Hampir

1.9K 95 12
                                    

"Weyh, pembelot ni nangis lagi lah. Hahaha" Jet menunjuk kearah Ali yang pasrah dengan keadaan. Rudy melepaskan ejen yang malang itu dan keluar dari bilik sambil ketawa.

Jauh di sudut hati Ali, dia menyetujui kata² mereka jadi dia membuat keputusan untuk buat apa yang di pernah buat, menggores tangannya tapi hingga terputus urat nadinya. Ramai orang yang dia dah cederakan, banyak nyawa yang terancam disebabkan dirinya, kewujudan dirinya hanya membahayakan dan menyusahkan sahaja. Ali mencari cari sesuatu yang tajam berdekatan untuk digunakan dan mencapai gunting tajam di dalam begnya. Air mata mengalir sangat deras mengingatkan kata² cacian ejen muda.

"Maaf uncle, ayah, Comot, Khai, Moon, Iman dan yang lain. Terima kasih atas segalanya. Ali dah tak sanggup nak hidup lagi" Dia mula menggores tangannya dengan dalam sambil menangis walaupun Ash sudah meronta ronta memberitahu Ali untuk berhenti. Kenangan pahit dan indah diimbas satu persatu di dalam fikiran.

Satu lagi goresan sebelum urat nadinya akan diputuskan, terdengar suara yang memanggil namanya, suara yang sangat dirindui.

"Ma-mama?" Mata Ali membulat saat melihat kelibat ibunya berada di hadapannya. Wanita itu berjalan perlahan kearah remaja lelaki itu dan tersenyum.

"Ali janganlah macam ni, mama sedih tengok Ali. Jangan buat benda² ni lagi, ramai yang masih sayangkan Ali. Uncle, ayah, kawan². Mama nak Ali jadi kuat. Hadap semua cabaran."

"T-tapi..Ali dah tak kuat mama. Ali nak jumpa mama. Cabaran ni semua, susah. Ali dah tak sanggup" air matanya mengalir deras apabila kelibat ibunya hilang serta merta. Dia tersenyum "Aku memang dah gila"

Gunting telah diletakkan di pergelangan tangannya di mana urat nadi terletak. Baru sahaja hendak memutuskan urat tersebut, satu suara yang terkejut terdengar dari arah pintu. Ali terus memandang kearah pintu dan melihat Ejen Geetha yang terbeliak mata dengan perbuatan ejen muda itu. Ali cepat² menghalakan gunting tadi kearah dadanya berniat menikam diri sendiri dan dengan berat hati menggerakkan tangannya tetapi ditahan oleh Ejen Geetha yang menjerit.

Mentor², semua ejen muda kecuali geng Rudy bergegas ke bilik rawatan stage 2 untuk melihat apa yang terjadi. Ejen muda diarahkan untuk tunggu diluar sementara mentor² masuk ke dalam. Memang ketiga tiga ejen itu mahu menuju ke sana untuk bertanya kepada Ali.

"Geetha! Apa yang terjadi?" Ejen Leon resah.

"A-Ali. Waktu saya masuk, saya nampak dia mencederakan diri sendiri dan bila dia nampak saya, dia nak tikam diri sendiri" Ejen Geetha masih dalam keadaan terkejut.

"Apa!" Semua mentor berkata dengan serentak, tidak menyangka Ali akan buat sedemikian. Remaja itu masih lagi menangis deras dengan kepala yang tertunduk ke bawah. Mata Ejen Bakar mula berkaca melihat keadaan anak saudaranya.

"Ali, kenapa kau buat macam ni?" Tiada jawapan yang keluar dari mulut ejen tekno tersebut. Ejen Karya mengambil gunting dari tangan Ali dan membiarkan Ejen Bakar memeluk Ali sambil menangis.

"Uncle sayangkan kau. Jangan buat macam ni"

"S-saya d-dah tak t-tahan uncle" Bahu Ejen Bakar dibasahi dengan air mata anak saudaranya sama juga dengan bahu Ali yang dibasahi tagisan pakciknya.

"Saya nak jumpa mama. Saya tak kuat. Biarkan saya uncle" Ali meronta ronta ingin mengambil semula gunting tetapi Ejen Bakar memeluknya dengan erat sementara Ejen Leon mengangguk supaya mentor tekno itu menyuntikkan ubat tidur pada Ali. Remaja itu tetap menangis dan meronta sehingga pandangannya menjadi gelap. Pelukkan masih tidak dilepaskan, Ejen Karya memegang bahu ejen kombat tersebut dan tersenyum memberi tanda semua akan baik² sahaja.

Ejen Geetha merawat luka Ali yang sangat dalam menyebabkan dia terpaksa menjahit goresan² di pergelangan tangan Ali. Selepas sahaja memastikan keadaan Ali stabil dan kecederaannya dirawat dengan rapi, dia keluar dan mengangguk.

"Kita kena siasat rakaman CCTV sekarang. Kita kena tahu perkara sebenar" Ejen Leon mengarahkan Ejen Geetha untuk mengambil semua rakaman dari kamera tertutup yang dipasang dan menonton bersama mentor lain. Dari mula Ali terkejut mengenal Ash, dibuli di dalam bilik, Ali senyap² keluar, terkejut dan pucat tanpa sebab, bercakap seorang diri sehingga ke rakaman tadi yang menunjukkan Ali dicekik dan dihina oleh geng Rudy.

Lagi² amarah Ejen Bakar dan Ejen Leon memuncak mengetahui yang geng Rudy masih tidak serik. Mentor tekno itu diarah untuk mengumpulkan semua rakaman CCTV di Akademi dari waktu Ali dimasukkan ke dalam wad hingga sekarang. Ejen itu bergegas keluar pergi ke Control Room dan menyimpan rakaman di dalam pendrive yang digunakan sewaktu pencarian Ali.

Ejen² muda bertukar risau dan hairan dengan tindakan mentor² yang kelam kabut. Khai, Moon dan Iman memandang satu sama lain, mengangkat bahu. Rakaman disiasat dengan teliti dan cukup membuatkan perasaan mentor² bercampur marah, sedih, kecewa dan keliru apabila melihat Ali yang tiba² panik dan menjerit walaupun tiada apa² pada tempat yang ditunjuk.

"Geetha, soal siasat Ali bila dia dah sedar nanti. Saya percaya sebab dia bercakap sendiri dan lain² adalah gangguan mental?"

"Ya, saya akan cuba bertanya dengan dia nanti"

"Sekarang, kita perlu menerangkan situasi pada ejen muda seperti yang telah dijanjikan. Karya, kumpulkan mereka ke briefing room termasuk Alicia, Khai dan Moon. Mereka dibenarkan untuk bergerak bukan?" Mentor tekno itu sekali lagi mengangguk.

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now