Sedar

1.9K 95 4
                                    

Mereka melakukan tugas masing² dan berjaya berkumpul di briefing room dalam masa 5 minit. Hologram Ejen Dayang, Ejen Ganz dan General Rama terpancar dari meja dan screen. Ejen Ganz mempersoalkan kepentingan mereka semua berkumpul dan mentor neuro itu menerangkan dengan nada yang serius sambil menjeling ke arah geng Rudy.

"Ini pasal Ali. Kes pembulian Rudy dan yang lain terhadap dia, masih berterusan tanpa kami sedari sehingga Ali hampir bunuh diri tadi" Semua ejen termasuk ketua teras terkejut mendengar kata² Ejen Leon lagi² Khai, Alicia, Moon dan Iman. Rudy dan yang lain mula cuak kerana rahsia mereka telah terbongkar.

"Terangkan dengan lebih terperinci dari mula Ali menghilang. Saya pasti ejen muda ingin mengetahui perkara sebenar." Ejen Dayang semakin risau dan ingin tahu lebih mendalam.

"Seminggu yang lepas, Alicia mendapati Ali menghilang dari petang sampai malam tetapi barang Ali masih di dalam Makmal Tekno. Rakaman CCTV juga tidak dapat mengesan keberadaan Ali dan Ejen Bakar menjumpai Ali dirumahnya pada malam itu tapi bukan esoknya. Ketiadaannya di sekolah dan Akademi membuat kami pergi ke rumah Ali tetapi tiada sebaliknya bilik itu bersepah dengan barang yang jatuh dan kaca yang pecah bersama darah di seluruh lantai bilik dan bilik air. Rakaman CCTV Akademi yang sebenar dijumpai di komputernya jadi Ejen Geetha mengambil rakaman tersebut termasuklah rakaman CCTV rumah Ali. Kami mendapati yang Ali telah mencederakan dirinya sendiri dengan menggores tangannya beberapa hari sebelum kejadian kerana tidak tahan dengan pembulian Rudy, Jet, Roza dan Mika. Selepas dimasukkan ke dalam wad, pembulian terhadap Ali masih tidak berhenti dan Ali mula berperangai aneh tetapi yang itu akan disoal nanti. Pembulian sewaktu dia sakit menyebabkan kecederaan dia bertambah teruk membuatkan kami semakin curiga dan ingin berjumpa dengan dia tadi tetapi terdengar jeritan Ejen Geetha. Kami bertiga diberitahu Ali sedang menggores tangannya dan bila dia dapat tahu Ejen Geetha nampak kelakuan dia, Ali berniat menikam diri sendiri tapi sempat dihentikan dan disuntik ubat tidur, sekarang dia dalam keadaan yang stabil"

Mentor neuro itu dengan sangat panjang lebar menerangkan kejadian yang berlaku kepada ketua teras, ejen² muda dan general sampai kering tekak dibuatnya.

"Kami sendiri tidak sangka Ali akan berbuat sedimikian kerana apabila di depan kami atau orang lain, dia sangat gembira membuatkan kami tidak mencurigai apa² kecuali kecederaan nya yang semakin teruk. Perasaan sedih langsung tidak tertunjuk dari gerak gerinya. Selama ini, rupanya banyak perkara yang disembunyikan daripada kita" Ejen Karya menyambung.

Masing² terkejut mendengar penjelasan tadi dan sekarang perhatian beralih kepada geng Rudy. Semua ejen merenung tajam ke arah mereka yang terdiam dan kaku. Ejen Geetha meletakkan pendrive tadi di atas meja dan memainkan semua rakaman yang telah disimpan. Bukti tersebut cukup membuatkan ejen² marah dan kecewa.

"KAMU SEMUA NI TAK RETI NAK SERIK KE?! KALAU BUKAN SEBAB EJEN GEETHA YANG TAHAN DIA TADI, DAH LAMA ALI PERGI JADI LEPASTU KAMU NAK CAKAP APA KAT AYAH DIA?!" Ejen Ganz menengking mereka sehingga bergema suaranya di seluruh Akademi.

"Kamu nampak sekarang? Tindakan kamu semua menyebabkan kita hampir kehilangan seorang ejen yang berpotensi. Kali ini, kami sendiri yang akan memberi denda" suara Ejen Dayang sangat serius. Ejen Bakar mengenggam erat tangannya menahan marah.

"Haritu kami buli dia sampai cedera dah tak mampu nak gerak, sekarang kamu nak buli dia sampai mati?" Ketua teras kombat itu cuba mengawal emosinya.

"Sewaktu hendak diberi denda, dia sendiri yang halang kami dari membuang kamu semua dari M.A.T.A dan sekarang kamu menyalahkan dia. Saya tahu dia takkan nak tengok kamu semua kena buang jadi, kamu akan digantung dari pergi ke Akademi atau apa² berkaitan M.A.T.A selama 3 bulan"

"3 bulan je?" Ejen Bakar memberontak.

"Kamu tahu Ali takkan nak kita denda mereka teruk². Ini denda yang paling baik saya boleh bagi"

"Tapi Ali hampir membunuh diri dan yang kita denda hanya gantung 3 bulan je?"

