Kemampuan

1K 66 19
                                    

"Goodluck!" Ejen2 muda memberi semangat kepada mereka. Mentor2 pula mengangguk dan yang terahir mereka mendapatkan 'meow' daripada Comot. Kucing itu tidak sabar² untuk melihat tuannya berlawan selepas sebulan berdamping di hospital.

Ali, Alicia, Khai, Chris, Ed dan Armin turun ke arena dan mengambil posisi masing² Ali sudah bersedia untuk memutarkan yoyonya, Aerobootnya sudah sedia digunakan, Alicia juga sudah memegang Blastique nya sambil membuat rancangan.

"Kalau boleh kita biarkan diaorang lawan berdua dulu, simpan tenaga, tapi kalau diaorang tuju kat kita, terpaksa lawan. Kau pasti nak simpan upgrade kau ni? Kita tak tahu kemampuan Ed dengan Armin" Alicia berbisik

"Ye, tapi kalau dah tak boleh bertahan lagi, baru kita guna" mereka bersetuju dengan rancangan jadi apabila perlawanan dimulakan, mereka hanya pergi melarikan diri sejauh yang mungkin. Ed dan Armin nampaknya menyerang duo Khai dan Chris kerana mereka mulakan serangan dahulu.

Khai yang menyuruh Chris untuk mereka menyerang ejen² baru itu kerana dia ingin sahabatnya memenangi dan menunjukkan kemampuan sebenar Ali kepada Ed dan Armin yang memandang rendah kepadanya. Dengan peluang itu, Ali dan Alicia akan dapat melihat serba sedikit kemampuan rekruit baru itu.

Chris mula menyerang dengan keris plasmanya yang terapung dan menuju laju ke arah Ed tetapi Ed dengan mudah mengelak dan hilang dari pandangan mereka menjadi halimunan. Armin dengan pistolnya berlari zig zag ke arah Khai tetapi pistolnya ditembak oleh R.O sehingga tercampak.

Tiba² Khai ditumbuk kuat dari belakang membuatkan dia jatuh kesakitan. R.O panik dan berpusing pusing cuba mencari punca serangan tersebut. Dia mengimbas sekitarnya dan mengesan pergerakan yang mendekati Chris dengan laju.

R.O berbunyi bunyi untuk memberi tanda kepada Chris tetapi ejen kombat itu sibuk berlawan dengan ejen neuro betangan kosong itu. Khai yang tersedar dengan perkara tersebut cepat mengawal R.O ke arah Chris walaupun badannya terasa sakit.

Robot itu mengeluarkan perisai plasma tepat pada masanya apabila kedengaran bunyi tumbukan pada perisai tersebut.

"Apa yang kita nak buat?" Ali risau melihat kawannya yang akan dibelasah teruk.

"Biar diaorang kalahkan Khai dan Chris dulu ataupun sebaliknya.

"Tapi diaorang nampak macam tak ada belas kasihan. Teruk nanti. Biar kita yang kalahkan Chris dengan Khai, tak ada lah teruk² asalkan diaorang dah tak mampu. Kalau biarkan Ed dengan Armin diaorang belasah Khai dengan Chris macam Rudy belasah kau haritu"

Ejen neuro perempuan itu diam memikirkan sesuatu seketika lalu mengangguk kepada ejen tekno itu dan memberitahu rancangan seterusnya.

Armin sudah mendapatkan semula senjatanya dan akan menembakkan peluru untuk memadamkan perisai tersebut tetapi tidak sempat apabila satu peluru graviti datang kearahnya dan menariknya ke lantai arena.

Ed cepat² menjadi halimunan dan ingin menghancurkan peluru tersebut tetapi Alicia tidak berhenti menembak peluru tersebut sehingga hampir terkena kepada ejen inviso itu.

Khai dan Chris yang tahu mereka perlu bekerjasama dahulu terus menolong mereka. R.O memberitahu lokasi Ed kepada mereka semua manakala Chris menyerang Armin namun peluru graviti itu sudah dirosakkan dan melepaskan ejen neuro itu.

Armin tahu dia tidak sempat bangun jadi dalam keadaan terbaring dia menendang dagu Chris, badannya berputar ke belakang dan berdiri. Terkeluar darah dari mulut ejen kombat itu membuatkan yang lain berasa sangat marah.

Alicia berlari kearah Ed yang membaling syurikin untuk melastiknya tetapi semua syurikin itu ditahan oleh yoyo Ali yang berputar. Armin ingin menyerang Ali namun R.O melanggar kakinya hingga terjatuh lalu ditembak.

