Tanpa disedari sesiapa pun, ada 4 orang yang masuk melalui tingkap membawa pisau dan perlahan lahan berjalan ke arah Ali. Mereka berpakaian serba hitam dan mengenakan topeng. 1 orang daripada mereka pergi ke katil Ali dan mengangkat tangannya dengan niat untuk menikam remaja itu.
Ali yang sedang nyenyak tidur dikejutkan oleh Ash yang menjerit supaya dirinya berguling ke tepi.
"ALI BANGUN!!!! PUSING KE TEPI!!" Mata remaja itu terbuka luas dan terus berguling ke tepi seperti yang diarahkan. Pisau tadi tertikam dalam pada tilam katil tersebut membuatkan Ali sangat terkejut.
"Siapa kau?! Apa kau nak?!" Suara Ali yang lantang membangunkan semua kawan kawannya. Hilang mamai mereka apabila mereka melihat tetamu yang tidak dijemput. Semua secara automatik bangun dengan muka yang serius.
Comot turut berada di depan Ali sebagai pelindung dan sedia mencakar atau menggigit sesiapa yang berani menyentuh tuannya. Sayangnya mereka langsung tiada senjata memandangkan mereka memakai pakaian casual.
Orang itu tetap senyap dan tiba² menyerang mereka bersama ahli kumpulannya yang lain. Viktor dikehendaki untuk melindungi Ali, Khai berlari meminta bantuan manakala mereka cuba bertarung dengan tangan kosong sementara bantuan sampai.
Chris sebagai satu² nya ejen kombat walaupun tanpa senjata menjadi orang pertama yang berlawan dengan orang misteri tersebut. Disebabkan mereka tiada ejen neuro untuk mengatur serangan, mereka berlawan mengikut reflex masing². Bulat turut menghubungi pihak M.A.T.A untuk memaklumkan tentang serangan tersebut.
Orang pertama cuba menikam Chris tetapi ditahan dengan lengannya lalu ditumbuk di perut. Tiba² ada orang kedua yang ingin menyerang Chris, serangan tadi dipatahkan oleh Zass yang berlari dengan kelajuan biasa tanpa kasut ejennya. Chris ditendang oleh orang pertama dan hampir ditikam tetapi menahan dengan lengannya, orang itu menarik pisau semula meninggalkan luka yang dalam pada lengan ejen kombat tersebut.
Disebabkan Bulat dan Khai tidak pandai dalam berlawan secara depan tanpa teknologi, mereka cuba memberi bantuan dari jauh dan memberi amaran jika ada serangan yang tidak dijangka. Zass cuba merampas pisau itu dengan menyerang dari belakang tetapi berakhir dengan belakang bahu yang terkena goresan pisau orang kedua.
Ali menyuruh Viktor untuk mengambil beg dan barang² nya. Comot melompat ke atas muka orang ketiga dan menggigit serta mencakar orang tersebut. Comot dibaling dengan kasar membuatkan Ali sangat berang dan marah. Orang ketiga cuba untuk menyerang Ali tetapi satu tablet mengenai mukanya membuatkan dia terjatuh ke belakang. Viktor dan Ali akan menyerang menggunakan barang di dalam bilik tersebut, apa² barang pun.
Hidung orang ketiga tadi berdarah, dia bangun dan menyerang lagi sekali. Kali ini balas dendam demi Comot, Ali mengeluarkan skuternya dan menghentakkan benda tersebut pada muka orang ketiga sekuat hati. Viktor terus menyepak kaki orang ketiga itu dari tepi dengan kuat mendengarkan bunyi 'PRAP'. Orang itu menjerit kesakitan, tulang kakinya terkehel.
Orang ketiga sudah ditewaskan sekarang mereka membantu Chris untuk melawan orang pertama dengan membaling pelbagai macam barang yang ada tetapi orang itu mengelak. Zass menyerang dari pelbagai arah menyebabkan orang pertama hilang fokus dan ditumbuk oleh Chris.
Orang kedua hampir menikam Ali tetapi sempat ditahan dengan beg, pisau itu tembus, beberapa inci daripada dadanya. Comot yang sudah tersedar menjadi halimunan dan muncul dari belakang sambil mencakar dengan kukunya. Orang itu sempat membaling pisaunya ke arah Ali yang mengenai skuter.
Orang ketiga yang sibuk dengan Chris dan Zass terkena pemutar skru dari Ali dan spana dari Viktor. Dia bukan calang² orang dengan skill berlawan yang hebat dan reflex yang tinggi. Orang itu rebah ke lantai akibat tumbukan Chris tepat di mukanya. Baru sahaja hendak menangkap 3 orang misteri itu, tiba² salah seorang dari mereka melemparkan bom asap dan menghilang.
YOU ARE READING
Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]
FanfictionCerita ini mengambil tempat selepas Ejen Ali The Movie. Selepas kejadian pemberontakan pinggiran, Ali tidak dibenarkan lagi memakai I.R.I.S, gadjet ciptaan ibunya. Walaupun hubungan Ali dan Alicia semakin baik, rakan² di Akademi M.A.T.A mula pandang...