depan Comot.

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now