"Kalau macam tu 4 bulan..kamu setuju?"

"Kalau diikutkan hati, memang saya tak setuju tapi demi Ali, saya setuju"

"Baiklah, saya minta kepada mentor² untuk memantau keadaan Ali dan maklumkan  perkembangan  kepada kami setiap hari"

Keempat empat mentor mengangguk.

"Itu sahaja" hologram ketua teras terpadam meninggalkan mereka dengan hologram General.

Semua ejen muda keluar dari briefing room.

"Saya harap kamu lebih memberi perhatian kepada mental ejen² muda. Kita kena pastikan  perkara ini takkan pernah berlaku lagi atau kehilangan ejen². Saya sendiri cukup sedar yang saya juga tidak pernah memandang dari sudut mental mereka selama ini dan disebabkan itu, Alicia menjadi seorang yang dingin"

"Saya juga melakukan perkara yang sama selama ini, memarahi mereka hanya sebab kekuatan fisikal mereka lemah. Kami akan pastikan perkara ini tidak berlaku lagi." Timbul rasa bersalah di dalam hati Ejen Leon mengingatkan sewaktu dia memarahi Ali dahulu.

Hologram General Rama terpadam menjadikan bilik itu sunyi tanpa bunyi. Mentor² berjalan keluar sambil memandang simpati terhadap mentor kombat yang sedang bersedih. Mereka juga terkejut dan tersedar dengan perbuatan masing² yang hanya mementingkan prestasi ejen muda. Kejadian ini telah merubah pandangan ejen² berpangkat dari sudut yang berbeza.

Khai, Moon, Iman dan Alicia berdiri di sebelah katil kawan baik mereka, mengalirkan air mata yang tidak tertahan lagi. Masing² menyesal kerana tidak berada bersama Ali sewaktu dia dalam kesusahan. Mereka menyesal tidak dapat melindungi kawan sendiri sehinggakan mereka hampir kehilangan seorang kawan terbaik yang pernah mereka jumpa.

Tanpa Ali, Alicia takkan ada di sini lagi. Tanpa Ali, M.A.T.A sudah lama hancur diserang. Tanpa Ali, Cyberaya sudah musnah.Tanpa Ali, Pinggiran tidak akan semaju sekarang dan tanpa Ali, I.R.I.S sudah jatuh ke tangan musuh. Besar pengorbanan yang dia sudah lakukan tetapi dia tetap dilayan macam sampah dan tidak dihargai namun apa yang dia buat? Dia memaafkan kesilapan orang² yang selalu menghina dan membulinya tetapi orang² tersebut tidak pernah memaafkan kesilapan yang tidak sengaja dilakukan.

"Tunggu kau Rudy!" Khai menggengam tangannya, kalau bukan sebab dia tahu Ali tak nak dia buat, dah lama dia balas balik hinaan dan bulian geng Rudy.

"Tak boleh macam ni. Kalau kita biarkan, nanti diaorang buli Ali lagi teruk. Kita kena jaga dia sepanjang masa"

"4 bulan mungkin cukup untuk Ali sembuh. Kita kena pantau dia supaya dia tak lakukan perkara ni lagi" Alicia dengan wajah tanpa reaksi berkata dengan nada yang serius.

"Saya setuju tu. Saya akan minta Ejen Karya untuk bawa Comot ke Akademi setiap hari jadi dia boleh tengokkan Ali waktu kita tak ada" Iman memberi saranan sambil mengelap air matanya.

Tiba² kedengaran bunyi orang mengerang kesakitan dan perhatian mereka teralih kerarah Ali yang sudah tersedar. Ash di dalam fikiran Ali tak kurang macam Moon, gelabah dan kelam kabut tanya pasal Ali.

"Ali kau okay tak ni? Sakit kat mana? Pening? Aku pergi panggil Ejen Geetha tau?" Moon berlari keluar dari bilik rawatan. Khai yang dari tadi menangis terus memeluk Ali dengan erat sampai sakit dibuatnya Ali tu.

"Adeh adeh sakit sakit" Khai melepaskan pelukan dan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Sorry. Kau okay?"

"Aku okay jelah. Kaki kau okay?"

"Kaki aku dah ready nak sepak si Rudy tu. Sekarang ni pasal kau. Kenapa kau tak bagitau kitaorang apa²?" Khai duduk di tepi katil Ali manakala Iman dan Alicia hanya terdiam melihat dua sahabat berteraskan tekno itu.

"Sejak bila kau ganas ni? Aku tak nak korang risau. Dah banyak kali aku cederakan korang pastu nak kena jaga aku lagi. Aku taknak korang terlibat jugak" ejen berkaca mata di depan ejen yang cedera itu meletakkan tangannya di atas bahu kawannya.

"Janganlah macam tu. Susah senang kita sama². Aku minta maaf sangat² sebab tak dapat nak lindungi kau."

"Takpe Khai, bukan salah kau. Aku nak pun nak minta maaf sebab aku, korang semua kena sekali"

Baru sahaja Khai hendak menyambung, dua ejen terburu buru masuk ke dalam bilik. Ejen Geetha meminta mereka untuk tunggu diluar buat seketika sementara dia memeriksa keadaan Ali.

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now