Misi

1.1K 58 49
                                    

Mereka bersama sama bertukar kepada pakaian biasa dan bergerak ke restoran mamak paling popular di Cyberaya.

"Bestnya dapat keluar sama - sama!" Moon melompat gembira memakai baju casualnya. Ejen Karya masih lagi tidak mengalihkan pandangan dari dompetnya.

"HAHAHAHA, lek la, aku tolong bayar sekali" Ejen Bakar ketawa melihat kawannya menghembuskan nafas lega. Alicia pula berdebar debar untuk bersemuka dengan pakcik pakciknya walaupun hubungan mereka semakin baik.

"Nanti kamu semua nak makan apa? Fikir cepat, sampai sana tinggal order je" Ejen Leon membuka pintu keretanya dan membawa ejen muda neuro.

"Hmmm aku nak makan....." Puas semua memikirkan apa yang hendak dimakan yang tidak membebankan Ejen Karya dan Ejen Bakar nanti.

"Ali, cer kau bayangkan Ejen Leon pakai topi dengan spek mata hitam. Konfem swag an? HAHAHAHA" Kata - kata Ash menarik perhatian Ali daripada memikirkan makanan.

"Memang swag ah. Cuba kau bayangkan...Ejen Geetha marah Bulat haritu macam mana?" Ayat terakhir Ali disebut secara sangat perlahan kerana mereka sekarang berada berdekatan dengan kereta mentor teknonya.

"Uiii mesti seram"

"Dah², baik kau tolong aku fikir nak makan apa"

"Kau yang nak makan aku pulak yang kena fikir"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Mereka dah bergerak ke Mamak Maju. Jumpa kau kat sana" orang itu turun dari bumbung bangunan berdekatan pintu keluar.

"Roger"

Di Mamak Maju...
Keempat empat kereta diparkirkan berdekatan kedai tersebut. Semua ejen muda berpusu pusu keluar tidak sabar untuk makan bersama. Mereka merenggangkan badan dahulu setelah duduk berhimpit dalam kereta dari M.A.T.A sehingga lah sampai.

Restoran itu juga tidak penuh, cukup untuk memuatkan mereka semua. Jika penuh pun mereka akan mendapat tempat istimewa memandangkan ada ejen di situ.

Alicia sudah bersedia menutupi mukanya dan menunduk ke bawah semasa menaiki tangga. Kedatangan mereka mudah dikesan oleh ketiga tiga ejen kumpulan General Rama disebabkan mereka datang dengan jumlah yang ramai.

"Wahhh! Ramainya! Mari, masuk masuk. Kejap saya gabung meja" Ejen Rajesh A.K.A pakcik Rajesh gembira melihat kedatangan mereka semua.

"Icha? Icha!!

'ugh, aku sorok macam mana pun mesti diaorang perasan' Alicia mengukirkan senyuman janggal sebelum mengangkat kepala melihat pakcik angkatnya.

"Hi Uncle 👋"

"Icha!! Sini sini semua, duduk sini mari" ejen - ejen lain termasuk mentor menahan ketawa melihat gelagat keluarga tersebut. Alicia perasan Ali cuba sedaya upaya untuk tidak ketawa lalu memukul perlahan belakang.

"Aduh sakitlah" nada Ali bermain main dan ketawa.

"Kau gelakkan aku kan? Siap kau nanti" Alicia juga tersenyum dan duduk di tempat yang ditunjukkan.

Sewaktu makan bersama sama, mereka tidak menyedari yang mereka diperhati oleh dua orang. Seorang perempuan memakai baju berwarna ungu dan cermin mata hitam. Seorang lagi merupakan lelaki memakai jaket kulit dan topi hitam.

Kedua dua orang tersebut duduk di meja sambil meminum air berdekatan dengan meja ejen - ejen. Mereka berpura pura menjadi orang awam dan kerap menoleh sedikit ke arah ejen - ejen yang sedang makan dengan gembira.

"Uncle, kalau nak belajar pickupline, belajar lah dengan Jet. Dia pernah try nak mengorat Alicia ;)" tercekik ejen kombat itu apabila anak buahnya berkata tentang perkara tersebut di hadapan orang lain. Begitu juga dengan Jet yang sudah tunduk ke bawah. Ketawa memenuhi restoran tersebut. Ejen Bakar menjadi malu.

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now