"Apa yang kita nak buat sekarang?" Keadaan menjadi senyap seketika menunggu arahan ejen neuro.
"Siasat bilik ini dan kumpulkan sebanyak maklumat yang mungkin. Saya akan maklumkan kepada General. Bakar, mungkin kamu tahu tempat² yang Ali selalu pergi atau mungkin pergi?" Ejen Leon memberi arahan. Bakar memikir sekejap sebelum mengangguk
"Selalu, dia pergi ke taman tapi kalau keadaan dia cedera parah macam tu mungkin dia pergi ke Pinggiran. Aku pergi tengok"
"Baik"
Ejen Leon mengeluarkan alat komunikasi khas M.A.T.A dan menghubungi General di luar.
Hati mereka bercampur rasa kesal, sedih, risau dan gelisah dengan keadaan Ali yang cedera parah menghilang. Dah cedera, menghilang taktau ke mana pulak tu.Ejen Karya ada Ejen Geetha menyiasat bilik itu dengan teliti dan cekap. Mereka berdua tidak terlepas untuk memeriksa laci meja, bawah katil dan bilik air. Apa yang mereka jumpa hanyalah barang biasa selain kaca yang pecah, selimut yang seperti ditarik ke bawah dan kesan darah di beberapa tempat. Apabila Ejen Geetha masuk ke bilik air, dia terus memanggil ejen inviso yang sedang meneliti kaca lampu yang bertaburan.
"Kenapa?"
Ejen Karya melihat ke arah yang ditunjukkan dan terkejut apabila melihat 2 serpihan kaca lampu yang ada di tepi katil tadi dengan darah di singki dan lantai bilik air Ali. Banyak barang jatuh bersepah di lantai seperti sesuatu yang buruk berlaku."Apa sebenarnya yang dah jadi? Bukan ke dia cedera dibuli dan masuk ke rumah lalu pengsan? Jadi kenapa ada kaca yang disaluti darah di bilik air?"
"Mungkin dia..menyakiti dirinya sendiri beberapa hari yang lepas. Sebelum dibuli di dalam tandas Akademi."
"Bermakna, dia sudah lama dibuli dan mentalnya semakin tidak stabil" Mereka memandang antara satu sama lain dengan serius. Ali bukan sahaja cedera dengan parah secara fisikal tetapi mentalnya juga akibat dibuli.
Ejen Geetha turun ke bawah dan mencari lagi tanda² kecederaan Ali di ruang tamu namun semuanya tersusun rapi tanpa apa² yang mencurigakan. Untuk memudahkan kerja mereka, Ejen Geetha meng'copy' segala footage rakaman rumah Ali dan rakaman Akademi yang dipotong. Ini boleh dijadikan bukti dan maklumat yang boleh dilihat oleh ketua teras nanti.
Ejen Leon memanggil mereka dan mengatakan yang ketua teras mahu berjumpa mereka berempat di briefing room Akademi selepas habis mengumpulkan maklumat.
Situasi Ejen Bakar
Ejen Bakar berlari ke Pinggiran yang sekarang semakin maju untuk mencari anak saudaranya. Dia berasa amat risau mengetahui Ali cedera parah tanpa mendapatkan apa² rawatan atau bantuan. Sampai di sana, dia terus bertanya ke penduduk setempat jikalau mereka ada ternampak seorang budak lelaki berpakaian sekolah lengan panjang tapi mereka hanya menggelengkan kepala.
Ejen Bakar terus mereport kepada Ejen Leon yang sekarang turut membantu Ejen Geetha dan Ejen Karya. Arahan seterusnya iaitu Ejen Bakar perlu pergi semula ke rumah Ali untuk memberikan maklumat lanjut dan berangkat ke Akademi. Dia tanpa berlengah terus pergi demi satu² nya anak buah yang dia sayangi walaupun letih.
"Kamu rasa kamu tahu apa yang Ali akan buat jika keadaan dia jadi begini?" Ejen Leon bertanya sementara menunggu untuk sampai di Akademi.
"Aku taktaulah. Dia tak pernah cedera teruk sampai macam ni. Aku rasa menyesal tak jaga dia betul². Dah takde mak, ayah sibuk kerja, aku pulak tak reti nak ambik berat pasal dia. Sekarang tengok jadi apa. Aku sebagai ahli keluarga dia langsung taktau yang dia kena buli teruk sampai macam ni"
"Itu bukan salah kamu. Kami semua pun tidak tahu" Ejen yang lain memandang simpati rakan mereka yang bersedih.
Disebabkan Ejen Karya adalah seorang guru di sekolah Ali, mereka dengan senang keluar dan masuk tanpa ditahan. Ejen Bakar terus meletakkan kereta sedekat yang boleh dengan kantin dan terus berlari ke arah vendor machine air sebagai transpot menuju ke Akademi.
YOU ARE READING
Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]
FanfictionCerita ini mengambil tempat selepas Ejen Ali The Movie. Selepas kejadian pemberontakan pinggiran, Ali tidak dibenarkan lagi memakai I.R.I.S, gadjet ciptaan ibunya. Walaupun hubungan Ali dan Alicia semakin baik, rakan² di Akademi M.A.T.A mula pandang...