Demam

1.5K 85 10
                                    

"Jangan sentuh aku! Hahahaha" keadaan Ali sudah seperti orang yang dirasuk. Bulat berbisik kepada Khai untuk menggunakan alat kecemasan yang diberi untuk memanggil mentor² ke sini.

Pengawal diluar membuka pintu untuk mengetahui keadaan dan menawarkan bantuan tetapi mereka menolak dengan baik. Khai membuat keputusan untuk panggil mentor² daripada memanggil doktor kerana mereka lebih tahu apa yang perlu dibuat.

Khai terus bangun dan menuju keluar bilik jauh dari orang untuk menghubungi mentor², berbisik di dalam talian. Seluruh badannya menggigil, hampir sahaja alat komunikasi itu jatuh dari tangannya.

"Ejen Geetha, maaf ganggu, datang sini cepat. Keadaan Ali macam teruk je, mental dia tak stabil"

"Baiklah, saya akan ke sana dengan mentor² yang lain" talian dimatikan. Suara Ali boleh didengar dari luar membuatkan Khai berasa seram, pengawal juga hairan dengan apa yang terjadi di dalam. Remaja berkaca mata tersebut menerangkan situasi kepada pengawal² itu dan berkata yang doktor akan sampai iaitu Ejen Geetha.

Perubahan sikap Ali secara mendadak membuatkan semua yang berada berdekatan wad itu risau dan takut. Mereka sudah cuba untuk menenangkan ejen tekno itu tetapi gagal, Comot juga tidak mampu berbuat apa².

'Kenapa Ali jadi macam ni? Takut aku, dah macam orang kena rasuk atau orang gila- ish tak baik Khai, dia kawan baik kau. Dia stress tu'

Khai kembali masuk dengan perlahan ke dalam wad 104 dan duduk semula. Ali sedang menangis dengan deras, dia tidak berhenti menyalahkan dirinya ke atas nasib keluarganya.

"Ali! Jangan macam ni! Kawan² semua dah risau!" Ash meninggikan suaranya tetapi dia dikunci dari minda Ali seolah olah dia bukan lagi di fikiran remaja itu. Ali langsung tidak dapat mendengar suara Ash seperti ada benda lain yang menghalangnya daripada berkomunikasi dengan ejen tekno itu.

Macam² mereka lakukan untuk menenangkan Ali semula sementara menunggu mentor² sampai memberi bantuan. Semua lelaki di dalam bilik itu menahan Ali yang meronta ronta untuk dilepaskan kerana dia hendak mencapai objek tajam berdekatan.

Khai dan Viktor menangis apabila melihat keadaan sahabat mereka. Perempuan pula menjauhkan apa² benda tajam dari dicapai oleh Ali yang berniat ingin mencederakan dirinya sendiri.

"Ali..jangan macam ni please" Viktor sedaya upaya menahan badan ejen tekno itu dari bangun walaupun sedang menangis. Tidak pernah dia tahu satu satunya sahabat yang dia ada sengsara sampai begini.

"L-lepaskan aku!" Rontaannya semakin kuat, mereka tidak mampu menahannya lagi jadi Zass cepat² mendapatkan tali dan mengikat Ali di katil dengan rapi. Bulat dan Chris menolong Zass kerana Ali yang meronta membuatkan mereka susah untuk mengikatnya.

BAMM!

Pintu terbuka luas seperti dihentam oleh Ejen Bakar bersama mentor lain yang bergegas ke arah Ali. Mereka sangat terkejut melihat Ali yang meronta ronta diikat di atas katil kerana mereka tidak menyangka ianya akan menjadi teruk sampai begitu.

"Ali! Ali jangan macam ni"

"Ahh, lepaskan saya!" rontaan bertambah kuat sampai katilnya bergegar jadi Ejen Geetha terpaksa menyuntik ubat tidur kepada remaja lelaki itu. Ejen Bakar menahan lengan anak saudaranya dari bergerak. Selepas beberapa saat, Ali kembali tenang dan menutup matanya tertidur dalam keadaan berpeluh dan lemah.

Semua orang menghembus nafas berat dan terduduk. Khai dan Viktor masih lagi tidak berhenti menangis dari tadi, yang lain pula hanya terdiam. Ejen Bakar menjadi sayu dengan kejadian tadi, perlukah dia beritahu Dr.Ghazali tentang tadi atau berdiam diri?

"Apa yang dah jadi sebenarnya?" Ejen Leon mendekatkan kerusinya. Khai cuba menghentikan tagisannya dan memperbetulkan nafasnya sebelum menjawab soalan mentor neuro.

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now