Mysterio & Unknown

1.9K 89 66
                                    

"Baik ???? Kami akan settlekan yang ni. Jangan risau"

"Bagus, tak lama lagi, aku akan ambik alih M.A.T.A"

"Kalau tak salah, saya nak tanya kenapa ???? nak tahluk sangat M.A.T.A? Kan kita boleh buat agensi sendiri untuk tewaskan mereka"

"Ejen - ejen di situ lebih berbakat dan teknologi di sana jauh lebih canggih"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Selepas habis latihan, Ali pulang seperti biasa menaiki skuternya sambil termenung ke arah matahari yang terbenam memikirkan hal - hal buruk tadi. Akibat terlalu cuai, dia terlanggar batu besar di tengah jalan dengan sangat kuat sehingga skuternya berada jauh daripada Ali.

Mukanya tercalar tetapi kepalanya terhentak kuat. Sekelilingnya terlihat bergelora seperti ombak, dia mengelengkan kepalanya beberapa kali untuk menghilangkannya.

Belum sempat dia bangun satu kain putih menekap mulut dan hidungnya. Dia cuba menahan nafasnya lalu menyiku kaki orang yang menekap mulutnya tadi. Malangnya skuter Ali berada dibelakang orang tadi jadi pilihan yang tinggal adalah berlari.

PANG!

Ali rebah apabila kepalanya dihantuk besi lalu dibawa masuk ke dalam van hitam.
.
.
.
.
.
"Kita kena selamatkan dia"

"Bertenang ?????, Kita ikut van tu dulu. Mungkin ia akan bawa kita ke lokasi markas mereka yang juga mungkin kita boleh jumpa Dr.Mala"
.
.
.
.
.
.
Hari sudah malam, Comot masih menunggu kepulangan tuannya yang tidak berkunjung kembali. Dia berasa pelik tetapi mencipta kemungkinan sendiri yang mungkin tuannya pergi menjalankan misi.

"???? Letakkan alat tracking dekat van tu dan hantarkan signal lokasi van ni ke M.A.T.A. Kita akan perlukan bantuan mereka." Suara Unknown tercungap cungap memberi arahan sambil berlari mengikuti van hitam yang menculik Ali secara senyap.

Mereka sudah berlari dalam masa yang sangat lama dan jarak yang jauh dari senja tadi dan sekarang baru mereka dapat mendekati van hitam tersebut secara tersembunyi. Nasib baik kasut yang dipakai membolehkan larian mereka lebih laju tanpa menggunakan banyak tenaga. Stamina Unknown dan Mysterio juga jauh lebih tinggi dari orang biasa.

Tanpa berkata apa - apa, Mysterio mengikuti arahan Unknown lalu menghantar signal kecemasan kepada M.A.T.A.

Ejen Dayang yang sedang memeriksa lagi info dalam jurnal ciptaan ejen tekno terhebat M.A.T.A menerima signal tersebut. Walaupun keliru, signal kecemasan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja jadi dia menghubungi Ejen Ganz dan General Rama.

General Rama diarahkan oleh dua ketua teras tersebut untuk menghantar semua ejen di Akademi dan menjejak punca signal tadi. Disebabkan ini adalah kecemasan, dia dengan cepat menghantar panggilan M.A.T.A kepada semua ejen Akademi walaupun jam menunjukkan pukul 10 malam.

Mentor - mentor mendapat panggilan khas dari general.

"Kamu semua, ini adalah satu kecemasan. Pastikan semua ejen di Akademi berkumpul dalam kadar segera. Saya akan berikan briefing singkat dan objektif nanti. Ingat, ini adalah satu kecemasan. Cepat"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Kali ini saya mendapat panggilan daripada ketua teras bahawa mereka menerima satu signal kecemasan asing yang memberikan lokasi sesuatu atau seseorang. Mengikut dot lokasi, benda itu sedang bergerak menuju ke suatu tempat.

Ejen Karya, kumpulan kamu aku menjadi perisai kepada kumpulan lain. Ejen Geetha, dapatkan maklumat apabila kamu sudah mengetahui benda itu.

Cari siapa yang menghantar signal tadi dan mengapa bersama kumpulan kamu. Kumpulan Ejen Leon dan Ejen Bakar, hentikan benda tersebut jika perlu. Kita tiada sebarang info tentang signal ni. BERTINDAK SEGERA!"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Kita serahkan kepada M.A.T.A ataupun tetap tolong dia?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 22, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now