Armin masih bertahan dan bangun lalu berlari laju dan menembak Khai. Ali melilit tangan Armin lalu mengguna Aerobootnya pergi learah Armin dan melutut tepat pada muka ejen neuro itu sehingga pengsan.

"Padan muka!" Ash bersorak.

ZUPP!

Terdengar bunyi angin yang menghembus kuat dibelakang Ali.

PANG!
Ali dipukul dari belakang sehingga terbaring di atas lantai arena. Rupa rupanya Ed telab berjaya menyelinap dari Alicia dan memukul ejen tekno itu dengan Bostaff besi berwarna kelabu hitamnya.

 Rupa rupanya Ed telab berjaya menyelinap dari Alicia dan memukul ejen tekno itu dengan Bostaff besi berwarna kelabu hitamnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alicia yang mendengar suara Ali terus memandang dan melastik Ed tetapi ejen inviso itu memukul peluru tersebut. Ali yang tidak mampu bangun hanya menggunakan Aeroboots untuk memutarkan badannya lalu menjatuhkan Ed.

Alicia terus melastik peluru graviti kearahnya.Chris yang tiba2 muncul menyerang  bertubi² manakala ejen perempuan itu melastik tidak henti Ed sehingga puas.

Mereka sudah berjaya menewaskan duo Armin & Ed, sekarang, tinggal Alicia untuk bertarung dengan Chris. Anak general tersebut sudah bersedia melastikkan pelurunya, Chris pula bersedia dengan posisi dan kerisnya yang terapung.

Satu keris plasma menuju ke tangan manakala satu lagi menuju ke kaki Alicia tetapi dia berjaya mengundur ke belakang dan melastik dua keris tersebut lalu berlari ke tepi untuk menyerang. Chris juga tiada kurangnya, dia melompat ke belakang untuk mengelak daripada tumbukan ejen muda neuro terhebat.

Tiba² badan ejen kombat itu tertarik ke lantai arena disebabkan oleh peluru graviti Alicia yang dilastik senyap² dari belakang menggunakan lantunan perisai plasma Ali yang sudah berdiri lagi. Satu gelombang yoyo terkena pada Chris dan menewaskan ejen itu di tempat.

"WOOHOOOOOOO! CAYA LAH ALI DENGAN ALICIA!!" Moon menjerit kuat dari atas bersama Comot yabg mengiau gembira melihat sahabatnya berjaya mengalahkan rekruit baru yang nampak kuat dan berlagak.

"Kan aku dah kata, kau mesti menang punya" Ash berkata dengan teruja. Sebenarnya, setiap rancangan, tindakan, dan serangan Ali diarahkan oleh Ash yang mengatur segalanya.

Disebabkan itu dia tahu apa yang perlu dibuat tetapi rancangan menolong Chris dan Khai datang daripada hati Ali sendiri. Dia tidak sanggup melihat kawannya dibelasah dengan teruk.

Mereka mendapatkan tepukan yang gemuruh dari semua ejen muda dan mentor. Alilicia tersenyum dengan perkara tersebut lalu terus menolong Khai dan Chris. Kecederaan yang mereka alami bukan disebabkan serangan Alilicia tetapi Ed dan Armin.

Ketiga - tiga duo itu dibawa ke bilik rawatan untuk mengubati kecederaan mereka termasuk duo Ed dan Armin yang tidak sedarkan diri.

"Kau dah makin bagus. Dah pandai fikir rasional, dah pandai buat rancangan. Baguslah macam tu. Bila fikir balik, betul lah cakap kau, upgrade ni kita simpan untuk akhir nanti supaya diaorang tak tahu kemampuan penuh kita. Eh jap, ke....Ash yang bagitahu plan tu semua😏?"

"Mana ada, aku fikir sendiri lah"

"Tak kan?"

"Yelah, dia bagitahu, tapi, pasal simpan upgrade dan tolong Khai tu aki sendiri fikir"

"Oo, rupanya Ash lah yang pandai"

"😑Kau ni tak habis - habis nak cari gaduh. Kembang si Ash ni nanti"

"Pergh tahu tahu je orang kembang" Ali ketawa kecil dengan perkataan kawannya.

-----------------------------------------------------------
Itulah chapter kali ni. Sorry Author memang sekarang jarang2 update. Banyak assignment nak buat dengan class nye. Tapi janji tetap janji cerita ini akan ditamatkan. Tunggu lah chapter lepas ni banyak benda penting. Hope korang enjoy, bye.





Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now