Dihukum

1.3K 85 14
                                    

Mereka berempat mengangguk dan bergerak menuju ke kereta masing². Nasib baik kecederaan mereka tidak seteruk Ali jadi mereka masih lagi mampu bertarung.

Situasi Geng Rudy...
"SAMPAH! BERANI DIA BELOT KITA! JET, ROZA, AKU AKAN HANTAR LOKASI, BUNUH SETIAP SORANG KELUARGA SI PENGKHIANAT TU!" Meja didepannya retak ditumbuk kuat oleh Rudy yang marah mengetahui mereka dibelot pembunuh upahan sendiri.

Jet dan Roza hanya menurut sahaja perintah ejen inviso tersebut kerana mereka tahu mereka berdua tidak setanding dia walaupun mereka adalah teras neuro. Kadang² mereka berdua juga rimas dengan perangai dia yang suka menyuruh walaupun mereka ada tujuan yang sama iaitu menyingkirkan Ali.

Tiba di rumah sasaran pertama, sebuah rumah biasa ditempati satu pasangan dan dua remaja lelaki yang sedang menonton tv bersama. Dari jauh, Roza sudah bersiap sedia dengan senapang riflenya, jari sudah berada pada picu.
Matanya sudah fokus pada sasaran pertama iaitu ibu tersebut.

Nafas dihembus, baru sahaja hendak menembak, hatinya terdetik dengan satu perasaan. Perasaan hairan dan kesedaraan.

'Kenapa dengan aku ni? Cuba untuk bunuh orang yang tak bersalah? Bukan ke aku ejen yang melindungi, bukan menyakiti orang lain yang tak tahu apa²? Apa yang nak jadi dengan aku? Pembunuh? Sedar lah oi! Roza, roza, kau dah buat kesalahan besar cuba untuk membunuh, kau dah cederakan orang lain semata mata nak bunuh si pembelot tu'

Badannya terkaku seketika, jarinya berhenti, matanya membulat, dia sedar dia cuba untuk melakukan pembunuhan. Sepatutnya dia yang membanteras jenayah tetapi dia sendiri pula yang melakukan hal tersebut. Ya, memang Roza rasa yang Ali perlu disingkirkan tetapi dendamnya sampai tahap ingin membunuh.

Tiba² sesuatu menggari tangannya, satu suara yang sangat dikenali ejen neuro tersebut, tak lain tak bukan mentor yang sudah mendidiknya.

"Berhenti Roza, apa yang kamu cuba lakukan? Membunuh orang yang tidak bersalah. Bukan ke kamu seorang ejen yang melindungi Cyberaya?" Ejen Geetha mengawal suaranya manakala Ejen Bakar menghampiri ejen muda itu.

Roza tidak berkata apa², mulutnya terkunci, dia masih terkaku. Tertanya tanya mengapa dia cuba membunuh orang yang tidak bersalah. Seolah olah selama ini dia di dalam mimpi yang tidak dapat dikawal dan sekarang dia baru tersedar.

"E-ejen Geetha......... s-saya.........." kepalanya tidak dapat memproses situasi.

"Terangkan dalam soal siasat nanti" Ejen Bakar menjeling ejen muda neuro yang hanya mengikut perintah dalam keadaan terkejut.

Roza dibawa masuk ke dalam sebuah van M.A.T.A yang menyamar sebagai van biasa. Di dalam, terdapat Jet dan Rudy yang sudah tertangkap semasa dalam perjalanan ke rumah sasaran. Keadaan menjadi tegang dan sunyi apabila van mula bergerak, sesiapa langsung tiada mengeluarkan suara.

"Kenapa? Kenapa kamu bertiga buat semua ni?" Muka mentor inviso didepan mereka memandang serius

"K-k-kami-"

"Tindakan kamu merupakan satu jenayah yang besar! Kamu boleh dibuang atau dipenjarakan!" Ejen Leon meninggikan suaranya.

"Kamu hampir membunuh orang yang tidak bersa-"

"INI SEMUA SEBAB PEMBELOT TU!! DIA PENYEBAB SEMUA BENDA NI" Rudy memotong percakapan mentornya membuatkan Ejen Bakar berang.

"TAK HABIS² LAGI?! DIA CUMA DIMANIPULASI PADAHAL DIA NAK TOLONG ORANG JE! SEKURANG KURANGNYA NIAT DIA BAIK, BUKAN MACAM KAU TAHU NAK PANDANG RENDAH KAT ORANG YANG LEMAH JE!" Diam tidak terkeluar suara mereka apabila ditengking, Droid M.A.T.A juga hanya memandang sahaja.

Skip.........
"Disebabkan kesalahan kamu bertiga yang sangat besar, kami, terpaksa mengeluarkan kamu semua dari agensi ini. Kamu tidak dibenarkan membocorkan maklumat tentang M.A.T.A pada orang lain. Kami sangat kecewa dengan tindakan kamu kerana kamu semua merupakan ejen yang berpotensi tetapi itu tidak bermakna kamu boleh bertingkah laku buruk"

"T-tapi, saya dah sedar"

"Maaf keputusan kami adalah muktamad"

Kepala Roza tertunduk dan menerima nasibnya. Dia menyesal dengan segala yang dia buat selama ini dan mula mengingati jasa Ali serta perangainya semasa bersama mereka. Jet sudah resah kerana dia tahu dia akan dimarahi ayahnya nanti. Lain pula dengan Rudy yang masih berdendam dengan Ali dan alasannya tidak kukuh.

"Tch kau-"

"Apa lagi Rudy?"

"Dia, dia penyebab pakcik aku mati!" Ejen² di briefing room memandang ejen muda inviso itu dengan pelik.

"Apa maksud kamu?"

"Disebabkan serangan Dato' Othman haritu, pakcik aku, salah satu orang awam, dah terkorban. Serangan tu jadi semua pasal dia!"

"Apa kamu merepek ni? Polis telah siasat dan tidak menemui satu pun mayat"

"Itu sebab mayat dia tiba² je hilang! Aku nampak mayat dia sebelum tu!"

"SUDAH! KELUAR! KAMU BUKAN SALAH SATU DARI KAMI LAGI!" Ejen Ganz sudah tidak tahan dengan bebanan yang diberi oleh tiga ejen muda didepanya.

Skip lagi seminggu kemudian...
"YAY! Akhirnya dapat jugak keluar!" Ali mengeliatkan tubuhnya dengan Comot di atas bahu. Setelah sebulan terlantar di atas katil, kini dia sudah sembuh sepenuhnya dan boleh menjalani hidup seperti biasa.

Yang lain hanya menggelengkan kepala melihat dia. Dalam hati ejen muda tidak sabar untuk berlatih dan menjalankan misi bersama Ali di Akademi.

Dr.Ghazali membawa mereka ke kedai makan memandangkan memang sudah tengah hari dan ingin berterima kasih kepada semua orang yang sudah menjaga anak tunggalnya. Ali perasan akan ayahnya yang banyak memberikan perhatian semenjak dia dimasukkan ke dalam hospital.

Seperti yang orang kata 'Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya'





Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now